Masa jamuan raya sekolah Abang hari tu kelas Abang ditugaskan untuk bawa sandwich. Saya buat sandwich sardine & telur. Kerak @ frame roti tu kan banyak, sayang pulak nak buang. Saya buatlah puding roti, ikut resepi K.Jee. Alhamdulillah menjadi seperti yg saya hajatkan. Sebelum2 ni pernah buat tapi takde yg kena dgn selera saya. Tapi kali ni memang marvelous. Anak2 pun suka, depa snacking petang2.
Since hari tu asal ada je kerak roti, buat je puding roti. Resepi pun dah hafal :)
Cuma tang bakar tu saya tak ikut k.jee. pernah try tapi oven saya kuat sangat kot api, hangus jika set suhu 180°c. Saya set 150°c, api atas bawah 1/2 jam then 15 minit lagi api atas sahaja.
Terima kasih k.jee atas perkongsian resepi ni. Senang dan tak perlu banyak bahan. I like :)
No comments:
Post a Comment