Monday, 27 April 2015

Ikan apa ye?...


Sedang saya sibuk memasak di dapur, tetiba Abang jerit," Umi, ada orang datang nak bagi ikan". Nak bagi ke nak jual? Balas saya sambil menuju ke pintu. Rupanya anak jiran rumah hujung, datang nak agihkan ikan. Ayahnya ambik dari kolam di kampung. Syukur sangat2 dengan rezeki yang tak disangka ni. Besar ikannya dekat sekilo juga beratnya rasa saya.

Malangnya saya tak tahu nama ikan ni. Kalau tak bolehlah saya Google resepinya. Jadi saya hanya goreng garing bahagian badannya. Sementara bahagian kepala saya buat kari. Isi yang digoreng tu sedap tapi yang kari tu kureng skit. Kira x berapa sesuai dimasak kari agaknya. 

Inilah ikannya... ada yang kenal?




Thursday, 23 April 2015

Ayam Panggang Best



Ayam panggang best ni saya dapat resepi dari dapur Kak Noor. Sebenarnya dah 2~3 kali juga saya try resepi ni tapi kurang menjadi. Taste wise memang sodap tapi hasilnya kureng skit. Bila bakar dlm oven adakalanya kering semacam je ayam tu. Kadang2 mentah pulak bahagian dlmnya. Tapi itulah pengalaman, kalau tak try kita tak tahukan.

So semalam saya try sekali lagi resepi k.noor ni. Saya rebus dulu ayam tu sbb saya guna drumsticks selain wings. Takut nanti bila panggang tak masak dalam. Selalu fail bab panggang memanggang ni.

Ini resepinya.
Sila ke blog Kak noor utk detail ye.
Saya skip halia & butter sebab takde stock.
Alhamdulillah sedap juga kkejadiannya.
 
Mula2 saya bakar dalam pemanggang ajaib, +-25 minit for each side. Then saya bakar pula dengan pemanggang ikan yang besi tu. Saya nak bagi garing je... Bakar dalam 5 minit je. 


Dan inilah hasilnya :)
Puashati. Menjilat jari you.
Happy trying!

Akhir kalam, nota utk diri;


Tuesday, 14 April 2015

Happy 4th Birthday Pal!


Phew! This happened almost two weeks ago. I was very preoccupied with my sewing project and forgot to upload Angah's birthday story here. 

We had a small celebration at home just like last year.  Even the food were almost the same, KFC and nasi goreng from umi's kitchen. Obviously no Vitagen this year. Last year he wanted Vitagen as his birthday present so we made a vitagen twin tower for him. Hehe... this he wanted a choc cake so his wish is granted. I bought a choc cake and spilled the M&M over the cake as decoration. He was happy with the idea because he loves chocolate very much. 




Birthday present from Tok Umi.
Dia request lori tanah!
And from us we gave him a crane truck. He is passionate about big trucks/lorry/heavy vehicles. Kalau kemana2 nampak bas or lori dia akan mention to us ~ lori sampah, lori minyak, bas express, bas rapid etc. He can identify each of them correctly.

May the One protect you always, dear honey bunny Angah . We love u sooooo much! 

Monday, 13 April 2015

Projek Jahit ~ segalanya utk Balqis


Hari Ahad saya ke kelas jahitan, hari Isnin terus beli mesin jahit :) tak nyempat2 dah nak cuba buat sendiri sbb takut diperamkan lupa pula ilmu yang dapat tu. Asalnya nak survey je dulu mesin tu tapi bila fikirkan masa tu lagi 2 hari nak GST so terus je beli. Saya beli mesin jahit Singer model S8280. Display price rm745 dapat rm680. Ini kira investment la. Harapnya consistent le usaha saya utk menjahit ni. I need to venture into something new to keep me insane. He he... 

Memang menjadi hasrat saya pun utk jahit sendiri baju anak2 esp utk Balqis. Tak tahanlah dgn harga baju utk kanak2 sekarang ni esp tang upah jahitnya. Lagi mahal upah jahit dari harga kain. Semalam tempah baju melayu utk Abang. Agak2 berapa upahnya? RM75! Bulan 2 hari tu tempah baju melayu sekolah dia RM65 tetiba smlm pegi dah naik rm10. Sedangkan GST baru je bbrp hari imposed... 

Projek pertama saya guna je kain batik lama. Ini utk test my knowledge & understanding je. Punyalah struggle sampai sakit2 kepala. Dahlah tu tunggang terbalik lintang pukang jadinya baju tu, bila dicantum rupanya  ada yg bahagian dlm kain dok kat luar. Leher pun silap pasang. Waktu nak cantum kekek lagilah sampai nak termuntah rasanya. Inilah hasilnya;

Tq Pal tolong jadi model :)

Untuk 2nd time masih lagi trial & error stage so saya guna kaftan lama saya. But this time I was smarter. Saya jahit dgn tangan dulu baju tu then baru tindih dgn jahitan mesin. This time better cuma masih belum puashati esp part jahitan mesin tu. Kena banyak praktis lagi. Part kain pun belum jadi elok lagi memang kn improve. Hari tu belajar cikgu ajar letak zip tapi utk si kenit ni macam x sesuai pulak letak zipkan.. so letak getah semua kain tu tapi Umi dia x reti camne cara yg betul nak buat so hantam sajalah labu.. hikhik. 


W/pun kurang puashati dgn hasil jahitan tapi sangat berpuashati & happy bila tengok Balqis pakai baju yg Umi jahit sendiri. Insha Allah utk raya ni tak payah beli/tempah kot :) 



Kaftan lama maybe for next project. Nak try jahit jubah pulak insha Allah. 
Wish me luck. 

Saturday, 11 April 2015

Belajar Jahit Baju Kurung dalam 1 Hari.... mampu ke?

Ok tak?
Adalah jugak rupa bajukan :)

Panjang bebeno tajuk entry kali ni... sebenarnya 2 minggu lepas saya ke kelas menjahit, belajar jahit baju kurung. Untuk satu sesi selama 1 hari bayarannya rm150 termasuk kain dan peralatan. Kita bawak diri dan duit je :) kelas dari jam 9 pg ~ 5 ptg. 

Berbaloi ke? Itu kena baca sampai habis entri ni k. Untuk rekod, saya memang zero knowledge on jahit menjahit ni juga seumur hidup memang tak pernah guna mesin jahit. 

Fast forward, sampai je ke situ terus cikgu jahit saya (Cg S) suruh saya pilih kain. Then saya diajar untuk buat pola baju serta diberi nota untuk rujukan. Mind you, kelas ni boleh dikatakan 90% praktikal. Tak sempat nak hadam formula ukuran baju dsbnya cikgu terus tunjuk & bagi ukuran yg diperlukan. Terkial-kial mokcik mana nak catit nota mana nak tanda kain lagi. Celah2 tu pula ada seorang lagi student sampai. Terus cikgu ajar dua2 sekali tapi berlainan bilik. So the attention was divided and flow pun terganggu skit la. Terpaksa tunggu cikgu sekejap ajar saya sekejap ajar adik tu.

Selesai buat pola saya diajar cara potong kain. Saya rasa cikgu saya tu nak jimatkan masa so masa potong kain tu dia hanya tindih kain dgn buku tebal. Tak letak peniti bagai. Apalagi terkial-kial la mokcik ni potong kain tu. Cikgu buat steady je maklumlah hari2 memang itu keja dia kan... 

Then saya diajar buat leher baju. Ini pun lebih kurang express juga. Masa ni dah hampir tengah hari mujur juga adik sorang tu ada hal dan terpaksa balik awal so cikgu boleh fokus ajar saya je. Bukan apa saya rasa 'berat' sangat nak hadam segala yang diajar. Main angguk je depan cikgu :)

First time pulak guna mesin jahit... asyik le benang bawah tu tercabut... he he..  yang paling struggle nak jahit leher baju. Jangankan nak jahit bulatan nak jahit lurus pun jadi bengkang bengkok dek kerasnya tangan mokcik ni. Kekok kalut semuanya ada.. nak stop lunch pun xde kedai makan berdekatan. Maklumlah office area semua tutup hari minggu. Bekal saya hanya sebotol air yang terpaksa berjimat2 minum. Kesian mokcik.

Akhirnya menjelang asar selesailah juga sesi belajar. Itupun finishing spt jahit bahagian bawah baju & tangan tak diajar. Saya pun dah penat sgt rasa macam nak pitam sbb too much too absorb and lapar giler. Dah pukul 4.30 belum makan... 

Dapatlah juga sehelai baju kurung buatan sendiri, sijil dan CD utk rujukan.

Balik rumah the next day saya cuba buat semula apa yg cikgu ajar dari pola hingga ke baju. Banyak yang sangkut sana sini sbb bila kita apply tak semudah yg disangka terutamanya ukuran. Saya buat testing utk Balqis. Contohnya bila buat pesak, cikgu bagi ukuran standard berdasarkan badan saya tapi formula kiraan tidak diberi. Bila wasap tanya baru cikgu bagitau. Untuk leher juga saya bermasalah utk buat semula terpaksa Google. CD yang diberi dlm bentuk audio jadi tidak banyak membantu.

Moral of the story, memang boleh belajar dalam satu hari ni tapi very stressful and exhausted la bagi yang takde basic menjahit dan menggunakan mesin jahit macam saya ni. You may request to break up the session into two-day session for better understanding of the course. Saya pun ternganga bila dah settle semua cikgu baru cakap "ada student datang 1/2 hari utk belajar buat pola & gunting kain, 1/2 hari lain pula utk jahit je".... awat la cikgu tak habaq awai2... kalau 2 sesi tu rasanya tahap pemahaman kita tu akan lebih tinggi dan otak kita taklah tepu sangat nak absorb everything in a day. 

Nak tengok hasil jahitan saya? Tunggu.... :)