Semalam seorang kawan suami bagi durian, import from Bidor. Tak tahu plak saya sekarang nie musim durian, ingatkan yang banyak dijual di tepi jalan tu durian Siam. Since the durian was not fresh (fresh bagi saya baru jatuh kedebuk dari pokok, terus bukak dan makan), so I decided to make serawa @ kuah durian. Ini first time ye saya buat kuah durian nie. Ini pun sebab dah kawen. Kalau bujang lagi confirm saya paksa my BFF masakkan.. kan Yang kan? (you know who you are).
Serawa durian & roti
Bahan-bahan:-
Beberapa ulas durian
2 cawan gula merah (agak-agak je)
Air (agak-agak je)
Secubit garam
Daun pandan - simpulkan ye
1 tin susu cair (santan pun bole)
Modus Operandi:-
1. Masak gula merah atas api sederhana (dah masak tapis dulu ye, takut berpasir)
2. Tuang ke dalam periuk yang telah diisi durian, daun pandan dan susu cair
3. Letak periuk atas api sederhana dan kacau selalu
4. Biar mendidih, masukkan garam. Tutup api.
5. Tada siap!
*Sekiranya anda inginkan kuah yang banyak, maka tambahkan 1-2 cawan air.
Thanks MakSu Ida for the durian, siap ngan roti lagi.
Selamat mencuba!