Thursday, 7 June 2012

BIFIS Day 1

Seperti juga KLIFFBIFIS 2012 adalah rangkuman beberapa acara seperti simposium, main forum, master class workshop dan exhibition.

Untuk hari pertama, acara yang diadakan ialah Simposium Internasional Fiqh Keuangan Syariah (Simposium). Kehadiran peserta untuk acara ini menjangkau 300 orang kebanyakannya dari Indonesia sendiri.

Acara pembukaan telah dimulai dengan sambutan oleh Ust Taufik Ridlo dari SEBI yang juga Penasihat BIFIS 2012. Ini disusuli dengan ucapan aluan oleh Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah BNM & SC. Seterusnya ialah ucapan khas oleh Dr Kiyai Hj Maaruf Amin, Pengerusi Dewan Shariah Nasional, Majlis Ulama Indonesia (MUI).Akhirnya Bapak Ahmad Heryawan selaku Gubernor Jawa Barat telah dijemput untuk merasmikan acara ini.

Paluan gong oleh Pak Ahmad Herwayan menandakan majlis ini bermula secara rasminya. Turut kelihatan ialah Dr (HC) K H Maaruf Amin.
Pihak SEBI juga telah menghadiahkan buku 'Fatawa' yang diterbitkan dalam bahasa Indoneia, Arab dan Inggeris sebagai simbolik kepada pennyatuan dan pengukuhan kerjasama di antara pakar-pakar Shariah antarabangsa. Buku ini disampaikan oleh Bapak Ahmad Heryawan. 

Dari kiri: Dr Mohd Daud Bakar, Tan Sri Sheikh Ghazali, Sheikh Al Olama, Sheikh Nizam, Bapak Ahmad Heryawan, Sheikh Esam, Dr K H Maaruf Amin dan Ust.Taufik
Bapak Gubernor kemudiannya di bawa melawat ke ruang pameran yang disediakan. 

Gubernor melawat booth Cert Publications
Program satu hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh penceramah jemputan yang dijemput dari negara-negara Nusantara dan juga Timur Tengah. 

Sesi 1: Peranan Fiqh dalam Perkembangan Keuangan Syariah Global (Arabic session)

Sheikh Nizam, Sheikh Al Olama, Dr Anwar Ibrahim, Ust Taufik, Dr Daud dan Sheikh Esam berkongsi pentas membincangkan isu-isu semasa kewangan Islam global
Moderator: Ust Taufik Ridlo (SEBI)
Panelis: 
  1. Sheikh Nizam Yaqubi (Shariah Advisor Bahrain)
  2. Dr H M Anwar Ibrahim (Shariah Advisor Indonesia)
  3. Sheikh Esam Ishaq (Shariah Advisor Bahrain)
  4. Sheikh Dr Mohamed Abd Rahim Sultan Al Olama (Shariah Advisor UAE)
  5. Dr Mohd Daud Bakar (Shariah Advisor, Malaysia)
Sesi 2: Maqasid Syariah Dalam Keuangan Syariah dan Fleksibilitas Fiqh Islam 

Dr Oni Syahroni, Tan Sri Sheikh Ghazali, Bapak Izzuddin dan Dr Akram ketika sesi soal jawab
Moderator: Izzuddin Abdul Manaf (SEBI)
Panelis: 
  1. Assoc Prof Dr Mohd Akram Laldin (ISRA)
  2. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman (JAKIM)
  3. Dr Oni Syahroni (MUI)
Sesi 3: Fleksibilitas Fiqh Islam  dalam Mengembangkan Produk dan Instrumen Investasi Keuangan Syariah - Realitas dan Tantangan 

Dr Engku Rabiah, Prof Dr Jaih Mubarak, Dr Hasanuddin, Prof Fathurrahman dan Ust Hanif ketika sesi penggulungan oleh moderator (Dr Hasanuddin)
Moderator: Dr Hasanuddin (MUI)
Panelis: 
  1. Prof Dr Jaih Mubarok (MUI)
  2. Prof Dr H Fathurrahman Djamil (MUI)
  3. Assoc Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (IIUM)
  4. Ust Muhammad Hanif Hassan (NTU)
Selesai pembentangan setiap sesi, sesi soal jawab dibuka kepada delegasi. Sepanjang pengamatan saya, sesi soal jawab yang berlangsung lebih aktif berbanding di KLIFF. Kebanyakan peserta juga fasih berbahasa Arab menjadikan Simposium ini istimewa sekali.  

Acara ini berakhir sekitar jam 6.00 petang. 

No comments:

Post a Comment