Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian (Al-Asr). Tahun baru menjelma lagi. Moga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang sentiasa berbuat kebaikan, bukan terus terusan tenggelam dalam kerugian.
Apa azam tahun baru anda? Yang penting betulkan niat, tanam dalam hati kita untuk memjadikan hari ini (bukan tahun ye) lebih baik dari semalam. Sekiranya usia anda kini 30 tahun, hitung-hitungkan dalam masa 30 tahun itu, bagaimana amal kita? Belum tentu 30 tahun itu benar-benar 30 tahun! Dalam usia kita 1-7 tahun, kita masih kanak-kanak yang belum mumayyiz mungkin, 7-12 tahun kita baru bertatih melakukan ibadat, bila mencapai usia baligh dalam usia 13-15 tahun sepatutnya kita makin faham erti ibadat yang dilakukan. Namun, ingatkah kita pada usia remaja itulah kita masih tercari-cari arah, mencuba perkara-perkara baru, suka memberontak dsbnya. Mencecah umur 20-an beruntunglah bagi sesiapa yang telah matang, matang dalam hidup dan memahami bahawa hidup kita hanya pinjaman lalu berusaha memperbaiki amalannya disamping menjalankan urusan kehidupan dunia seperti menuntut ilmu dan menceburi bidang pekerjaan. Di usia 25-30 tahun kita mula membina keluarga, tentunya tumpuan lebih kepada memantapkan ekonomi keluarga. Usah gusar, usaha anda untuk memberi nafkah kepada keluarga juga di kira ibadah, dengan syarat kerja itu halal, cara kerja juga halal. Fahamkan maksud saya?
Mari sama-sama kita betulkan niat untuk memperbaiki dan menambah amal ibadat kita. Kalau tahun yang sudah-sudah kita jarang berpuasa Isnin & Khamis, mari kita lakukan. Kalau dah terbiasa, cubalah tinggkatkan lagi dengan puasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir bulan. Begitu juga solat-solat sunat, qiyamullail dsbnya. Tingkatkan amalan bersedekah kerana ia pembuka pintu rezeki. Lebihkan masa dengan orang tua kita, eratkan silaturrahim dan pelbagai lagi amal kebaikan yang lain. Janji ada peningkatan dalam amalan kita, bukan hanya duniawi dan material. Hidup kita disana yang kekal, abadi. Tanpa bekalan yang cukup, kita akan rugi disana. Fikir-fikirkan ye!
"When my arms cant reach to people close to my heart, I hug them with my prayers. May Allah grant you what your heart desires".
Salam maal hijrah untuk semua!
No comments:
Post a Comment