Tuesday, 11 February 2014

Wedding Yanti & Faiz

Bunga telur 3 warna
Punya cerita tersendiri
Yanti, anak buah saya selamat menjadi isteri orang 31 Jan lepas. Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri diadakan selang sehari tanpa banyak halangan/ kekangan. 

Rombongan lelaki tiba dgn sebiji bas dan beberapa buah kereta. Sakan betoi..:)


Majlis akad nikah diadakan selepas asar di masjid. Dengan sekali lafaz sahlah Yanti jadi isteri Faiz. Kemudian ada jamuan sikit, nasi bersama lauk kampung. Dap dap...

Malamnya kami berewang membalut telur dan menyiapkan goodie bag. Lauk kenduri disediakan oleh caterer. Senang keja. Dah jadi tradisi di tempat saya menghadiahkan sekurang-kurangnya sepokok (sepahar) bg telur utk tuan rumah. Itu sebabnya bunga telur Yanti berwarna warni...:)

Bunga telur dari Tok
Bunga telur dari puanhazel
Baju pengantin yg dia pakai pun sangat cantik bagi saya. Warna royal blue bersulam manik gold. Memang menyerlah. Mula tu saya kurang setuju takut x sesuai dgn pengantin. Tapi dah namanya pengantin, seri depa lebih sikit. She looks stunning. 

Cantikkan color ni?
Harus kena cari sepasang buat baju raya..:)
Lauk istimewa, gulai batang pisang menjadi tarikan utama. Tak sah kenduri di sini jika tak dihidangkan gulai batang pisang ni. Gulai batang pisang ni actually kari/gulai ayam/daging yg dicampur dgn umbut pisang. Tapi org sini panggil batang pisang...:) 

Gulai batang pisang lawan dgn nasi putih
dan ulam sambal belacan memang tebaek.
Selamat Pengantin Baru Yanti & Faiz!










No comments:

Post a Comment