Hari ke-4 cuti sekolah sempena Deepavali kami ke Arena Sukan KL untuk beriadah. Hujung minggu Walid cuti, panjanglah sikit langkah.
Kali ni kami masuk ke kawasan parkir, belakang main entrance. Ada mini playground dekat sini. Sebelum ni tak perasan sbb kami dropped off je Abang Angah depan sana.
Cashless ye.
Vending machine pun guna debit card dan e-wallet juga.
Ada beberapa orang runners & joggers yang dah sampai. Depa memang run & jog ye. Ada yang tengah rekod masa larian, tengah training dgn coach dia etc. Ummi je yang leha² haha...
Padang ni takde orang sewa masa ni. Abang Angah minta izin staff ASKL ni utk sepak² bola (Angah bawa dari rumah), dia bagi je. Ada la juga 1 family lain main² juga dekat gol lagi satu. Kalau datang satu team tu mungkin kena sewalah agaknya padang ni. Khamis kelmarin kawan² Abang datang mai bola lagi dekat sini, tapi Abang tak join. Ada tuition. Buka sekolah Isnin ni UASA.
Tak tahulah Ummi, aktif sungguh hat sorang ni 😇 Risau sebab KESUSRAI, trial UPKK dan UASA dia back to back bulan 11 ni.
Kemudahan² yang ada di sini.
Dalam sejam juga kot dekat sini. Sempatlah ke tandas. Fasiliti elok, ala² tandas hotel cuma dari segi kebersihan kena pertingkatkan. Kurang bersih dan kurang terjaga. Sayang sebab tempat ni baru dan elok, biarlah dijaga sebaiknya.
No comments:
Post a Comment