Monday, 20 October 2014

Kembali ke Sarang


Air zamzam & kurma masih berbaki, jemputlah ke teratak kami kpd yg sudi

Pejam celik pejam celik dah seminggu rupanya kami suami isteri kembali ke tanah air. W/pun rindu pada Tanah Suci hanya Allah sahaja yg tahu, hidup perlu diteruskan. 

Kami kembali ke syurga dunia kami Jumaat lepas. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan selamat, sempurna seperti waktu ditinggalkan. Yang ada cuma dedaun kering dan bangkai tikus yg hampir reput di beranda :) Hampir 2 bulan meninggalkannya, banyak perkara yg perlu dibereskan terutamanya ops membersihkan rumah dan re-stock barang2 keperluan dapur. Sehingga hari ini masih ada perkara yang belum dikerjakan. B sudah kembali bertugas, begitu juga Abang yg kembali ke sekolah lamanya. Tinggallah saya bersama Angah & Balqis meneruskan rutin harian spt biasa.

Pose depan bilik air, istimewa utk Tok Umi dia yg dah mula rindu.

Yang utama bagi saya sekarang ialah memenangi semula hati si kecil Balqis. Dia masih malu2 dgn saya, sudah tidak mahu b/f dan lebih rapat dgn Walidnya skrg ini. Malah dia lebih prefer Toknya dari saya. Huhuhu... beberapa hari lagi genaplah usianya setahun. Masha Allah cepat sungguh masa berlalu. Kalau larat nak juga buat makan2 sikit sempena bday dia. 

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, saya minta B potong pokok kari yg dah meninggi mencecah tingkat atas rumah. Menjenguk ke belakang dapur semalam, ranting2 baru dan pucuk2 muda tumbuh dgn galaknya. Anak kacang panjang yg hidup segan mati tak mau juga tumbuh subur kini, dah berbuah pun! Subhanallah. 


Mujahadah pasca haji ni sebenarnya lebih mencabar berbanding semasa kita di Tanah Suci. Nak menghidupkan kembali rutin sewaktu di sana memang mencabar bagi saya. Moga Allah memberi saya kekuatan utk istiqamah. Doakan saya.


2 comments:

  1. Alhamdulillah...selamat pulang kak! :-) smg mendapat haji yg mabrur...amin...

    ReplyDelete