Dah pandai senyum tengok kamera Kredit: W.Putri (baju) |
29 Dis 2014
Jiran kami, Ustazah R mengadakan kenduri menyambut menantu. Ustazah memilih untuk memasak sendiri lauk kenduri. Adik beradik dan kaum keluarga Ustazah mula berkumpul sejak hari Krismas lepas.
Memandangkan rumah kami hanya selang sebuah dari rumah Ustazah, maka rumah kami juga terlibat. Empat buah khemah dipasang termasuk sebuah dihadapan rumah kami. Juga dua buah meja makan ditempatkan di porch rumah kami. W/pun tiada koordinasi khusus tentang tugasan, namun masing- masing pandai memainkan peranan membantu tuan rumah, termasuk juga anak bujang kami, Abang yang begitu seronok mengutip pinggan dan gelas kotor. Ramai yang memuji Abang yang sungguh bersemangat membantu. Sengaja kami biarkan dia agar dia mendapat pengalaman dan pendedahan.
Majlis berlangsung dengan meriah dan ceria. Seronok dapat bertukar cerita dengan jiran-jiran setempat. Cuaca juga elok, w/pun panas tapi sekali sekala angin bertiup lembut.
Menjelang petang majlis berakhir. Setiap kami diberikan lauk kenduri, Alhamdulillah. Lega sebab tak perlu masak untuk makan malam. Penat w/pun bukan kenduri sendiri. Namun puashati kerana dapat menolong jiran.
No comments:
Post a Comment