Monday, 9 March 2015

Mencari Hala Tuju



Membaca coretan sahabat saya, di laman blognya membuatkan saya terfikir arah tuju hidup saya sendiri. Bukanlah selama ini tiada hala tuju cuma kadang-kadang perlu muhasabah, menilai dan menyemak semula keputusan dan perancangan yang telah dan akan dilakukan. 

Saya 'cemburu' kerana beliau punya perancangan dan matlamat yang jelas. Sedang saya rasanya masih tercari-cari ruang untuk memperbaiki kehidupan, menambah nilai diri juga memanfaatkan secebis ilmu dan pengalaman yang ada. 

Bukanlah saya tidak gembira dengan kehidupan sekarang. Malah saya sangat bersyukur diberi peluang mengabdikan diri pada suami dan anak-anak. Ini satu nikmat yang amat besar bagi saya. Saya juga tidak berhasrat untuk kembali bekerja.

Namun kadang-kadang  saya berasa masih ada ruang kosong dalam hidup saya. Ruang yang boleh dimanfaatkan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Melalui pembacaan saya, minda kita perlu sentiasa dirangsang agar tidak tepu. Sekiranya rutin harian kita statik sepanjang masa kemungkinan besar otak kita tidak lagi menerima ransangan. Keberangkalian untuk menghidap penyakit Alzheimer di usia tua adalah tinggi. Malah dicadangkan agar sekali sekala kita berjalan mengundur (backward) untuk mencetuskan rangsangan baru terhadap otak. 

Jadi itulah yang saya fikirkan sekarang ini. Melibatkan diri dalam sesuatu perkara baru untuk menambah keceriaan dalam hidup. Matlamat saya untuk belajar dan menguasai satu kemahiran baru tahun ini harapnya akan terlaksana.

Insha Allah.

2 comments:

  1. Tq ts kata2 ini...saat ini sy jg mengalami situasi sprti ini....

    ReplyDelete
  2. Ku jg ingin maju sprti org len tp otak ku kosong...

    ReplyDelete