Monday, 21 December 2015

Yuran Pasti 2016


Jika tidak ada aral, tahun depan Angah akan masuk tadika. Saya pilih Pasti yg sama dgn Abang dulu. Semalam bawak dia ke sekolah utk bayar yuran dan ukur baju. 2/1 ni baru dapat baju.

Malam sebelum tu dia dah merengek2 dekat Walid dia, takmo pegi sekolah esoknya. Risau jugak sebab dia dah terbiasa duduk di rumah since saya berenti keja 2 tahun lepas. Ada geng main pulak tu. Yang bestnya lepas mandi siap pakai baju semua dia turun bawah siap galas beg sekolah lagi! 


Saya beli extra uniform so total RM754. Ada 2 perbezaan ketara yg saya perasan. Masa Abang dulu (sesi 2013-2014), harga uniform dlm RM 25 je sekarang dah naik. Yuran bulanan pun RM120, dulu RM100. Tapi yuran bulanan ni berbeza ikut negeri sbb setiap Pasti diuruskan oleh negeri masing2. Masa tumpangkan Abang di Pasti Mujahid (Kedah) dulu, yurannya hanya RM50. Tak pastilah jika sekarang dah standardized. 

Belajar rajin2 ye Angah! 


2 comments:

  1. huhuhu...apa yg x naik harga skan ni kak? semua naik...
    selamat maju jaya utk angah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal...duit keluar mcm air je huhu... Tq auntie nina

      Delete