Sunday, 12 August 2012

Ada Berkatnya...

Secara tiba-tiba saya rasa syahdu, sendu dan terkesima sebentar sewaktu mendengar laungan azan Asar petang semalam. Bukan tidak pernah dengar azan, tetapi laungan suci itu semalam secara tiba-tiba memberi inspirasi untuk menulis...:)

Teringat kenangan lama ketika kami tinggal menyewa dulu. Hidup saya dan suami ketika itu memang sempoi. Barangan rumah untuk hiasan ruang tamu hanya sekadar ada tv dan meja makan, itupun beli barang second hand...:) TV dibeli dari adik ipar yang baru habis mengaji di U manakala meja makan untuk 6 orang dibeli di kedai perabot, dengan harga RM150 sahaja satu set.. asal ada je masa tu.. maklumlah baru nak belajar hidup...:) adalah tikar buluh sebagai alas ruang tamu. Kami berdua bersetuju untuk tidak membeli barang rumah seperti sofa dsbnya sebab ini rumah sewa, duduk rumah sendiri baru beli. Life goes on as usual, mungkin lebih bahagia kot sebab takde banyak hutang...heheeheh..

 Suatu hari, kami membelek surat khabar (masa tu baca surat khabar pun berkongsi-kongsi.. baru kawen la katakan..:), terpandang iklan rumah untuk dijual. Alih-alih tengok alamat, eh eh dekat je dengan rumah sewa kami. Apalagi, selepas Asar saya membonceng motor suami untuk meninjau-ninjau kawasan rumah tersebut. Tapi tiada sebarang tanda 'for sale'. Pada masa ni, kami TIADA langsung perancangan untuk membeli rumah esp dari segi kewangan untuk downpayment, booking fee dsbnya.. saving plak memang zero masa tu..  Tapi , kami decide jugak untuk call agen and set appointment untuk tengok rumah tersebut. Takde niat nak beli pun.. just nak tengok2.. Then, suami call agent untuk buat lawatan ke rumah tersebut. Setelah tertangguh 2-3 kali akhirnya dapat juga kami melihat-lihat rumah tersebut. Agent tu pandang kitrong macam pelik je, dah lah naik motor, pastu pakaian sempoi giler.. saya pakai track suit je masa tu, maklumlah dekat je ngan rumah sewa... mesti dia ingat, orang ni ada duit ke? Memang takde pun! hahaahah... 

Sekali pandang terus jatuh hati... ingat lagi, keluar dari rumah tersebut, baru perasan surau kat depan rumah.. Aha, dah ada plus point kat situ.. depan rumah pun padang, so takdelah nak berebut parking dengan orang rumah depan. Tambah mata lagi...:) Masa tu agent bagitau, kalau nak kena bayar booking fee RM1000.. saje je nak gertak kitorg tau.. tapi masa ni kitorg dah congak-congak dalam kepala, rasa macam mampu beli rumah nie.. mujur suami kerja bank masa tu, pandai skit dia buat calculation and estimation for this matter. 

Mungkin sudah rezeki, Allah lorongkan jalan yang cukup mudah untuk kami mendapatkan rumah tersebut. Bermula dengan booking fee RM1000 yang dikongsi bersama, kemudian nak bayar 5% deposit kami mula pucat...:) terpaksalah mengadap abang, minta pinjam duit sebab selagi x bayar x dapat S&P untuk draw EPF.. and the rest are history...

Alhamdulillah, kawasan perumahan ini sangat menyeronokkan, w/pun jiran-jiran tidak semesra jiran-jiran di kampung, sekurang-kurangnya kami saling bertegur sapa, mengenali anak masing-masing, main badminton sama-sama... dari segi keselamatan juga memuaskan setakat ini.. 

Berbalik kepada kisah azan tadi, saya amat bersyukur kerana pilihan yang kami buat sangat tepat. Hari-hari setiap waktu kami dapat mendengar suara azan, yang mana pernah saya baca suara azan, zikrullah, bacaan al Quran semuanya dapat melembutkan hati.. bukan sahaja dari surau di depan rumah, tetapi dari surau berdekatan yang bersahut-sahutan. Harapan saya, anak-anak kecil saya akan lebih mudah dididik berkat laungan azan setiap waktu yang mereka dengar, disampin biah yang baik yang dibentuk dalam rumah tangga.. semoga kaki mereka juga tidak akan kekok untuk melangkah ke surau setiap kali mendengar suara azan.. amin. 

No comments:

Post a Comment