Alhamdulillah ketiga² anak yang sedang bersekolah dah dapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Angah dan Kakak dapat awal, depa sekolah KPM. Duit diletakkan dalam sampul Madani. Tak pastilah semua sekolah KPM dapat duit dalam sampul Madani ni.
Untuk Kakak ada taklimat oleh Tn Pengetua dulu, sebelum sesi penyerahan BAP. Angah pula boleh terus ambil di kelas. Sebelum² ni, guru kelas serahkan kepada pelajar saja tapi sebab minggu dia dapat BAP ni minggu PB, ibu bapa/penjaga dijemput ke kelas untuk serahan BAP.
Ambil di dewan sekolah. Yang bestnya, lepas ambik BAP boleh bawa anak balik ke rumah. Balik awallah Jumaat lepas. Dek kerana itu, Ummi dah dapat BAP terus menonong keluar dewan, nak ambik Adik di kelas. Rupanya tertinggal MyKid Adik dekat cikgu π
Syukur juga tak tercicir. Kalau tak lagi haru...
Hari ni Gerko Unit Beruniform, semangatlah nak ke perjumpaan Tunas Puteri, dah ada uniform lengkap :)
Sebenarnya Adik selang 3 minggu sekali baru pakai baju Unit Beruniform. Gerkonya berselang seli antara Unit Beruniform, sukan/permainan dan Kelab/persatuan. Itu yang tak beli baru untuk dia. Buat masa sekarang, pakai dulu baju Kak Medina. Kalau ada keperluan untuk beli baru nanti, barulah kita beli. Hidup sekarang keras, kena bijak mengurus kewangan dan prioritize. Gitewww...
Anak² minggu kedua sekolah dah dapat kalau tak silap..yang duduk dengan ayah, ayah la ambik..yang duduk asrama, embah tolong ambilkan..
ReplyDeleteSekolah KPM cepat. SRAI lambat sikit
DeleteAlhamdulillah RM150 dapat topup mana yang belum ada atau tambah mana yang perlu. Naura pun dah dapat. Cuma belum habis guna lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah membantu juga sikit sebanyak
DeleteAlhamdulillah, rejeki anak2 sekolah
ReplyDeleteAlhamdulillah rejeki jgn ditolak kan Wak
DeleteSukur dapat topap-topap
ReplyDeleteYa uncle, syukur bangat
Deletetakde pun sampul tu sek anak2 Cie dapat duit saja.
ReplyDeleteMungkin inisiatif sekolah la kot kan...
Deletesiap ada sampul madani ye
ReplyDeleteItu la :)
DeleteAlhamdulillah..2 anak sy pun dh dpt. Simpan la dulu buat sementara ni utk cover duit PIBG nnt. Tak sure lg ni brp RM kena setiap sorg.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Dapat dah ya....boleh la buat belanja anak sekolah.
ReplyDeletealhamdulillah rezeki anak-anak yg bersekolah... harap dpt meringankan beban buat mereka yg kurang berkemampuan
ReplyDeleteKhalaf pun dah dapat dah duit bantuan ni...syukur ada rezeki untuk anak -anak bersekolah kan PH..ringan jugak dan membantu sangat
ReplyDeleteOh kalau di sini transfer kak sistemnya. Tak boleh pakai cash. Itupun yg dapat hanya anak2 tertentu yg memang agak kurang dari segi perekonomian. Yalaah sebab tak mungkin bagi utk semua anak sekolah 1 Indonesia raya ππ. Banyak sangat itu ππ. JD dipilih siapa yg berhak
ReplyDeleteBAP Wafi terima masa nak balik cuti Thaipusam haritu. Memang wakilkan dia je ambil. Selamat akak masukkan RM100 dalam bank, lagi RM50 tu bagi dia pegang terpulang nak beli apa.
ReplyDeletealhamdulillah, semoga bantuan ni meringankan beban ibu bapa
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki anak-anak. Semoga bantuan ini dapat memberi lebih semangat kepada mereka untuk belajar
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki anak-anak sekolah. Dapat menampung perbelanjaan.
ReplyDeletealhamdulillah, tq pmx ;)
ReplyDelete