Selepas 2 hari PDPR; Jumaat dan Isnin, SRAI kembali dibuka hari Selasa. Adik pergilah sekolah macam biasa. Ummi ingatkan sentiasa pakai face mask sebab nampak jerebu masih teruk. 2-3x check IPU tapi macam tak accurate je. IPU rendah tapi hakikatnya nampak kelabu asap belaka.
Berhampiran sekolah, tak nampak matahari langsung. Di rumah nampak juga cahaya matahari menembus bumi.
Sekitar jam 11.00 pagi Adik called. Katanya dia asyik bersin dari pagi jadi Cg N suruh balik. Pagi tadi pergi sekolah elok je :(
Ummi syak dia allergic dengan asap/habuk la kot. Dengan keadaan macam gambar atas tu no wonder la asyik bersin dan rasa tak selesa.
Alhamdulillah tidaklah demam. Cuma dia asyik bersin sampai merah hidungnya. Ummi suruh dia berehat saja.
Nampak kawan share status ni. 123 pun dan rasa rimas, apatah lagi tempat yang IPU -nya lebih tinggi :(
Sama-sama kita mohon DOA agar keadaan kembali pulih. Rindu nak tengok langit biru dan awan kepul-kepul.
Semoga keadaan jerebu ini makin baik
ReplyDeleteAllahul musta'an
ReplyDeleteYa Allah, cepatlah hilangkan jerebu ni...
ReplyDeleteSemoga baik2 aje anak2 kita.Amin
ReplyDelete