Wednesday, 21 November 2012

Selamat Pengantin Baru Aida & Shahril dan Alip & Lin

"Maksu, kami nikah 11-11-12, maksu balik kampung awal sikit"
 Begitulah bunyi SMS anak saudara sepupu saya, Aida. Makanya, saya terus book diary untuk balik kampung untuk acara penting ini. Keluarga saya dan keluarga Aida memang rapat sementelah nenek Aida satu-satunya ibu saudara sebelah Bonda yang masih hidup.

Beberapa hari sebelum majlis, saya telefon dia. Apa warna tema? Maklumlah orang sekarang kahwin warna tema kira wajiblah kan. Warna biru, macam maksu dulu! Uish, nampak sungguh dia jadikan saya idola...hahahaaha..

Inilah "pelamin anganku tak musnah". Nice & gorgeous sangat.. tapi kami tak sempat bergambar dekat pelamin nie sebab terpaksa bergegas ke Ipoh untuk kenduri sepupu suami pulak. Takpa, nanti wedding day aka kenduri kita posing puas-puas.



Kami sampai di Ipoh jam 5 petang, kenduri dah habis masa tu. Nasib baik Ummi dah simpankan lauk pauk untuk kami. Jadilah dari kempunan. Sebenarnya kami dah menyertai rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan semalam sebab itu tak larat sangat tak dapat rasai kemeriahan kenduri Alip ni. 

Kagum saya dengan hasil kerja orang Ipoh...:)
Selamat berbahagia untuk kalian. Banyakkan sabar dan bertolak ansur dalam melayari bahtera rumah tangga. Semoga kekal jodoh hingga ke syurga, amin. 



Sunday, 18 November 2012

Hotel Selesa JB


Selepas pulang dari TAMAN NEGARA TG PIAI kami bersiap-siap untuk check-out dan bertolak ke JB. Sebenarnya tujuan kami turun ke selatan tanahair bukan sekadar untuk bercuti di Tg Piai tetapi juga menghadiri majlis walimah. 

Proses check-out dari Tg Piai Resort amat simple. On the way ke reception desk, we met a pakcik cleaner. Dia tanya bilik no berapa? Then dia minta kunci, senang dia boleh kemas terus katanya. Itu saje.. sampai ke reception desk pun no staff manning the counter.. rasa cam sebak plak sebab takde sesapa nak lambai kami balik...hahahaaha... 

Dari Tg Piai ke JB, kena patah balik ke Pontian then follow signboard ke JB. Lebih kurang jam 1.30 kami sampai di rumah kenduri, terus santap. Lama jugak lepak disitu, lebih kurang 2 jam, maklumlah datang jauh dari KL. 

Then kami check-in di Hotel Selesa, memang selesa hotel ni. Terletak bersebelahan Bangunan AmBank di Jalan Dato' Abdullah Tahir (Jalan Tebrau).


Bilik yang sangat selesa, ada arah kiblat & sejadah yang disediakan. 
 Bilik air juga bersih dan ada bath tub. Memandangkan petang tu hujan lebat, Abang & Adik hanya berendam dalam bath tub aje. Semangat kami turun  ke swimming pool, tapi tak dapat mandi kerana w/pun hujan tak berapa lebat tapi angin agak kencang. Maklumlah tingkat 11, tempat tinggi lebih kuat terasa tiupan anginnya.
 

The Nelayan Cafe - siap ada sijil halal dipamerkan (frame sebelah kanan)


Salah satu juadah breakfast yang must-try is this lontong. Sampai sekarang masih terasa-rasa keenakan lontong yang dimakan bersama rendang ayam. The best lontong must come from Johor rite? 
 

Scenic view at the 11th Floor of the Hotel. Ada 3 pools - adults, kids and toddlers kot sebab the 3rd one takat lutut Abang je...:)  Opal berdiri pun tak 'hapuih' kepala. Maknanya tak tenggelam la...:)

It was a pleasant stay here and we wish to come back again to this hotel. I'm craving for the lontong deh! 


Thursday, 15 November 2012

Taman Negara Tanjung Piai


Keesokkan harinya kami bertolak ke Taman Negara Tanjung Piai, yang terletak hanya beberapa kilometer dari TANJUNG PIAI RESORT.
Terima kasih daun keladi...:)




'Ganas' tol signboard nie...:)
Difahamkan terdapat banyak monyet di kawasan paya bakau ini, jadinya signboard di atas sangat-sangat berguna. Tidak digalakkan juga membawa air berwarna (sirap, oren, air gas etc) untuk mengelakkan diserbu dan dirembat oleh monyet-monyet ini. Air mineral OK, depa pun tak mau! 
.
Perkara wajib yang perlu dibuat disini ialah bergambar dengan mercu tanda Tg Piai.





Perjalanan dimulakan dengan Bismillah... Tujuannya ialah ke lokasi paling selatan di benua Asia di samping menyelusuri hutan paya bakau melihat flora dan fauna yang terdapat di dalam Taman Negara ini.



 Titian kayu disediakan sebagai denai untuk menyelusuri hutan paya bakau. Papan tanda disediakan untuk tunjuk arah dan juga penanda nama-nama pokok

Jangan terlebih muatan ye!

Tetiba je...:) Mesti keja renjer hutan yang minat The Kop nie

Dari sini boleh nampak dengan jelas kapal-kapal besar yang sedang belayar


Titi lama yang sudah rosak

Guni pasir  penahan banjir & hakisan

Antara hidupan paya bakau yang dijumpai

Adik & Abang gigih nak sampai ke penghujung benua Asia

Opal tu eksyen je, dari awal hingga ke sini, asyik atas dokong je. Dah sampai sini baru dia mau turun..:)

Diisytiharkan sebagai tapak RAMSAR

 Apa tapak RAMSAR tu? MEH SINI CEK EXPLAIN

Finally, we made ourselves proud! Sampai jugak ke sini...

Semua dah penat, terpaksa la Walid kok-kong

Sewaktu datang ke sini kami ikut selusur jalan di tepi laut sebab tu nampak kapal-kapal besar. Sewaktu balik kami ikut jalan dalam hutan, merentasi hutan paya bakau. 

Akar paya bakau yang paling tinggi dalam hutan ni
 Sampai ke kompleks masuk, kami dijemput ke tayangan video berkenaan Taman Negara ini. Masa ni Abang & Adik dah berebut aiskrim Malaysia, maklumlah penat. 

Insha Allah, ini baru permulaan. Banyak lagi tempat-tempat adventurous yang ingin kami TAKLUKI! 

Tuesday, 13 November 2012

Tanjung Piai Resort


Tenang, damai dan indah sekali. Kami sekeluarga berpeluang bercuti di Tanjung Piai Resort, suatu kepuasan kerana dapat menjejakkan kaki ke salah satu tempat dalam 'wish list' kami. Merasa jugak menjejak kaki ke penghujung benua Asia. Bukan Malaysia, Asia tu...:)

Tepat jam 4.30 petang kami tiba di resort selepas mengharungi perjalanan lebih kurang 9 jam. Resortnya terletak di atas air. Excited but at the same time quite worried, memandangkan saya punya 2 hero yang tengah lasak. Hubby dah warning, jaga kids betul2, takut anak-anak jatuh dalam air. Dalam hati terfikir gak, napelah aku pilih tempat nie. Takpe, adventurous skit!

Lega rasanya bila nampak signboard resort nie...
Mana resortnya? Hubby terpaksa turun recce dulu dengan Abang, kerana  hanya nampak jeti nelayan, dari sini. Kami cuba masuk menggunakan kereta melalui jambatan sempit ni, rupanya tidak berjaya.

Parking kereta di sini, then jalan kaki melintasi jambatan kecil ini. Ada security bertugas di malam hari untuk menjaga kereta

Bayangkan, dengan 2 luggage bag plus extra 'handbag', Opal yang hanya mahu didukung, terpaksalah kami berjalan kaki berbondong-bondong membawa segala kelengkapan untuk menginap di sini. Sehinggakan Abang pun terpaksa tarik beg sendiri...:)

Selepas jambatan, terpaksa berjalan kaki lagi melalui jalan kecil ini. Dekat 500m jugak rasanya untuk sampai ke resort

Perjalanan diteruskan lagi dengan menelusuri titian ini. Dah nampak bumbung resort...:)

Kami terus ke bilik yang disediakan, dibilik paling hujung. Panorama memang indah, nampak laut luas dan kota Singa dari tingkap bilik kami. Malangnya, tombol pintu tidak boleh di kunci. Petugas resort berjanji untuk menukar tombol.

Keadaan bilik, not bad. Bilik double RM138 kalau tak silap.
Our room is inside this building

 Tunggu punya tunggu, takde juga petugas datang repair, bila follow up semula mereka datang check dan tukarkan kami ke bilik sebelah. Ingatkan dah boleh kuak lentang sini, aircond pulak problem. Selepas 9 jam dalam mobil, tiada yang lebih diimpikan kecuali dapat meletakkan badan seminit dua... sabar sabar... 


Tukar lagi ke bilik sebelah satu lagi. OK la tapi lampu bilik air tak berfungsi. Tapi sebab malas nak susahkan diri sendiri (barang-barang dah unpack), kami redha je lah. Masuk toilet terpaksa bawak handphone...:)

The iconic view of Tg Piai resort. Tak sah datang sini tak amik gambar nie..:). Boleh nampak kapal-kapal besar yang lalu lalang juga Singapura dari sini



Kami bertembung dengan sekumpulan anak-anak kapal, hilang sedikit gusar & cuak saya. Mulanya saya fikir hanya kami sekeluarga akan bermalam di situ, rupanya anak-anak kapal ini memang menghuni di sini. Lega sungguh! 
 
Terdapat beberapa unit 'chalet' yang bersebelahan dengan unit yang kami menginap - dihuni oleh anak-anak kapal


Jeti nelayan bersebelahan resort - yang bercat oren itu ialah warung


Nampak titik oren di hujung titian? Itulah saya, yang cuba dikejar oleh Opal. Sejauh itu jugalah  perlu berjalan untuk ke resort
Siapkan diri anda dengan stamina yang kuat jika hendak ke sini...:) 

Malam harinya, kami mengambil keputusan untuk mencuba seafood di resort ini. Untuk ikan siakap 3 rasa, ketam black pepper, sotong goreng tepung, sirap bandung & nasi putih harganya RM80.40. Untuk 2 orang dewasa rasa agak mahal tapi portion makanan boleh dikongsi untuk 3-4 orang. Jadinya, lebih ramai lebih meriah & jimat gitew ...:) 

Ketam Black Pepper - must try! Sedap sangat-sangat

Siakap 3 Rasa

Baby sotong goreng tepung

Secara peribadi, saya harap pihak pengurusan resort dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan memandangkan resort ini ada potensi untuk dimajukan. The staff are all very cooperative but the facilities must  be well maintained at all times. Menu untuk sarapan juga mungkin boleh dipelbagaikan dan disediakan secara buffet, rather than ala carte. Juga it is very much appreciated if the resort can provide shutter services to the carpark esp untuk angkut barang-barang. Another thing is signboard untuk ke resort perlu diperbanyakkan untuk memudahkan pengunjung ke sini.

Nonetheless, this trip is a memorable one for all of us. We enjoyed our stay here and truly it is an amazing vacation.

Thursday, 8 November 2012

Al Fatihah untuk Kak Su

Entry untuk cuti-cuti Malaysia saya tangguhkan dulu bagi memberi laluan untuk entry khas buat seorang kenalan yang kembali ke rahmatullah.

Kissahnya...
Sewaktu menyemak status FB pagi tadi, saya dikejutkan dengan posting di wall ex-office mate yang dikatakan meninggal dunia. Setelah di semak, rupanya status tersebut adalah benar, namun penulisnya masih misteri. Rupanya telah 3 bulan beliau tiada di bumi fana ini, baru hari ini kami semua mendapat maklumat. Perginya pada bulan Ramadhan lalu, dalam keadaan yang memilukan. Beliau ialah ibu tunggal kepada enam orang anak.

Setelah berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga beliau, kami dimaklumkan bahawa arwah ditimpa kemalangan jalan raya. Lebih menyayat hati beliau sebenarnya membonceng motorsikal bergegas ke klinik membawa anaknya yang demam. Motor tersebut di tunggang oleh anaknya yang masih di alam sekolah menengah dan tidak memiliki lesen memandu. Lebih malang lagi, mereka di langgar oleh seorang remaja belasan tahun yang juga tidak memiliki lesen memandu.Jadi pendakwaan tidak dapat dilakukan.

Arwah meninggal di tempat kejadian, berkemungkinan mengalami pendarahan dalaman. Difahamkan anak arwah tidak mengalami kecederaan yang serius. Si kecil juga tidak mengalami sebarang kecederaan, mungkin tindakan arwah yang cuba menyelamatkannya membawa ajal kepada ibunya. Namun, ajal itu ketentuan Allah.

W/pun perkenalan kami tidak lama tetapi arwah seorang yang mudah mesra, murah dengan senyuman dan senang memberi kerjasama. Senyuman itulah yang sebenarnya melindungi segala kepayahan dan penderitaan beliau. Siapa sangka pertemuan  2-3 tahun lepas sebelum beliau meninggalkan syarikat adalah pertemuan akhir kami.

Saya doakan agar arwah bahagia di sana, ditempatkan rohnya dikalangan para mukmin & solihin. Al Fatihah untuk Kak Su...

Wednesday, 7 November 2012

Johor 2012 ~ part 1


Day 1: Pontian ~ Kukup ~ Muzium Bugis ~ Tg Piai Resort
Day 2: Taman Negara Tg Piai ~ JB ~ Bandar Dato' Onn
Day 3: Hotel Selesa, JB
 
Seawal jam 7 pagi kami bertolak ke Johor. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami ke negeri Darul Takzim. Kami sekeluarga amat menantikan percutian ini dan pastinya semua teruja untuk memulakan perjalanan jauh ini. 

Sampai di R&R Seremban, kami berhenti mengalas perut. Bergilir dengan suami menjamu selera dek kerana Opal yang tidak mahu diam, berlari ke sana ke mari. Ditambah pula Abang yang merajuk kerana tidak dipenuhi kehendaknya.

Perjalanan di teruskan. Singgah lagi sekali kat R&R Air Keroh untuk ke tandas dan membeli air sebagai bekalan perjalanan. Opal dah 'sampai' ke Johor agaknya masa nie...masa terpejam rapat, mulut ternganga...:) Tidak lama kemudian, Abang juga 'hanyut' dibuai mimpi. Masa untuk berdua-duaan menemani suami!

Akhirnya, sampai juga kami ke Exit 247, simpang keluar ke tempat yang mahu ditujui. Waktu sudah melewati jam 12 t/hari.

Berenti keta jap, gambar signboard penting sebagai perencah untuk rakaman perjalanan nie

Signboard seterusnya....

Kiri ke kanan?


Dan seterusnya.... 

Terus B terus...!

Kami singgah sebentar di pekan Pontian Kechil, untuk berehat dan  meninggalkan jejak di pekan Pontian Kechil.

Sangat nyaman w/pun matahari terpacak di atas kepala, mungkin kerana bayu laut yang berpupuk lembut

Adik & Abang sedang 'release tension' setelah berjam-jam di dalam kereta


We were here!

Kedengaran azan dari masjid, lalu kami bergegas ke masjid untuk bersolat. B dan Abang ke masjid, sementara saya dan Opal menunggu di dalam kereta. 

Usai solat Jumaat, kami mencari kedai makan. Berhenti di sebuah gerai "Gerai Syima" berhadapan dengan kediaman rasmi jurutera daerah. Lauk pauk yang disediakan sangat menyelerakan, masakan kampung ala Johor - asam pedas, masak lemak putih, ikan goreng, rojak dll. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. 

Perjalanan kami teruskan ke destinasi impian. Ikut signboard ye, bagi yang pertama kali sampai ke 'Bandar Penghujun Benua Asia'. Bukan saya yang cakap, tapi memang tertera di signboard ye.


Nampak tak?

Bila nak sampai nie?

Hah! Lagi 20km je... 


Dipertengahan jalan ke Tg Piai kami singgah sebentar ke Muzium Bugis. KLIK sini untuk info lanjut ye.

Masuk adalah percuma namun disediakan tabung untuk sumbangan memandangkan muzium ini diusahakan secara peribadi  oleh pemiliknya


Abang is admiring the Bugis swords


Alat muzik tradisional Bugis - antara yang saya kenal Gambus


Dapur arang



 Melihat kayu api di atas dapur ini, spontan saya teringat zaman kanak-kanak dulu, selalu menolong Bonda mencari kayu api di kebun getah. Kayu atau ranting getah yang patah akan dikumpulkan dan di potong kira-kira sehasta dan diikat. Lalu, dijunjung di atas kepala yang beralaskan kain batik. Nostalgia betul! 


Pernah lihat pelamin sebegini? Inilah pelamin orang Bugis. Menurut penjaga muzium, pelamin seperti ini masih digunakan di sesetengah tempat.


Batu Terapung


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tg Piai. Dah tak jauh... 
 


Sampai juga kami ke tanah hujung Benua Asia, alhamdulillah


Akhirnya tepat jam 4.10 ptg kami sampai di Tg Piai Resort... cerita tentang resort ini akan saya kongsikan di entry lain.

Kami juga melawat sekitar pekan Kukup, terdapat sebuah terminal jeti antarabangsa ke Pulau Karimun Indonesia dan juga pejabat imigresen di sini. Kebanyakan restoran makanan laut di sini diusahakan oleh masyarakat Cina. Manakala kaum Melayu pula lebih banyak mendiami Tg Piai. 




Terminal Feri Antarabangsa


Pejabat Imigresen Kukup