Friday, 31 October 2014

My Reading Habit


 I am very passionate about reading. Seingat saya, since sekolah rendah lagi saya dah suka membaca. Kalau x dapat buku, kertas surat khabar balut nasi lemak pun jadilah. At that time I read a lot of comic books milik abg cik saya. Dia ada satu kotak besar komik yg disimpannya termasuk Gila-Gila. Dia sgt sayangkan komik2 tersebut. Kadang2 je dia benarkan saya sentuh komik2 tersebut. Sedey tau! When this happened saya selongkarlah pula khazanah milik Abang sulung. Teringat lagi saya duduk bawah rumah (rumah dulu2 kan tiangnya tinggi) sambil baca buku Ilmu Alam & Sejarah Melayu juga buku jawi. Saya rasa tension kalau x dapat membaca. 

Tabiat tu terbawa-bawa hingga dewasa. Sampai sekarang pun saya sangat suka membaca. Dulu saya suka satu buku at one time. Khatam satu2 then baru tukar buku lain. But in recent years saya baca multiple books at one time. Actually I was inspired by Ust Pahrol. When attending a writing course with him, he shared his passion for books and how he loves reading. He would read multiple books at a time. Satu buku dibaca di ofis, satu lagi di rumah. Kalau x silap, Sofea Jane pun praktis this concept. At first i doubt this would work for me or not. I kinda person who will read word by word in a book. What more page by page to finish a book. Peeping the last page for the conclusion is not-so me :) i even highlighted any phrases/quotes that i find useful.  Therefore i always thinking wouldn't it be difficult to digest what you are reading because you are switching from 1 book to another. 

Guess what? I find out that this concept works well with me. I can read more books and this definitely make me hunger for more books! One thing that can make me jadi tamak is buku. Serious beb!

When I was working, saya ada satu buku utk dibaca dalam kereta, satu di ofis esp during Jumaat prayer. Plus satu di rumah. Now saya baca 2 books at a time, satu di ruang tamu time melepak and another one before bedtime. 

Tun M vs Youssef Nada... fenin kepala mokcik :)

Though I enjoy this concept, it would take a longer time to finish a book especially if both books are serious topics. Macam 2 buku kat atas tu kan... Since fictional series (novels) are not my preferred genre, it poses more challenges to me. But as mentioned earlier, I am a book lover. You'll do anything for what you love right? Yang penting, kita enjoy (angkat satu tangan ke atas sambil lentukkan kepala). 

Like mother like doter huh?

Till then. Take care.

Tuesday, 28 October 2014

Happy Birthday Balqis (1y/0)




"Apa agaknya yang Allah nak bagi kat u kan...," kata sahabat saya Azie bila melihat saya mabuk teruk sewaktu mengandungkan Balqis. Saya hanya tersenyum sambil menjawab, "anak pompuan kot". Selepas memiliki 2 org putera semestinya saya teringin memiliki puteri pula. Sementelah dah 2x kena ceaser. Alhamdulillah tercapai juga hasrat saya. 

Itu cerita setahun lalu. Hari ni puteri kecil saya genap setahun. Kejap je... masih belum berjalan tapi sudah mula berdiri sambil bertepuk-tepuk tangan. Happy birthday sayang! 

While i'm writing this special post, she is sleeping just besides me. As I look at her, I feel so blessed with her present. And i thank Allah million times for this beautiful & meaningful gift. Definitely she makes me a better person. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.



Saturday, 25 October 2014

Borong Buku @ Bookcafe PTS



Alhamdulillah, memang rezeki saya. Malam tadi saja2 je buka website Bookcafe PTS. Maklumlah dah lama tak jenguk. Rupanya mereka tengah ada promosi dgn diskaun up to 80%. Memang satu peluang yg tak patut dilepaskan oleh kaki buku macam saya. Terus saya buat wish list buku2 yg saya nak beli. 



Makanya tadi selepas balik dari UTC Sentul kami terus singgah di Bookcafe. W/pun tak semua buku yg saya nak ada stock, saya puashati. Dgn hanya RM52.10 saya dapat 9 buah buku. Jimatkan?

Pilihan saya
Kpd pencinta buku, sempat lagi anda ke sana atau beli saja secara online. Promosi 80% tu akan berakhir today. So hurry up dear!


Pilihan Abang

Juga pilihan Abang, untuk Angah 


B suka dapat buku


Wednesday, 22 October 2014

Hari Salam Ria Pasti Gombak 2014



Mood saya sebenarnya masih dikuasai oleh kenangan indah di tanah suci. Saya mmg berhajat nak berkongsi cerita di sana cuma masa dan keadaan belum mengizinkan. Bukan utk berbangga riak tapi utk perkongsian juga catatan kenangan utk anak2 suatu masa nanti. 

Sambil2 membelek2 gambar dlm phone ni, ternampak gambar Abang sewaktu menyertai pertandingan bercerita anjuran Pasti kawasan Gombak. Pelbagai acara spt nasyid, sajak, azan dll yg dipertandingkan. Acara ni diadakan pada awal bulan Ogos lepas, hari yang sama dgn wedding Yatie. 

Peserta dibahagikan kpd lelaki dan perempuan. Peserta lelaki hanya 2 org jadi peluang Abang utk menang adalah 50%. Untung abang. Tajuk cerita abang ialah "Kisah Ashabul Kahfi". Seingat saya seawal bulan 4-5 lagi cikgu Abang dah bagi teks cerita utk dihafal. Namun dia hanya giat berlatih menjelang hari pertandingan. 

Seperti dijangka, Abang berjaya dapat tempat pertama. Ikutkan persembahan peserta perempuan kebanyakannya bagus2, tapi sebab diasingkan kategori lelaki & perempuan, rezeki abang la utk menang. Saingan abang pula membaca teks, jadi markahnya kurang. Alhamdulillah. Yang penting exposure dan experience yang dia dapat.

Posing dulu sebelum pertandingan, kasi hilang nervous

Abang in action

Yeah! Dapat beg baru


Rupanya hasil kemenangan ni Abang akan mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri. Namun kami terpaksa menarik diri krn Abang diminta bermalam di tempat pertandingan, di Sabak Bernam. Kebetulan hari yg sama kami mengadakan kenduri kesyukuran. B keberatan melepaskan Abang ke sana bersama cikgunya. Maklumlah jauh tempat tu. Susah juga kami nak bergegas ke sana jika berlaku apa2. Harapnya adalah lagi peluang utk Abang di masa akan datang. 


Monday, 20 October 2014

Kembali ke Sarang


Air zamzam & kurma masih berbaki, jemputlah ke teratak kami kpd yg sudi

Pejam celik pejam celik dah seminggu rupanya kami suami isteri kembali ke tanah air. W/pun rindu pada Tanah Suci hanya Allah sahaja yg tahu, hidup perlu diteruskan. 

Kami kembali ke syurga dunia kami Jumaat lepas. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan selamat, sempurna seperti waktu ditinggalkan. Yang ada cuma dedaun kering dan bangkai tikus yg hampir reput di beranda :) Hampir 2 bulan meninggalkannya, banyak perkara yg perlu dibereskan terutamanya ops membersihkan rumah dan re-stock barang2 keperluan dapur. Sehingga hari ini masih ada perkara yang belum dikerjakan. B sudah kembali bertugas, begitu juga Abang yg kembali ke sekolah lamanya. Tinggallah saya bersama Angah & Balqis meneruskan rutin harian spt biasa.

Pose depan bilik air, istimewa utk Tok Umi dia yg dah mula rindu.

Yang utama bagi saya sekarang ialah memenangi semula hati si kecil Balqis. Dia masih malu2 dgn saya, sudah tidak mahu b/f dan lebih rapat dgn Walidnya skrg ini. Malah dia lebih prefer Toknya dari saya. Huhuhu... beberapa hari lagi genaplah usianya setahun. Masha Allah cepat sungguh masa berlalu. Kalau larat nak juga buat makan2 sikit sempena bday dia. 

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, saya minta B potong pokok kari yg dah meninggi mencecah tingkat atas rumah. Menjenguk ke belakang dapur semalam, ranting2 baru dan pucuk2 muda tumbuh dgn galaknya. Anak kacang panjang yg hidup segan mati tak mau juga tumbuh subur kini, dah berbuah pun! Subhanallah. 


Mujahadah pasca haji ni sebenarnya lebih mencabar berbanding semasa kita di Tanah Suci. Nak menghidupkan kembali rutin sewaktu di sana memang mencabar bagi saya. Moga Allah memberi saya kekuatan utk istiqamah. Doakan saya.