Tuesday, 14 January 2025

Masak Sedap² Sikit

Sabtu Ummi Walid pergi wedding kakak Ain, jadi tak masak. Beli je lauk untuk anak³ dari Restoran Sajian Teringin. 

Jadi, Ahad Ummi masak sedap² la sikit khususnya utk Abang Angah. Tak seronoklah depa balik Ummi tak masak best². Padahal Jumaat ni nak balik lagi, sebulan dok rumah nanti :) 


Kari Ikan Senangin; pekat, likat, terpikat hah :D 
Ikan ni Ummi beli dekat GBC, kira ada sentimental value jugalah haha... 

Tak sempat nak pergi Bumbu Babah. Food court pun kena tutup juga rupanya. Mungkin penyewa baru nak refurbish dan upgrade semua kot... Bagi new look & vibe sebab Giant dah >20 yrs dekat situ. Jenuh juga tu nak 'kikis' imej Giant dekat tempat ni :) 

Kari ikan ni Ummi guna pes readymade ni. Tok Umi pos ke SG. Pes ni memang sedap dan memang menjadilah kari kita Insha Allah. Cuma tambah santan dan aksesori; bendi, cili merah, terung dsbnya. Ummi tumis dulu dgn bawang dan daun kari. 

2 ketul Ummi goreng. 
Gaul garam, kunyit dan serbuk cili. 

Ayam Kicap pun ada. Raikan anak² yang suka ayam....

Sup Sayur. 
Letak sekali wantan Acik Solehah bagi. Teringin sangat nak makan wantan soup buatlah tumpang ada wantan tu. 

Lepas lunch, bersilat pula untuk masak macaroni Angah nak bawa utk jamuan dorm. Malam memang off kitchen la sebab dari pagi dah masak kan... 

Apapun kerja dapur sekarang lebih ringan. Anak⁴ dah boleh diharap. Ayam 2 ekor Walid bawa balik dari pasar, Angah tolong bersihkan. Bahan memasak Kakak tolong sediakan. Begitu juga Abang dan Adik ada sumbangan dan peranan masing². 

3 comments:

  1. Giant tu uncle biasa juga... sebab mak uncle tinggal belakang tu....

    ReplyDelete
  2. Boleh try nanti pes readymade tu. Nampak pun sedap. Tutup akhirnya Giant Batu Caves tu ya.

    ReplyDelete
  3. Wak pilih yang goreng daripada yang kari

    ReplyDelete