Friday, 28 September 2012

Al Fatihah untuk Wa

Kali terakhir saya bertemu beliau ketika Eid yang lalu. Kami menziarahi beliau yang ketika itu sakitnya 'agak berat' sebelum pulang ke ibukota. Seingat saya selepas pemergian Wa Lah, isterinya Wa Roni mula murung. Setelah diduga pelbagai sakit seperti stroke, depression ditambah usia yang makin meningkat mencecah 80 tahun, Wa pergi menemui pencipta-Nya, selang sebulan dengan  pemergian Pak Ngah Dan.

Bermakna 1 Syawal tempohari adalah pertemuan terakhir saya dengan arwah dan P.Ngah Dan.Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-fatihah untuk Wa...

No comments:

Post a Comment