Satu...
Dua...
Tiga!
Assalamualaikum
Gambar2 ni diambil oleh jiran saya, KF. Sejak minggu lepas memang ada sekawan monyet yang berkeliaran di kejiranan kami. Mujur tiada kekecohan yg dilakukan oleh mereka. Setakat ini.
Sewaktu tinggal di asrama Taman Ilmu & Budi dulu ada seekor monyet yg sangat nakal. Kami panggil 'Michael'. Maklumlah tinggal di universiti bertaraf antarabangsa, namanya pun mat saleh habis :) hobi si Michael ni suka bebeno masuk bilik student perempuan. Dia ni merayau di asrama pompuan je sbb dekat hutan kot. Eh asrama lelaki pun dekat hutan juga. Takde pula dengar diorang kena ganggu.
Hobi dia suka menyakat students. Pernah sekali dia muncul di tingkap dorm saya. Kita halau dia dia menyeringai dekat kita. Pucat mokcik. Nasib sempat tarik tingkap & tutup. Pernah juga dia kejar seorang kakak senior sampai patah pinggang kalau tak silap. Senior tu lari sampai jatuh tangga. Dahsyat betul gangguan Michael ni. Ada juga yg kata Michael ni jelmaan!
Satu lagi hobi dia suka curi cermin dan penutup rice cooker. Lepas tu bawak lari naik atas atap dan tersengih2 menengok muka sendiri di cermin/tudung periuk. Lagi kita tengok dia lagilah macam2 aksi dia buat. Cerdik dan ligatnya dia sampai tak dapat ditangkap. Jika ditanya penghuni kolej N & S pasti banyak cerita tentang 'mamat' ni.
Panjang pulak cerita si Michael ni :)
Moral of the story;
Peace!
No comments:
Post a Comment