Wednesday, 31 August 2022

Lunch di Bai Krapraw Seafood

Late lunch Ahad lepas, selepas balik ambil Angah di tuition dan hantar barang Abang di asrama, dan sebelum masuk rumah sewa. 

Selalu nampak banyak orang di kedai ni tapi tak pernah singgah. Satu menu special yang Ummi perasan dari luar kedai sebelum ni ialah aiskrim kelapa muda. Malas nak singgah jika semata-mata nak makan aiskrim. Lagipun kedai ni betul-betul tepi jalan besar, susah juga nak parking. 

Hari tu pula kedai nasi campur banyak dah habis lauk atau dah tutup jadi terjah sini dengan harapan dapat makan nasi ayam pun jadilah.

Sekali, macam terjumpa lubuk emas haha... Ada menu goreng-goreng walaupun baru pukul 2 lebih...

Nasi Goreng Ayam Kunyit. Walid order tapi Ummi termakan 😁 Ingatkan Nasi Goreng USA yang Ummi order, sebab ada telur mata tu... Sekali, dah nak habis nasi goreng ni, waiter hantar sambil cakap "Nasi Goreng USA..."
Lapaq sangat terus ngap :D 

Walid redha je la makan Nasi Goreng USA ni :) 

Kakak & Adik makan Maggi Goreng. Angah pula pilih Nasi Goreng Kampung. Sedap nasi gorengnya. 



Selain Thai food, dessert pun menarik ..ada bingsoo/bingsu, aiskrim, pulut mangga dsbnya. Next time la cuba...

Alamat kedainya ye 👆
Dekat simpang SBPI Gombak tu je... Nampak juga beberapa group pelajar puteri sedang menjamu selera di sini. 


Kedainya bawah pokok tapi bersih dan hiasannya pun nampak cantik. Makanan sedap, staff pun ramah Dan serving time pun cepat.  Cuma parking space limited sebab kedai ni di tepi jalan utama. Kereta kena park tepi jalanlah.  Apapun it's worth to try :)

Tuesday, 30 August 2022

Sambutan Hari Merdeka 🇱🇷

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65!

Semalam banyak juga sekolah yang dah sambut Hari Merdeka kan? Termasuklah sekolah Adik...

Murid-murid digalakkan pakai baju berunsurkan warna bendera kita. Meriah bila ramai yang berpakaian ikut tema 😍

Simple je sambutannya sebab sekolah nak pindah ke bangunan baru hujung minggu ni. Tak adalah deko-deko Merdeka

Ada juga jamuan secara potluck...

Adik bawa Vitagen. 

Ummi pergi laundry, terserempak dengan anak2 Pasti Permai tengah berarak. Ummi pun dapat bendera Malaysia satu. 

Ini pula anak2 Tabika Kemas...

Berarak sekali dengan parents 👍

Baguslah acara sebegini diadakan agar anak-anak kecil dapat pendedahan tentang hari bersejarah ini. Walaupun belum faham sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya depa peka nak laung Merdeka! Merdeka! Merdeka! dan kibarkan bendera. 



Monday, 29 August 2022

Ubi Kayu Rebus




Semalam tengok Mak Cella makan ubi kayu rebus. Terliur juga tapi syukurlah baru je makan ubi kayu rebus. 


Ummi cicah dengan kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam dan gula. Lawan pula dengan kopi O. Nikmatnya! 

Ada tebu sekali. 

Tak tunggu lama, cuci-cuci terus rebus :D 

Kecik-kecik dulu suka buat main kulit ubi yang warna pink ni. Cantik! 

Petang tu teruslah minum petang dengan ubi rebus. Dengan hujan yang renyai-renyai, memang layan :)

Tebu tu tak sempat makan jadi sedekahkan kepada Cik Ana. Manakala pisang Mak Bee bagi Ummi sedekahkan pula kepada Aunty Sopiah.

"Ambillah Kak, sedap buat cekodok ni. Kami tak sempat nak makan (sebab kebakaran tu kan). 

Tup-tup petang esoknya Aunty Sopiah siap buatkan cekodok untuk kami ☺️

Alhamdulillah. 

Soho Hotel, Prima Sri Gombak

Di sinilah tempat berteduh kami sepanjang 2 minggu pertama ditimpa musibah. 

Minggu pertama bayar RM118/semalam, minggu berikutnya nego dengan owner dapat rate RM100/semalam. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan orang baik-baik belaka. 

Dari segi kemudahan semua lengkap terutama untuk anak3; ada TV, WiFi dan aircond. Seboleh mungkin taknaklah anak3 terasa sangat akan 'kesusahan' yang kami sedang alami. Prinsip Ummi, "hilang tempat tinggal kalau boleh jangan hilang semua". Emosi depa kena jaga juga.

Walaubagaimanapun, bila dah lebih seminggu di bilik ni, mula rasa mati kutu :( 
Bimbang pula Ummi bila tengok anak3 terlebih screen time :(  Sebab takde apa sangat boleh dibuatkan...


Nak kurangkan screen time tu Ummi using juga Sahibba, chess set dsbnya untuk depa main. 

Walaupun selesa dari segi fasilitinya, tapi kos agak tinggi. Selain tu Ummi sedikit bimbang sebenarnya sebab setiap pagi ketika keluar untuk hantar anak3 ke sekolah, kawasan ni sunyi. Ialah, kawasan komersil. Mamak Al Saira di sebelah tu pun sekarang ni buka jam 11 pagi, kekurangan pekerja katanya. 

Jadi kami cari juga rumah sewa atau homestay. Nanti Ummi share our house hunting journey pula :) 

Apapun sekali lagi berbanyak terima kasih kepada Soho Hotel yang sudi memberi special rate kepada kami. 

Saturday, 27 August 2022

Api ~ Coretan Minggu 2

Recap Minggu 1 ;

Ahad 14/8 
Kebakaran awal pagi. 
Tengahari buat report polis. 

Isnin 15/8
Walid ke bank untuk dapatkan info dan dokumen berkaitan insurans rumah (fire insurance)

Selasa 16/8 
Bertemu janji dengan Tn S untuk buat report Bomba. Since kebakaran jam 3.45 pagi, team yang handle case kami team malam (shift 8.00 mlm - 8 pg). Jadi, kena jumpa team leader shift malam untuk diambil statement Walid. 

Rabu 17/8
-

Khamis 18/8
Loss Adjuster datang buat penilaian kerosakan dan kerugian. 

Jumaat 19/8
Started the cleaning process. 

Sabtu 20/8
Sambung cleaning process sampai Ahad. 

Minggu Ke-2

Day 8

Walid ke Pejabat Bomba untuk ambil report yang dah siap. Report Bomba tak macam report polis yang boleh ambil terus laporannya. Minggu ni Tn S bertugas shift siang, jadi sianglah jumpa beliau. Tapi, gambar atas ni gambar malam 😅

Petang pula kawan sekolah menengah Ummi datang ziarah. Kami jumpa di kedai makan sebab dah lewat petang. Terharu sangat sebab Cikna bukanlah rakan rapat tapi sanggup datang tengok keadaan kami Barakallah Na 😘

Sebenarnya dari hari kejadian tak putus-putus kawan-kawan, jiran-jiran dan pelbagai pihak yang datang melawat. Alhamdulillah Allah hadirkah insan-insan yang baik di sekeliling kami. Walaupun jauh dari keluarga tapi sokongan mereka inilah yang membuatkan kami tak terasa keseorangan. Pastinya doa kawan-kawan maya juga sangat-sangat kami hargai 🌹

Day 9

Walid ke Pejabat Bomba Negeri di Bukit Jelutong untuk submit report dari Bomba Selayang dan beberapa dokumen berkaitan. Kena buat 2 salinan;

1. Untuk Bahagian Operasi 
2. Untuk Bahagian Forensik 

Katanya dokumen-dokumen ni boleh upload melalui QR Code yang diberi tapi lebih baik hantar by hand. Lepas submit semua ni, kena tunggu 14 hari bekerja untuk dapatkan laporan forensics . 

Bayaran RM100 untuk laporan yang akan dikeluarkan nanti. Forensic Report ni nanti kena submit ke insurance pula. Mudah-mudahan dipermudahkan-Nya 🤲

Hari ni juga Walid ke Johor untuk outstation, yang sepatutnya dia pergi pada siang hari Ahad 14/8 tu. Allah sebaik-baik Pengatur. 

Day 10

Someone sent us love in a form cake 😍

Day 11

Yang ditunggu-tunggu... Contractor datang ambil measurements dsbnya. Nanti dia akan buat costing dan submit kpd insurance. Once approved, baru start repair works. 

So far ini sajalah progress tentang rumah kami. Kata contractor, untuk repair dalam 1-1/2 bulan juga :( 

Hidup kami? Masih berpindah-randah :p 

Yakin 💪










Update Status 2

Short post di hujung minggu...



Tya lagi 😍

Sibuk sikit dengan urusan moving out, will catch up later 😘

Wednesday, 24 August 2022

Abang ~ Musabaqah Peringkat Sekolah

Abang, Luth & Muaz terpilih untuk mewakili Halaqah Ust AR ke Musabaqah Al Quran Peringkat Sekolah.



Alhamdulillah Abang, Luth dan seorang pelajar puteri dari kelas 2H berjaya ke dalam final, semalam. Abang dan Luth masuk kategori 1-7 Juzuk. 

Pukul 5 pagi tadi dia call, "Abang tak berjaya Ummi ..gugup, lupa ayat" Biasalah tu, bila dah depan orang ramai nervous tu pasti datang. Takpe, janji Abang dapat pengalaman dan pendedahan. Tahun depan boleh cuba lagi. 

Sebelah petang pula ada acara makan buah-buahan tempatan. Banyak sungguh program di sekolah sampai tak terkejar rasanya nak follow 😅

 
Meriah betul nampaknya...

Siap beralaskan daun pisang... 
Special ni

Kecur aih tengok jeruk ni 😋

Makanan berasaskan buah-buahan pun turut serta .. 

Seri Muka Durian

Apam Pisang

Kenyanglah agaknya anak2 permata Al Quran ni semalam. Lupa nak tanya Abang makan buah apa semalam :)

Credit Photos: Pn Mimi PIBG





Adik ~ UKS SRAI

Sabtu 20/8 Adik ambil Ujian Kemasukan Sekolah (UKS) SRAI. Excited dia nak bersekolah sama dengan Angah & Kakak. Mudah-mudahan ada rezeki Adik 🤲

Mula-mula pakai baju ni .. Ummi sebenarnya capai je baju dalam almari, tak acu pun ke badannya. Pagi tu baru perasan, senteng! 

Suruh Walid bawa Adik balik rumah tukar baju dulu. Syukurlah ada sehelai jubah di bilik Kakak yang dah dibasuh lepas kebakaran tu. 

Alhamdulillah Pasti bagi set alatulis yang lengkap. Bawa yang ini je la...

Terima kasih Kakak temankan Adik 🤗
Kami split team that day; Walid & gegirls pergi SRAI, Ummi & boys tunggu rumah sementara Maideasy buat kerja. 

Hasil mewarna Adik. 

Tengahari Ummi pula keluar ambil Adik sebab Pengerusi Surau nak datang serah hasil sumbangan tabung musibah. Walid pula tunggu rumah. 

Terima kasih. 

Result keluar 12/9 ni. Doakan ye 🤗