2/2/2014
Balik kampung hari tu, kami juga mengadakan kenduri kesyukuran dan aqiqah utk Balqis.
Memandangkan majlis ni berturut2 dgn kenduri Yanti, saya minta hubby maklumkan pada umi utk order je food. Tak larat nak masak bagai.
Kami tempah kambing dan minta tuannya masakkan sekali kambing tersebut. Itupun wakilkan pada Ayah utk tempah dan akadkan. Nasi goreng pun Ayah tempah dgn kawannya. Menu lain spt kuih muih kawan2 umi buatkan. Umi pulak buat yong tau fu. K.long dgn kek oren dan Ina tempah tart telur. Yang kami sediakan di rumah hanya salad, kangkung tempura dan air. Memang Umi sengaja pilih menu ringan & simple je sbb clash dgn kenduri lain. Maklumlah cuti raya cina hari tu agak panjang, ramai yg mengadakan kenduri.
Buaian dan dekorasi disiapkan oleh Uda & K.Long |
Bunga telur penyeri majlis ni saya sediakan |
Majlis bermula dgn acara marhaban oleh kaum ibu pada pukul 10. Pukul 11 jemputan lelaki tiba dan diteruskan dgn bacaan yasin dan tahlil. Ramai yg datang hari tu..termasuk kawan- kawan sekolah menengah dan uni saya.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca elok, food pun sedang elok and Balqis pun behave... lega. Terima kasih Umi ayah dan ipar duai semua yg menjayakan majlis.
No comments:
Post a Comment