Wednesday, 22 October 2014

Hari Salam Ria Pasti Gombak 2014



Mood saya sebenarnya masih dikuasai oleh kenangan indah di tanah suci. Saya mmg berhajat nak berkongsi cerita di sana cuma masa dan keadaan belum mengizinkan. Bukan utk berbangga riak tapi utk perkongsian juga catatan kenangan utk anak2 suatu masa nanti. 

Sambil2 membelek2 gambar dlm phone ni, ternampak gambar Abang sewaktu menyertai pertandingan bercerita anjuran Pasti kawasan Gombak. Pelbagai acara spt nasyid, sajak, azan dll yg dipertandingkan. Acara ni diadakan pada awal bulan Ogos lepas, hari yang sama dgn wedding Yatie. 

Peserta dibahagikan kpd lelaki dan perempuan. Peserta lelaki hanya 2 org jadi peluang Abang utk menang adalah 50%. Untung abang. Tajuk cerita abang ialah "Kisah Ashabul Kahfi". Seingat saya seawal bulan 4-5 lagi cikgu Abang dah bagi teks cerita utk dihafal. Namun dia hanya giat berlatih menjelang hari pertandingan. 

Seperti dijangka, Abang berjaya dapat tempat pertama. Ikutkan persembahan peserta perempuan kebanyakannya bagus2, tapi sebab diasingkan kategori lelaki & perempuan, rezeki abang la utk menang. Saingan abang pula membaca teks, jadi markahnya kurang. Alhamdulillah. Yang penting exposure dan experience yang dia dapat.

Posing dulu sebelum pertandingan, kasi hilang nervous

Abang in action

Yeah! Dapat beg baru


Rupanya hasil kemenangan ni Abang akan mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri. Namun kami terpaksa menarik diri krn Abang diminta bermalam di tempat pertandingan, di Sabak Bernam. Kebetulan hari yg sama kami mengadakan kenduri kesyukuran. B keberatan melepaskan Abang ke sana bersama cikgunya. Maklumlah jauh tempat tu. Susah juga kami nak bergegas ke sana jika berlaku apa2. Harapnya adalah lagi peluang utk Abang di masa akan datang. 


No comments:

Post a Comment