Sunday 22 March 2015

Syoknya Berkebun Pt1


Lega rasanya dapat berkebun semalam. Alihkan anak pokok cili dan tomato ke dalam bekas yang sesuai utk tumbesaran mereka. Dah lama geram nak alihkan tapi takde stock tanah. Semalam pergi nursery beli tanah 7 bekas rm10. Kalau di pasar tani melawati tu 4 bekas rm10. Selain tu beli juga 2 pasu pokok bunga tahi ayam (lantana camara). Saje nak try test tanam sbb gerammmm je tengok kat laman kengkawan maya. Sepasu rm5. Bole la utk jadi eksperiment. Now fokus dulu tanaman dapur sambil selit2 sikit bunga-bungaan sebagai penyeri.

So far tak ambik pun gambar anak pokok2 tu sebab hari tu snap gambar pokok chili berbuah. Tetiba besoknya pokok tu terus layu. Huhu... this batch bagi depa besaq dulu no... kita tunggu la apa hasilnya nanti. He he...

Setakat ni di backyard garden tu ada pokok kesum, pokok kari, pudina, ubi kayu, daun bawang dan kacang panjang. Ini yang dah bagi hasil alhamdulillah. Yang baby lagi selain chili & tomato ada anak pucuk manis, labu, peria katak, betik, limau kasturi, serai juga kunyit. Harapnya semua tumbuh segar elok. Boleh juga jimat belanja dapur selain sebagai hobi berkebun ni. 


Buah sulung kacang panjang.
Benih kacang panjang kampung Mak ambik di rumah Kak.

Jumpa lagi!

2 comments:

  1. bestnyee... pernah berangan nk buat herb garden...masih blum realise lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek kecik2 ja.. maklumlah tanah pun secoet je :) hikhik

      Delete