Thursday 4 October 2018

Osaka Capsule Cutter Quatre ~ nudahkan kerja di dapur


Ini bukanlah sponsored post ye puan-puan :) sekadar nak share tentang cutter jenama Osaka yang banyak membantu kerja-kerja Umi di pejabat (baca: dapur 😜). 



Masa pergi Penang hari tu, ke main ligat Umi tengok maksu memasak. Pantas je tangan dia ambik bawang yang Umi kopek, potong kasar then terus masuk dalam cutter ni. Zrett...zrett.... Masuk kuali terus tumis. Terus Umi tanya, beli kat mana tu? Online je jawab maksu.

Balik KL mulakah Umi ushar dekat Lazada. Minta Walid belikan. Murah je dalam rm33. Campur postage tak sampai rm40 pun. 



Memang sangat membantu Umi di dapur especially bab nak chopping bawang time nak goreng nasi ke, buat sambal lebur ke or anything lah yang sesuai. Buat sambal belacan pun boleh. 

Dekat sebulan dah rasanya Umi guna cutter ni. Alhamdulillah so far so good. Kot lah ada yang tengah survey kan, ini honest review dari Umi. 

Sebelum...

Selepas 

Ikan pari masak sambal cili.
Resepi: K.Nor Secubit Garam.

Macam-macam fungsinya tapi so far Umi chop bawang/cili je :) katanya nak buat Italian ice-cream pun boleh. Nak kisar daging pun boleh.

Tu je nak share 😘 

1 comment:

  1. Brand u osaka...brand i saka kah kah kah...u balik ritu i buat sandwich telur guna blend saka tu la sonang gitew...zret zret zret ...done dear

    ReplyDelete