Credit photo |
Selamat hari raya maaf zahir & batin dari saya sekeluarga.
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali ke teratak kecil kami. Kami balik ke mari isnin lepas, selepas seminggu bercuti di kampung. Tiada kesesakan yg luarbiasa sepanjang balik dan kembali dari kampung. Kami merancang perjalanan dgn lebih baik kali ini.
Semalam seharian menguruskan kain baju. W/pun tidak hujan tapi cuaca agak redup. Kesannya kain baju tidak kering sempurna, perlu dijemur lagi hari ni.
Puasa 6 belum bermula. Mungkin besok memandangkan Abang masih cuti hari ni. Besar cabaran kalau Abang cuti, sekejap2 lapar, sekejap2 nak makan :) Angah & Balqis pula demam selsema berjangkit dgn Walid. Cepat sembuh ye anak2.
Ada masa nak juga berkongsi cerita raya kami. Jumpa lagi insha Allah.
musim demam selsema kak...saya pon baru baik demam ni...
ReplyDeleteDemam raya :) Sib baik tak melarat esp anak2..
ReplyDelete