Berbuka di lantai hospital |
Ahlan ya Ramadhan!
Ramadhan Kareem everyone!
Disamping sedang menyesuaikan diri dengan fasa baru dalam hidup, Ramadhan kali ini dimulakan dengan ujian kemalangan kecil menimpa Abang. W/pun kemalangan berlaku 30 Jun tapi surgeri hanya dibuat pada 10 Julai. Makanya 1 Ramadhan kami sekeluarga sambut di Pusrawi. Satu pengalaman juga ingatan dari Yang Maha Penyayang.
Saya sempat menyediakan juadah berbuka seawal jam 9 pagi. Jam 12 t/hari Abang perlu mendaftar masuk wad. Menu? Asam pedas ikan pari, ayam goreng, sambal goreng tempe dan ulaman. Alhamdulillah...
Selepas surgeri, Abang tidak dibenarkan pulang kerana masih perlu diperhatikan oleh pihak hospital. Jadi sekeluarga terpaksa bermalam di Pusrawi. Esoknya bersahur dengan nasi sejuk dan bun. Kenangan terindah....:). Jam 4 petang Abang dibenarkan pulang. Kami hanya membeli juadah berbuka di kantin hospital kerana kesuntukan masa untuk memasak.
3 Ramadhan sekali lagi kami ke Pusrawi untuk follow up. Alhamdulillah semuanya baik baik saja untuk Abang. Hari ini kami mengambil giliran untuk menjamu orang berbuka puasa do surau. Lega...talk perlu bergegas untuk masak. Maklumlah appointment sebelah petang, terpaksa menempuh trafik yang merangkak-rangkak di Jalan Tun Razak sesuatu yang sangat menguji kesabaran.
Kini sudah seminggu Ramadhan bersama kita, semoga keberkatannya sentiasa meneduhi kita. Dan semoga kita diberi kesihatan dan kelapangan sentiasa bersama kita agar peluang yang datang setahun sekali ini dimanfaatkan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment