Cerita long weekend hari tu tak habis lagi :D
Sabtu dan Ahad makan kenduri, back to back.
Isnin duduk rumah, layan cucu saudara.
Selasa outing pergi mall.
Kakak outing dengan besties SRAI dia di Melawati Mall. Sementara Kakak berjimba dengan kawan² dia, kami merayaulah dalam mall tu.
Cuci mata je :)
Ummi suruh dia pilih buku/novel untuk birthday present dia. Tapi novel dia nak takde. Staff kata branch terdekat yang masih ada novel tu di Wangsa Walk. Malas pulak nak ke sana.
Kemudian masuk BO, beli baju sorang sehelai. Best la outing & shopping berdua gini. Selalu tengok SA, Ezna keluar dengan Dania masing², MZ w her heroes, today my turn pula.
Makan dulu dekat food court.
Takdelah lapar sangat, tapi teringin nak repeat Bumbu Babah sebenarnya š
Itu yang ajak Adik makan dulu, sebelum teruskan aktiviti cuci mata :D
Nak ganti dish rack sedia ada yang dah lama usianya, ada part berkarat juga. Jumpa yang berkenan, beli terus.
Sampai masa yang dijanjikan, ambil Kakak dan gerak ke destinasi seterusnya.
Seronoknya ada keluar bersama anak-anak perempuan.
ReplyDeleteNak cari jugak la rack macam tu....
ReplyDeleteKalau masuk MPH ni tak boleh sekejap dengan anak2 ni
ReplyDelete