Tuesday, 7 May 2019

Tuai pahala dengan pucuk ubi, buah belimbing


Dua tiga malam sebelum Ramadhan, Abang dan Angah bawa balik pucuk ubi seorang seberkas. Ada hamba Allah yang pemurah sedekahkan untuk jemaah surau. Selain pucuk ubi, dibungkus bersamanya beberapa batang serai. Agaknya hasil dari kebun sendiri ni.


Mula tu ingat nak sedekahkan seberkas tu pada Mak Bee tapi asyik tertangguh je. Jadinya, Ummi ambil kesempatan untuk panjangkan sedekah hamba Allah tu dengan memasak pucuk ubi tu. Buat masak lemak dan kongsi hasilnya dengan jiran-jiran untuk berbuka. Lagi ramai dapat merasa, lagi banyak harapnya pahala yang mengalir. Lagipun memberi makan kepada orang yang berpuasa, pahalanya seperti orang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut (dari HR Al Tirmizi). 
 

Bagi sekali dengan Puding Susu Oreo Ummi tu. Resepi rujuk SINI ye. 

Pucuk ubi tu ada lagi seberkas. Hujung minggu ni Ummi dah plan nak buat masak lemak sekali lagi. Kali ni nak hantar ke surau pula. Moga berpanjangan pahala orang yang sedekahkan pucuk ubi ni.

Anak-anak pula cuti sambut awal Ramadhan jadinya Ummi tugaskan depa sebagai runner hihi... Adik pun kalut juga nak ikut abang kakak hantar makanan kat jiran-jiran. Seronok tengok gelagat anak-anak. Teringat kenangan Ummi kecik-kecik dulu. Time hantar juadah kepada jiran-jiran paling dinanti. Paling seronok bila dapat balasan hehe... Dulu-dulukan amalan bertukar juadah tu jadi kelaziman. Yang bestnya, kalau buat kuih tu sejenis je, tapi time berbuka nanti berjenis-jenis jadinya. Masing-masing 'balas bekas'. Biasanya kuih muihlah yang di sedekahkan sebab lauk pauk limited... Lagi pun kami sekampung masing-masing hidup tak berapa nak senang, berbuka ala kadar je. Takde yang istimewa pun kecuali kuih muihlah yang extra & special bila tiba bulan puasa. Kuih muih popular di kampung Ummi that time was agar-agar merah dengan buah melaka. Memang hari-hari ada je yang membuatnya. 


Ini pula 'kerja' Maksu 😁
Masak sambal hitam kemudian sedekahkan pada geng sekolah dia. Untuk kami pun ada juga. Katanya dah di pos :) 
Buah belimbing buluh untuk sambal hitam tu depa anak beranak kutip di kebun Tok Ayah. Harapnya mengalir pahala pada Tok Ayah juga. 


Geram tengok buah belimbing yang chubby tu 😆

Ummi share ni sekadar nak kongsi. Manalah tahu, ada yang nak bersedekah tapi segan, teragak-agak dsbnya sebab sedekah benda biashe-biashe je bolehlah ambil inspirasi. Dengan yang biasa tu, kita cuba jadikan luar biasa, dengan bersedekah 🤗 

Tak perlu risau dengan pandangan manusia, pandangan Allah yang utama. Jomlah kita rebut peluang sempena bulan mulia ni untuk melakukan sebanyak mungkin kebajikan.

10 comments:

  1. Kan PH, kalau dah ada niat nak bersedekah tu, daun ubi pun boleh jadi sedekah. Berbekas bekas pulak tu. Untunglah org yg bagi sedekah tu. ...
    Tulah tu dah terfikir gak nak bagi sedekah kat jiran sini, cuma apa bendanya belum lagi terfikir. Nak buat yg senang je tapi sedap hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun boleh kak... Bersedekah di bulan Ramadhan berganda pahalanya

      Delete
  2. Sedapnya pucuk ubi masak lemak. Makan pulak dengan sambal hitam belimbing buluh tu. Ngadap sebelum berbuka pun dah meleleh air liur 😋😋😋

    ReplyDelete
  3. Bagus ni, masak banyak dan panjangkan rezeki dekat jiran tetangga. Nak jadi jiran Puan Hazel lah macam ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Kalau jiran sebelah ni pindah kita roger juju haha

      Delete
  4. Alhamdulillah. Rajin bersedekah, in shaa Allah disayangi yang ada di bumi dan di langit.

    ReplyDelete
  5. Akk biasa hantar ke surau je, lebihkan buat kuih, hantar sebekas pun jadilah..janji ada benda nak hantar ke surau.
    Sedap nampak pucuk ubi masak lemak kuning tu, ibaratnya memanjangkan pahala sedekah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak... Lepas ni pun nak buat gitu juga insha Allah

      Delete