Monday, 31 October 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Finally, I'm a blogger!... sekian lama hasrat tertangguh, akhirnya tarikh 01-11-11 menjadi pilihan untuk 'den' memcipta sebuah blog. semoga apa yang bakal dikongsi memberi manfaat kepada semua terutamanya diri sendiri. semoga usaha kecil ini mampu menjana kebaikan kepada khalayak pembaca dan seterusnya diganjari sebagai amalan soleh. Niat saya sewaktu memblog ini, ingin menyebarkan sebanyak mana kebaikan, menerusi tulisan dan perkongsian ilmu yang sedikit dan pengalaman yang masih mentah.

Teringat saya ketika menghadiri majlis orientasi cum group binding EMS suatu ketika dulu. Pensyarah yang kami segani, Ust Wan telah menceritakan tentang kisah si burung pipit. Tatkala Nabi Allah Ibrahim  dibakar oleh Namrud, si burung pipit bertungkus lumus membawa air untuk memadamkan api yang marak dengan paruhnya yg kecil itu.. subhanallah.. lalu ditanya oleh sahabatnya (maaf, saya lupa binatang apa yg bertanya): kamu membawa air dengan paruhmu yang kecil, bukankah itu tidak sia-sia sahaja? ia tidak mampu memadamkan api yang marak itu.. lalu dijawab oleh burung pipit itu: ya, aku tahu air yang kubawa ini tidak mampu memadamkan api itu, tetapi jika ditanya oleh Allah kelak, aku boleh memjawab bahawa inilah usaha ku.. aku tidak hanya memandang, tapi berusaha untuk membantu Nabi Ibrahim.. Allahua'alam

No comments:

Post a Comment