Alhamdulillah anak sulong kesayangan Ummi Walid dah selamat sampai ke Ganu awal pagi Sabtu.
Sebelum ni bawa beg jenis tali sandang di bahu tu. Lepas tu bawak 2 beg galas, jenuh nak handle kiri kanan depan belakang ada beg π
bawa luggage ni senang, sorong je.
Ada budak nak ikut ke Ganu :D
Kali ni naik bas Express Adik Beradik juga. Abang belum install apps depa jadi boarding pass kena print dekat kiosk. Caj RM2, bayar guna TNG e wallet. Kalau ada apps, terus scan je phone pada mesin pengimbas sebelum turun ke platform menunggu.
Yang Ummi bulat merah tu info untuk beli tiket bas online direct with TBG. Baru-baru ni kan keluar memo dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang katanya mulai 1 Nov 2026 ni pembelian beli tiket bas hanya melalui terminal bas. Take note ye Abang.
Last time sejam lebih bas delay.
Lepas solat barulah order e-hailing balik ke kampus. Senang sekarang, order e-hailing je. Ummi dulu usung bas dari Puduraya ke Bangkok Bank atau ke CM (Central Market) dulu untuk solat di suraunya tu. Kemudian berebut pulak naik bas Metro atau Bas Mini warna pink tu balik ke kampus. Dulu rasa penat, sekarang bila dikenang balik seronok juga merasa pengalaman begitu, menjadikan kita lebih berani, berdikari dan kental.
Begitulah nak, bukan senang nak senang. Gunakan dan nikmati masa muda remaja ni untuk belajar ilmu kehidupan juga, bukan setakat ilmu dalam kelas ❣️

Hehe sayapun terkenang naik bas Metro atau Intrakota kalau hendak balik kampus.
ReplyDeleteHehehe sbb tu memori as a student sangat precious kanπ₯°π₯°
ReplyDeleteya ada jg terbaca psl tu
ReplyDeleteso ulat tiket tak leh cari mkn laa lepas ni hehehe
Bas sekarang dah macam naik flight ye ada boarding pass.
ReplyDeleteguna luggage tarik begitu mmg mudah
ReplyDeleteCarpet merah tu macam carpet masjid UPM. Meow tu kalau tak perasan tau tau sampai Ganu. Hehe
ReplyDeletewahh bas dah ada seat mcm vip ye.. nampak sgt sy ni dah ketinggalan jauh.. mcm selesa sgt je seat tu
ReplyDeleteYang nak ikut masuk dalam beg tu comel sangat. Guna beg tarik ni memang mudah lagi-lagi kalau tempat yang dituju memang molek keadaan jalan rayanya. Dia kalau travel je kadang-kadang perlu beg sandang kan
ReplyDeleteSeronok jgk turun naik bas masa study dulu =D
ReplyDeleteLuas masjid di kt.
ReplyDeleteOrang pula belum ramai.
Alhamdulillah dah selamat kembali ke kampus anak bujang sis. Nampaknya lepas ni abang kena install apps Redbus la kot senang boleh beli tiket bas dari macam2 syarikat kat situ.
ReplyDeleteBetul la, zaman kita dulu rasanya lebih mengajar kita berdikari. Bila masuk universiti, saya belajar naik kapal terbang sendiri, lepas tu ambik bas awam dari airport Senai, turun kat bus stop dan jalan kaki ke kolej sambil heret beg luggage. Ada je kereta sapu berhenti tapi zaman tu mmg lebih rela heret beg jauh2 dari bayar mahal2 sbb kena berjimat-cermat π€
Selamat kembali & semoga terus cemerlang dan dimudahkan urusan belajar
ReplyDeletelinda dulu naik kereta sapu.. kumpul berapa orang, baru la naik.. kalau sorang, jenuh nak bayar.. hahaha...
ReplyDeletetang balik kg pula.. memang bawa beg galas je, itu pun sebab ada laptop.. memang sejenis dari sek men, balik bermalam kalau boleh tak nak bawa apa2.. sebab dekat rumah pun dah ada baju bajan.. hahaha
Teringat suatu zaman dahulu naik bas uyk ke mana -mana.. nak gi kL pun naik bas huhu.. Setuju tu.. bukan senang nak senang ☺️
ReplyDeleteBetul tu PH, zaman dulu-dulu memang banyak mengajar kita jadi berdikari. Dari hantar beg berat-berat sampai susun strategi naik bas mini pink, semua tu memori paling mahal bila dah dewasa ni. Seronok tengok Abang sekarang makin 'pro' pakai luggage sorong je. Semoga terus cemerlang di kampus
ReplyDeleteSaya pernah naik bas adik beradik ni masa duduk sekejap kat terengganu. Zaman covid19 bulan Sep'2020 lebih kurang
ReplyDeletekan...ammi disebabkan belajar di ITM Shah Alam je jadi takdelah sampai KL awal subuh. Tapi jenuhlah juga berjalan dari bus stand klang ke Pudu Raya dengan bag berat. Beriya jugalah masa first time bertanya orang kiri kanan jalan nak ke pudu Raya
ReplyDeleteSenang bawa luggage.
ReplyDeleteDulu akak dari Changlun naik bas Jelita. Sampai Puduraya.. angkut beg pergi Stesen Bas Klang-KL. Naik bas ke Klang pula. Lepas tu ambik bas lain untuk balik rumah. Fuhhh.. jenuh rasanya tapi pengalaman yang mendewasakan.
Eh macam mana kak?? Tiket bus hanya bisa dibeli di terminal bus as per 1 nov? Maknanya saya kalau nak beli dari platform macam red bus dan easy book, selepas 1 nov dah tak bisa?? Saya belum beli lagi tiket ke Ganu dan KL untuk Desember π π . Soalnya kalau dari red bus dan easy book platform, belum buka lagi untuk tgl 25 dec dan 28 dec.
ReplyDeleteKenangan naik bas mini berhimpit himpit dari Bangkok bank pi kg baru. Ada sekali tu sampai kl banjir. Bas pink tak boleh sampai slowly jalan pi kg baru. Nasib takde kena kacau. Nak pi belajar kat kampus shah alam besoknya. Memori lah masa tu.
ReplyDeletelps ni boleh naik ecrl plak!! cuma tak sure jauh ker tak stesennya ke tmpt study tu
ReplyDelete