Sunday, 21 February 2016

Gotong Royong Kelas Abang


Ada dua perkara menyebabkan saya sangat excited bila Abang menyerahkan memo jemputan ke acara gotong royong kelasnya. First rasa excited sbb dapat melakukan sesuatu utk menceriakan kelas Abang. Lagipun Abang anak sulung, apa saja perkara yg berlaku pada dia menjadi pengalaman sulung utk kami sbg ibubapa. Itu yg excited lebih. Zaman saya sekolah dulu tak pernah ada aktiviti macam ni. Kalau ada gotong royong pun lebih kpd keseluruhan sekolah. Parents datang tolong tebas lalang, cuci longkang atau potong pokok dsbnya. 

Keduanya pastilah teruja untuk bertemu dan berkenalan dgn parents classmates Abang. I knew most of his friends but not their parents. Memang seronok bila dah bersua muka. Masing2 sporting pulak tu. 

Jujurnya saya tak pernah take a closer look on abang punya classroom w/pun hari2 fetch Abang di sekolah. Bila mama Aisyah hantar gambar2 keadaan kelas & peralatan yg perlu dibaiki rasa hiba pula. Dhaif juga kelas anak aku ni (sigh). Lagilah bersemangat nak bergotong royong :) 


On the d-day, kami ke Westar dulu hantar kereta B service. Then breakfast and terus ke sekolah Abang. Abang dah informed dari awal dia nak cat kelas tapi end up tolong clearkan meja. Sampai sekarang dok komplen, tak puashati Walid tak bagi mengecat. Hehe... Next time ye Abang. 

Untuk brunch, kami buat potluck. Macam-macam ada; roti canai, kuew tiau goreng, sandwich, buah, kuih muih, jajan, air Sunkist dll. Saya hanya sempat 'masak' nasi lemak bungkus di gerai paktam. 


Let's the photos speak, jom layan!


 

Masing2 dah tahu nak buat apa jadi segalanya lancar pada hari kejadian. Segala perkakas & peralatan yg nak digunakan pun masing2 bawa dari rumah, takdelah kelam kabut. By 2.30 pm almost done dan kami pun bergerak balik.  

Hasilnya? Awesome! Marvelous! Bukan setakat anak2 je semangat nak belajar, guru2 & parents pun rasa happy sebab suasana kelas dah bersih dan ceria. Jaga kelas elok2 dan  belajar rajin2 ye anak2 yang BIJAK belaka :) 



Photos: credit to all mommies yg share gambar2 di wasap group. 

You guys memang awesome! 


Tuesday, 16 February 2016

Kari Udang sama Kacang Munggai


Kacang munggai

Balik dari market sabtu lepas ternampak sorang 'uncle' ni tengah kait kacang munggai. Banyak hasilnya saya nampak sepintas lalu. Sampai di rumah saya terus sapu laman & sidai kain. B pula bawa Balqis ke dobi. Sampai di rumah saya nampak dua keratan tebu dlm kereta. "Siapa bagi?" Uncle tadi tu kata B. Spontan saya balas, ala kenapa tak bagi kacang munggai? Habis disitu je cerita kacang munggai ni. 

Pagi ni pula sedang saya menyidai pakaian, Uncle J, jiran India kami datang dgn seberkas kacang munggai. "Ada makan? Ini baru angkat dari pokok" katanya. Allahu Akbar! Itulah kebesaran Allah. Jika sudah tertulis rezeki kita, pasti akan dapat. Bak kata orang skrg, rezeki tak pernah salah alamat! Dalam Quran, dalam hadis pun banyak disebut perihal rezeki ni kan. 

Saya buat kari udang campur kacang munggai hari ni. Kebetulan B cuti, masak best2 sikit. Masak macam kari biasa, tumis bawang merah bawang putih & daun kari. Tambah pes kari ikan/udang. Kemudian masukkan kacang munggai, tambah air sikit. Reneh hingga kacang munggai lembut, masukkan santan. Masukkan udang & perisakan dgn garam. Siap. 

Inilah hasilnya;




Saturday, 13 February 2016

CNY Break ~ masak makan masak makan...


Cuti tahun baru cina tempohari kami tidak kemana, balik kampung tidak, pergi bercuti pun tidak. Abang cuti standard, 2 hari je isnin & selasa (ikut kalendar sekolah JAIS) manakala Angah pula cuti seminggu (ikut calendar KPM).  Lagipun minggu sebelumnya kami dah bercuti di Janda Baik. 

Saya ambil kesempatan cuti panjang ni utk mencuba resepi2 baru juga masak special2 sikit utk keluarga. Seronok sbb ramai yg nak makan.


Fettuccine carbonara resepi dari blog Kathyjem. Resepi yg simple tapi hasilnya meveles. Ini menu sarapan sabtu. 


Mee kari pula utk breakfast hari ahad. Kalau masak mee kari selalunya saya guna resepi Kak Azie Kitchen. Cuma kali ni tak letak kerang dan stock udang. Udang pun saya dapat udang size S je, itupun beli yg dijual dlm tong ais kat pasar makan. Raya cina agaknya susah dapat stock fresh seafood. Kat market pun tak banyak ikan.


Lemang ni jiran saya bagi, lemang Lipis. Dapat je lemang pagi ahad tu terus saya ke dapur masak rendang. Actually on the way ke Janda Baik hari tu dah teringin nak makan lemang. Tapi masa lalu tempat jual lemang kat hiway karak tu x sempat singgah sbb kami on the fast lane. Ingatkan warung tu tak buka so laju je... On the way balik pulak terlepas R&R Gombak. Akhirnya lemang tu 'dihantar' direct ke rumah. Alhamdulillah dah tertulis rezeki saya & keluarga :)


 Rendang ayam resepi sendiri je. Kali ni elok je kejadiannya, secukup rasa. Masak je rendang kami 4 beranak (except B) terus jamah lemang. Habis jugaklah separuh lemang tu :p


Ini pula fettuccine goreng. Resepi campak2 je. Kali ni saya rebus fettuccine ni dlm rice cooker (non-stick). Jimat masa dan lembut elok je fettuccine ni. Masa buat carbonara hari tu saya rebus atas dapur gas so agak lama utk lembutkannya dan ada juga yg keras. Mungkin padat sangat kot periuk tu. 
Well, lesson learnt. 

Sunday, 7 February 2016

D'Ark Resort Janda Baik



Sebenarnya ini kali kedua bagi saya, B & Abang ke Janda Baik. First time tahun 2009 lama dah. Kami joined geng ofis saya buat day trip ke sini tapi dah lupa kat chalet mana kami sewa. Yg saya ingat owner dia a French lady, ada chalet buluh. Cantik jugak tempat tu.

D'Ark Resort ni memang femes la kan kat Janda Baik ni. Landmark nak ke sini Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik. Simpang ke resort ni betul2 depan masjid ni. Signboard pun banyak, senang je nak cari.

Jujurnya saya suka sangat dengan tempat ni. Setiap ruang kosong ditanam dgn pelbagai tumbuhan samaada pokok hiasan mahupun herba seperti bunga kantan. Ada juga saya nampak tumbuham hutan spt bunga gelenggang putih yg biasa tumbuh liar menyeri landskap resort ni. Di hadapan resort pula terdapat sungai yg mengalir jernih. 

Landskap yg cantik

Chalet ala rumah kampung menambah seri resort ni, menjadikan suasananya sangat kedesaan. Suka suka suka...


Kat belakang Balqis tu cafe dan sebelah atas tu ada surau, ruang rehat juga pejabat rasanya 


Ini pula reception counter. Cantik! 

Chalet kami kat atas tu. Tangga ni short cut utk ke cafe, padang, sungai dll
Utk loading barang boleh berkereta naik ke atas tapi kawasannya berbukit dan jalannya sempit. Kalau nak reverse kereta memang kena 2-3 kali ke depan ke belakang esp utk kereta besar (MPV, 4WD).  Tapi yg seronoknya since atas bukit memang sejuk dan berangin je. Best!

Ini bilik kami. Memang luas & selesa. Ada 4 katil single plus 1 extra tilam, 2 bathrooms. Ada juga kettle dan ubat nyamuk elektrik disediakan. 

Cikqis lepak kat beranda. Sebelah tu bilik orang lain dan sebelah atas pun ada bilik juga. 2-storey semi d chalet gitew. 

Selain berhasrat utk datang lagi, saya juga menyimpan hasrat nak bina rumah kampung macam ni. Kalau ada rezekilah kan... Berangan kan free je :)

Tuesday, 2 February 2016

Family Day IAD 2016



Cerita pasal family day Jitra di Taiping last December blm sempat up lagi. Ni nak share pasal family day ofis B dulu. Boleh la kan, sementara masih fresh, hari sabtu & ahad lepas.

Venue kali ni di D'Ark Resort Janda Baik, 2D1N. Kami bertolak around 1pm, singgah di Taman Ilmu & Budi utk lunch dan solat. Sebelum tu saya sempat goreng mee, sosej & keropok utk bekal. Takut anak2 lapar petang2 nanti. Very mak2 kan :)

Actually komiti dah arrange minum petang, ada laksa & goreng pisang. Lepas minum kami terus ke sungai. Ini first time for the kids mandi sungai. Selalunya bawak diorang mandi pool or pantai...


Sungainya cetek je tapi bersih. Takdelah risau nak bagi diorang mandi. Cuma kena careful sbb berbatu2. Balqis pun mandi sakan sampai terketar2. Lepas tu berenti makan mee then sambung balik mandi. Hahaha... Abang pun sama. Tak makan laksa tadi, nak makan mee. They prefer mee over laksa. 


Malamnya ada dinner, diselang seli dgn acara karaoke dan lucky draw. B was not lucky this year, tak dapat apa2 hadiah. Takde rezeki huhu... But the most interesting part was the karaoke session. They were very sporting, pakat 'menyumbangkan suara' hahaha... Dengar2nya ramai lagi yg berkaroake lepas habis acara rasmi. Sampai ada yg tak nak lepas mic :p Saya naik bilik awal sbb dah penat. Group photo pun tak join. 

The next day, ada telematch. Kalau last year Angah malu2 taknak join game, kali ni dia dah tak segan. Even game utk adults pun dia sibuk nak ikut Walid. Hehe... Time main music chair dia dah out tapi selamba je terus main sampai kena tarik keluar dgn komiti. Hikhik...




Sedapnya lauk pauk ni yummeh!

After lunch kami berpisah menuju destinasi masing2. It was a short but enjoyable and memorable trip. I'll share about the venue in the next entry insha Allah. Cantik tempat ni. Rasa nak pergi lagi :)