Wednesday 5 March 2014

Aku, HiG & Sebuah Teko :)


Togel je teko tu tanpa penutup kan?
Dok godek2 henfon jumpa gambar2 yg saya ambil sewaktu shopping di Kompleks Haji Ismail Group (Kompleks HiG). HiG ni sangat gah di pulau Mahsuri ni. Pelancong mesti akan singgah beli pinggan mangkuk ke cekelat ke kat kedai2 HiG yg 'bersepah' di pekan Kuah. Ada kedai yg jual cekelat shj, ada yg jual peralatan dapur shj. 

Saya hanya singgah beli cekelat sikit di kedai cekelat HiG semasa tiba di Langkawi tempohari. Saya dah cerita sikit pasal shopping di HiG tempohari. Selain shopping mall, Kompleks HiG juga menempatkan Hotel HiG, kedai2 dan food court. Semuanya dalam satu kawasan. Dengarnya Haji Ismail ni dah meninggal tapi legasi perniagaannya diteruskan oleh anak2nya. 

Saya tak sempat jenguk ke Hotel HiG tapi menurut kata hubby hotelnya OK. Lokasinya strategik, sesuai kalau sesiapa yg outstation atau berkursus menginap di sini. Nak beli buah tangan utk anak isteri pun pegi pintu sebelah je (mall).

Entry ni sebenarnya lebih kpd entry penghargaan kpd HiG esp staf dia yg bernama Rafidah. Saya ada beli sebijik teko disini. Memang hajat dari kl lagi saya nak teko sebijik utk kegunaan harian. Saya nak gantikan teko yg dah pecah. Bukan xde teko lain tapi setnya lain. Dipendekkan cerita, lepas 2 minggu balik ke kl baru saya bukak kotak teko tu. Jeng...jeng...jeng... rasa nak nangis dibuatnya bila penutup teko tu tak dimasukkan sekali dlm kotak tu. Frustnya saya. Rasa cam beli keta takde tayar!

Nak contact HiG takut depa tak layan. Tapi xkan saya nak guna teko tu w/out the lid. Nak2 kalau nak serve kat tetamu. Saya call jgk then this girl bgtau saya dia akan check. Cuma dia ingatkan saya it's very costly to send the lid becoz Langkawi is a duty free island. Second thing is saya call after the grace period was over. Any exchange shud be made within a week. Saya pun tak berharap sangat la. Nak kecoh sgt pun segan jgk sbb small thing tapi it's meaningless if the teapot does not have its lid, right?

Finally, after few SMS exchanges and a phone call saya dapat penutup teko tu. Dia jgk minta maaf atas kelalaian staff dia yg lupa masukkan lid tu dlm kotak. Alhamdulillah... dah boleh gun a teapot tu tanpa segan silu :)

 Moral of the story: do fight for your right even though you feel its not important/ meaningless. We never know... and if you are lucky enough, you'll realise that the satisfaction is beyond words, just like in my case. 


Set ni je yg saya mampu beli...yg lain2 semua kotak besar, tak muat nak hand carry masuk flight. At least boleh matching dgn teko tu kan? 

No comments:

Post a Comment