Saturday, 16 May 2015

Peria Katak ~ Bunga Jantan vs Bunga Betina


Bila melihat peria katak yang ditanam mula berbunga saya memang excited. Tapi keesokkan harinya saya tengok bunganya gugur. Frust sebab dah berangan nak makan hasil tanaman sendiri.

Rupanya setelah membelek2 pokok peria tu baru saya perasaan, ada dua jenis bunga yang dihasilkan, bunga jantan dan bunga betina. Yang lekat buah bunga betina. Baru ku tahu :)


Yang ini bunga jantan. Tangkainya panjang dan kelopak bunganya lebih besar dan bentuknya agak bujur. Bunga jantan akan gugur selepas beberapa hari kembang.


Ini pula bunga betina. Kelopaknya lebih kecil dan bentuknya lebih bulat. Dibelakang bunga tu boleh nampak bentuk buah yang dihasilkan. Bunga akan mengecut selepas kembang beberapa hari. Mungkin juga akan gugur akhirnya spt juga bunga jantan.

Sungguh saya takjub dengan ciptaan Allah. Dengan tumbuhan sebegini pun kita boleh nampak kekuasaan-Nya yang Maha Pencipta. Di kebun kecil ini juga saya dapat sedikit ilmu hanya dengan belajar dari alam. Subhanallah. 

No comments:

Post a Comment