Monday, 28 January 2019

Team building @ District 21, IOI Mall Putrajaya


Firstly many thanks to mama Afiq yang bermurah hati sponsored this program. Asalnya program ni untuk Afiq & his classmates. But then the invitation was extended to a selected few including Abang. Finally it was opened for all Standard 4 (now Standard 5) students. Lebih mudah untuk dapatkan approval dari pihak sekolah agaknya. Seawal bulan 12 tahun lepas dah Ummi blocked the date for this event. Tapi tak bagitau Abang sebab nanti mesti hari-hari tanya je pasal ni :D


Hampir semua S5 students joined program ni. Ada juga few mak-mak ikut, bantu & support apa yang patut selain guru-guru yang diketuai oleh Muallim. Batch Abang ni seronok sebab bonding antara parents kuat. Semua sporting and supportive. Ummi share sikit ye dengan mommies especially yang ada anak sulung baru menginjak darjah 1. Kalau ada activity sekolah rajin-rajinlah join. Banyak manfaat yang akan kita dapat. Macam kami pun, semuanya bermula dengan aktiviti gotong-royong kelas anak-anak time depa darjah 2 dulu. Over the years the friendship blossoms. Bila dah kenal each other tu memang seronok. Banyak ilmu, info dan pengalaman yg dapat dikutip esp from parents yang 'lebih dulu makan garam'. 

Berkumpul dulu sebelum makan pagi dan bergerak menaiki bas. Kami tak ikut pun sebab a week before dah ke Putrajaya. 


Wah! Ada hadiah. 

Macam-macam games/activities yang depa buat di sini. 

Seronok depa naik bas ramai-ramai 

Dapat socks & gloves sorang sepasang. 

Habis briefing dan warm up, apalagi mainlah... 

 




Layan Texas Chicken for lunch. 

No 3.

Abang: Depa kata group ni kalah sebab Abang
Ummi : Ala, depa gurau je tu. Abang janganlah ambik hati. Abang happy tak?
Abang : Happy sangat-sangat 
🙄🙄🙄

They really had a wonderful time here. Thanks again mama afiq, mama aqil and the rest of the team. Jazakallahu khairan kathira 💐💐💐. 


Sunday, 27 January 2019

Jalan-jalan @ Melawati Mall


Semalam teman Walid ke Melawati Mall. Walid nak ke Sport's Direct beli laptop bag. Ummi nak cuci mata :p

Deco at the main entrance of Melawati Mall.
Nice 👍👍👍

Berpisahlah kat situ. Tiga orang ikut Ummi. Adik je ikut Walid. Entah apa angin Angah nak ikut Ummi. Selalunya dia team Walid. Bila Abang dgn Angah ada sekali memang susah Ummi nak handle. Bawak depa masuk Brands Outlet nak ushar blouse sekali depa main sorok-sorok pulak kat dalam tu 😇😇😇 

Sebelum Ummi bertukar 'hijau' baik pass kat Walid. End up Ummi dengan Kakak je. Tapi itulah, takde pula baju yang berkenan :(

Ada lounge/rest area next to Toy's R Us. Depa main kat situ. 

Sementara tunggu Walid & Co ke Toy's R Us Ummi dengan Kakak lepak je dekat lobi. Ada deko CNY yang cantik-cantik. Kakak turned model lah apalagi... 



Kejadian aras stage ni kelakar. Since CNY is coming, selain deco adalah juga CNY-themed songs yang dimainkan. Muziknya kan cathcy je... Kakak terus cakap dengan Ummi, dia nak buat show katanya. Dah atas stage kan, mulalah dia berangan tu 😁 ingatkan dia main-main or malu-malu tapi dibantainya berjoget atas stage tu! Mula tu macam tarian traditional je Ummi tengok. Lama-lama dah macam ballet pula, pusing sana pusing sini sambil angkat-angkat kaki. Takpelah Kakak, asalkan Kakak bahagia
😆😆😆 
Videonya ada tapi untuk simpanan sendiri je, sorry. 

Jumpa mascot Marry Brown terus bergambar. Kecik-kecik dulu takut tengok mascot macam ni. Dah besar dia relax je. 

Walaupun Ummi balik tangan kosong je takpe lah janji kids were happy. Walid pun dapat apa yang nak dibeli. 

Tapi Ummi sebenarnya nak 'angkut' yang ni bawak balik 😅



Friday, 25 January 2019

Sedekah katanya...


" Nah Ummi... Abang sedekah" katanya sambil menghulurkan duit 20 sen 😁😁😁

Bukan Ummi seorang je yang dapat duit, Angah, Kakak, Adik hatta Tok pun dapat juga 'dua posen' haha... Ada duit lebihlah agaknya hari ni hihi... 

Moga murah rezeki Abang selalu aamiin.


Wednesday, 23 January 2019

Lempeng cicah sambal ikan bilis. Walah!


Resepi #3/2019 
Lempeng dan Sambal Ikan Bilis 

Pernah kawan Ummi, Azie tegur "you tak pandai buat lempeng Z? Haha... Memang that time Ummi tak pernah masak lempeng. Makan tu pernah lah sementelah lempeng ni memang makanan rutin kot zaman kanak-kanak dulu. Coretannya pernah Ummi tulis di di SINI.

Walaubagaimanapun, Ummi tak pernah makan lempeng dengan ikan bilis. Biasa cicah gula atau susu pekat. Sekali bila cicah dengan sambal ikan bilis memang sedap!

Kebetulan Ummi dok cari idea sarapan, terjumpa blog lama Lady in Red Planner. Ada resepi lempeng tepung gandum. Teruslah Ummi try.

Sedapkan Angah? 

Lembut je lempengnya sebab letak telur. 


Resepi sambal ikan bilis tu dari Dari Dapur Madiha. Resepi tu sebenarnya untuk sambal ikan aye. Ummi dah try resepinya. Sedap. Jadi Ummi olah untuk sambal ikan bilis. Pun sedap. Sukatan minyak dan gula tu better jangan derhaka resepinya nanti tak sedap :p

Thanks to both Lady in Red Planner and Cik Puan Madiha aka Ratnaa for their sharing. 

Saja Ummi share resepi simple ni supaya mak-mak ada idea untuk sediakan sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah. 

Selamat mencuba 🤗

Tuesday, 22 January 2019

Majlis Permuafakatan Tahun 5 & 6.


Majlis Permuafakatan Tahun 5 & 6 2019
18 Januari 2019 / Dewan SRAI

Tak ada aral insha Allah bulan 10 nanti Abang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Jangan tak tau, Umminya dah start nervous haha... Jangan BP naik sudah 😅

Untuk pencerahan, ibu bapa anak-anak Tahun 5 & 6 telah diundang ke majlis ni untuk sesi taklimat dan analisa keputusan UPKK, UPSR dan PSRA 2018. Juga dibentangkan program yang telah disusun serta hala tuju para pelajar lepasan SRAI. Alhamdulillah ramai yang dapat menempatkan diri di sekolah-sekolah terbaik. Sekarang ni lepasan SRAI pun dah ada yang berjaya ke MRSM dan SPB. Tiada lagi sekatan alhamdulillah. 


W/bagaimanapun masih ada segelintir ibu bapa yang bertindak menukarkan anak mereka ke sekolah kebangsaan bila masuk darjah 5. Ada beberapa kawan abang yang dah tak sekolah di SRAI mulai tahun ni. Pilihan masing-masing. Bagi kami, SRAI masih yang terbaik untuk kami dari segi pengurusan harian (lokasi, jarak), kewangan, barisan tenaga pengajar, environment sekolah dll faktor seperti yang telah kami pertimbangkan sewaktu awal2 dulu. Untuk Kakak pun kami harap dan berdoa dapat masuk SRAI juga tahun depan. Aamiin.

Batch 2018 telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang jadi untuk Abang dan rakan-rakannya memang kena kerja keras untuk mengekalkan atau mengatasi pencapaian senior mereka. Boleh Insha Allah asalkan ada keyakinan dan usaha. 

Program yang telah disusun untuk Abang dan rakan-rakannya. Dah dapat almanac ni senang nak merancang. Nak bercuti ke, balik kampung ke memang kena elak dari bertembung dengan program UPKK ni. Priority pada Abang dan UPKK-nya. Besar harapan Ummi untuk tengok Abang cemerlang.


Antara pilihan sekolah menengah untuk lepasan SRAI.



Insha Allah ada rezeki Abang di salah satu sekolah ni. Aamiin. 


Monday, 21 January 2019

Apa bikin cuti 3 hari?


Dengarnya ada yang balik kampung, pergi short vacay dsbnya. Kami tak kemana pun. Lagi pun banyak jalan tutup area Batu Caves. Terkenalah juga tempiasnya area Sri Gombak ni. Tapi idoklah mereput dalam rumah je haha...

SABTU
Sabtu pagi hantar Abang ke sekolah. Dia ada team building kat Putrajaya. 

'Rentung' anak I kena jemur 😅

Dari sekolah terus ke Service Centre Perodua. Apa bikin? Saja nak ushar Aruz yang baru dilancarkan tu. Dengar kata dapat sambutan hangat. 

Jom sapa nak Ikut! 

Bagi Ummi oklah Aruz ni. Sesuai buat family car especially those with small/growing up kids. Design, features, spec menarik semuanya. Harga pun berpatutan +-80k. Warna Amazon Green tu cantik bangat sih. Rare! Tapi test drive car not available that morning. Lagipun kami just walked in, tak buat appointment pun. Just nak tengok je. 

AHAD
Pagi-pagi Angah dah buat drama. Riuh rendah suara dia je memecah keheningan pagi minggu 😇😇😇 geram punya pasal terus Ummi mogok :(

Yang syoknya bila Ummi merajuk ni, tiba-tiba adalah 'extra hands' yang buat kerja rumah hihi...Ummi tengok ada yang vacuum rumah, mop lantai. Cuma dapur je lah kena Ummi juga 'asapkan' kihkih...Tapi Tengahari tu pakat pi makan kenduri.  Kira tak effect pun Ummi tak masak lunch haha... Ummi pun pilih timing baik punya nak mogok 🤭🤭🤭


ISNIN
Walid start cat dapur. 


Back in 2005-2006 warna kuning ni' in'. But now warna putih pulak trending untuk cat rumah kan? Alang-alang cat putih masih berbaki, Ummi minta Walid cat dapur sekali. 

Petang Angah belanja cendol dengan rojak. Jangan tak percaya!

Dah comot baru teringat nak ambik gambaq 

Terima kasih Angah. Ummi dah maafkan Angah 😝

Friday, 18 January 2019

Menjejak kaki ke PPA1M


Minggu lepas ada rezeki dapat juga kami menjejak kaki ke rumah maklong di salah satu Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Putrajaya. Rumah baru diduduki sekitar akhir tahun lepas. 

Oklah Ummi tengok rumah PPA1M ni. Apartment 3 bilik with 2 bathrooms. Harganya pun mampu milik. Kalau tak silap Ummi tak sampai 300k. Rezeki maklonglah sebab dekat dengan tempat kerja. Sebelum ni berulang-alik dari Kg Baru pergi kerja di Putrajaya bertahun-tahun juga. Kadang naik bas, kadang naik van, kadang train. Ikut mana yang sempat catch up. 

Facilities yang disediakan pun lengkap; ada dewan, surau, playground dan futsal court. Cuma kedai runcit or gerai nasi lemak tu tak adalah hihi...

Nampak kapal terbang tu? Inilah sebabnya anak buah Ummi, Ariel datang rumah maklong taknak balik. Nak tengok kapal terbang haha...

Nampak tak kapal terbang tu? 

Sapa tak nampak dia...

Budak-budak ni layan playground je 😁



Bagi Ummi baguslah inisiatif kerajaan terdahulu buat PPA1M ni. Ada juga manfaat pada penjawat Awam. Ada unit kosong lagi. Tapi confirmlah tak dapat beli, ceq bukan kerja gomen :(

Tuesday, 15 January 2019

Resepi -~ Garlic Bread and Mushroom Soup


Resepi #2/2019 
Garlic Bread and Mushroom Soup 

Jom Ummi nak share resepi garlic bread and mushroom soup. Resepi easy peasy untuk breakfast anak-anak nak ke sekolah pagi-pagi.

Masa gaul garlic dengan butter tu masukkan sekali daun parsley cincang atau parsley flakes. Lupa! 

Tak sangka pulak anak-anak suka especially Angah tu. Seronok tengok dia makan bertambah-tambah. Abang takyah cakap, semua makanan dia berselera je jamah hihi... Kakak hirup sup je. Setengah mangkuk besar habis dia hirup 😄

Selamat mencuba! 

Sunday, 13 January 2019

Happy Birthday Zahra 💝



Sabtu lepas tertunai juga juga hajat Kakak nak ke rumah Zahra, BFF dia. Kami diundang ke majlis hari jadi Zahra. Tahun ni Zahra tak nak celebrate dekat school sebab katanya nanti mama dengan ayah tak dapat makan kek birthday dia. Alolo sweet je Zahra ni. Dia suruh mama dia buat majlis di rumah, jemput best friends dia; Kakak, Bella, Asma dengan Mek Klate haha... Depa berlima ni kamceng kat school. Kakak dengan Bella je dapat hadir. 

Pandai depa posing 😍

Walaupun kecik je majlisnya tapi meriah. Budak-budakkan... Ada 2-3 orang pun dah cukup menghiburkan.


Mama Zahra masak nasi lemak dengan lauk ikan tongkol masak sambal. Sedaplah pulak Ummi rasa haha... First time kot makan nasi lemak dengan ikan tongkol masak sambal ni. Nanti nak masaklah hihi...

Borak punya borak rupanya Walid dengan ayah Zahra satu sekolah time primary school, tapi lain-lain batch. Kecik je dunia kan... Sekarang anak2 pulak satu sekolah. 

Hadiah untuk Zahra dari Kakak. 


May Allah bless you always ye Zahra. Acik doakan Zahra dengan Balqis dua-dua berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin. 

Wednesday, 9 January 2019

Gembiranya makan Haidir Burger-mbira, Greenwood


Dah jadi kebiasaan di hujung minggu untuk kami keluar bersiar-siar di sekitar kawasan Gombak dan kawasan yang sewaktu dengannya. Saja ambik angin sambil minum petang.

Asalnya nak minum petang di mana-mana kedai/restoran tapi trafik sesak dari Greenwood lagi. Dah kereta slow je takleh nak laju sempatlah pandang kiri kanan. Ternampak pula ada satu stall burger bersebelahan bas stand Greenwood. Apalagi, jomlah try. 


Sebenarnya tertarik sebab nama stall tu Haidir Burger-mbira haha... Macam-macam nama/cara orang sekarang buat promotion kedai/barangkan. 

Nampak tak tulisan tu? 

Eh sedap burgernya. Memang boleh burger-mbira bila makan haha..  Apatahlagi kalau orang belanja. Laaaaagi gumbira :D 




Tak cuba tak tahu 🤗


Tuesday, 8 January 2019

Deko ~ Laundry Area


"This year kita fokus untuk cantikkan dan deko rumah" I overheard Walid tells Abang about his new year resolution 😜 of course Ummi happy bila Walid cakap macam tu. Siapa yang taknak rumah cantikkan? 

Bersungguh benar Walid 'bertukang' weekend hari tu.

His first project was to assemble rak untuk simpan peralatan laundry. Rak beli online direct from IKEA. Harga IKEA offer paling murah as compared to other online shopping platforms. 

Product name: Hyllis
Price: RM 49.90
Postage charge : RM 25.00

Seronok tengok area laundry ni dah ada raknya sendiri. Washing machine tu pun dah berbaju. Ummi beli cover tu kat Mr DIY. Harga dalam 7-8 ringgit.


Liquid cleaner jenama Ganso ni item wajib beli kalau Ummi ke Kedai Eco. Baunya wangi. Ummi suka guna bila cuci towel, cadar dsbnya. 


Floor cleaner ni pun must-buy item di Kedai Eco. Bau floral, lembut dan wangi bila mop lantai. 


Balang duit ni tempat Ummi kumpul syiling yang depa lupa nak keluarkan dari poket seluar. Yang duit kertas tu depa tak lupa pulak 😅 Kalau tak lagi banyak collection Ummi :p 

Bekas sebelah tu untuk simpan brooch/pin/butang baju melayu dsbnya yang lupa nak buka before masuk machine 

Ini baru project hari Sabtu. Hari ahad lain pula projeknya. 
Tunggu!!! 

Untuk first week of January ni rajin nampaknya haha.... Moga istiqomah ye B 🤗

Monday, 7 January 2019

Meet Baby Inara 💝


This weekend we spent a few hours with baby Inara. Geramnya Ummi tengok kecomelan dia. Asyiklah kena cium je dengan Ummi.

Daddy Inara ni junior Ummi di office dulu. Kamcing dengan Ummi sebab kami 'sekapai' ; dua-dua orang Kedah. Seronok jumpa geng, boleh sembang dalam loghat Kedah hehe...

Lama depa suami isteri tunggu nak dapat Inara ni; 8 tahun. Ummi memang happy sangat bila dapat tahu mommy Inara pregnant hari tu. Alhamdulillah makbul juga doa kami semua. 

Abang looks so penyayang; 



Another favourite photo. Inara pandang tepat kat Adik. Such an adorable baby. Acik doakan Inara membesar dengan sihat, dlindungi dan dirahmati sentiasa aamiin. 


On the way back home... 
"Adik, Ummi nak baby..." 
"Nanti kita belilah" 
😄😄😄

Kalaulah semudah itu...