Friday, 30 December 2011

Bandung 2011 - Day 3

Sorilah citer pasal Bandung ni x habis lagi.. biasalah dah pegi 4D3N so citernya pun kenalah tally kan... Untuk 3rd day penat giler sbb dari pagi sampai ke malam kitorg meeting...

Nama makanan nie nasi uduk. Kalau kat M'sia ni kira cam nasi lemak la, ada ikan bilis, sambal, telur & ayam goreng. Tapi xde kacang, ganti ngan bawang goreng. Cuma nasi tu nasi biasa rasanya sebab x rasa lemak pun. 

Ni makanan tambahan ai. Maklumlah asalnya diberitahu pagi je meeting, petang acara bebas. So plannya ai ngan Ms A nak gi shopping moping kat Pasar Baru. Konon isi perut siap2 la.. strategi mesti ada beb!

Tengah meeting.. saja je post gambar nie, bukti kitorg meeting...:) 
 
Ini la tempat kitorg lunch aritu. Dari ofis GMPro nak ke sini punyalah jauh, tapi diorg beria bawak kesini so kitorg follow je.. masa nie impian nak ke Pasar Baru memang dah musnah berkecai dah.. ingatkan lepas makan boleh balik, rupanya ado! Sambung balik meeting.. haiya!

Sebelum serve main dish, diorg serve buah-buahan dulu. Subhanallah, memang manis & fresh giler buah-buahan nie. Masih terbayang-bayang lagi kemanisan manggis tu. Buah-buahan ni dibawa dari Tasik, salah satu daerah di Bandung. Kawasan pendalaman yang sangat subur (5 jam perjalanan dgn mobil dari Bandung ke Tasik)

 Otak-otak sebagai appetizer. Otak-otak diorang warna putih ye..


Tauhu goreng, kentang rebus goreng & bakwan jagung - salah satu lauk yang dimakan dengan nasi beras padi huma. Memang terangkat!

 Ayam kampung yang sangat lembut, sedap & yummy.. dah sedap, yummy lagi!


Lalap (ulaman) & sambal ijo
 
Nasi padi huma - wangi & cepat kenyang 

 Jus alpukat (avocado) yang menjadi idaman hati den. But, bila rasa je memang cannot go. X rasi ngan tekak den. Sampai bos pun heran, apasal x minum? x lalu la Bos, x tahan bau dia. So, air mineral jugak la pilihan hati den.

 Malam tu sekali lagi kami dibawa makan ke salah satu restoran yang femes la kat sini - BMC. Masa siang tadi, diberitahu oleh Sis Nia kalau datang Bandung x makan 'batagor' memang x sah. So, kitorg plan la untuk order batagor.


 Inilah rupanya batagor set - bakso tauhu goreng. Awas ye, sambal tu memang pedas giler, lagi pedas dari sambal ayam penyet kat Melawati tu. Kena je sambal tu, rasa bibir kembang je.. berapi beb!


Inilah tauhu goreng tu, sedap memang sedap. Ala2 fish cake yang berperisa sayur tu... memang kenalah makan ngan sup panas tu. Nak nak plak setelah seharian meeting kan

 Ini mee kocok, ai order. Since diorg cakap batagor tu simple sgt, saya tukar order. Apapun memang tebaek sup diorg nie.. memang refreshing

Ok, kita wrap dulu ye utk 3rd day nie. Kalau rajin ai buat post utk 4th day, kalau x kira habislah ye citer Bandung nie...:) 


Thursday, 22 December 2011

Bandung 2011 - Day 2

Jom, kita sambung crite pasal Bandung nie..

 Inilah menu breakfast ai utk arini. Xtau lah kenapa tapi tiap kali stay kt hotel pagi2 mesti nak makan roti.. rasa sedap semacam je roti kat hotel nie.. Lagi satu sebab saya amik roti that morning sbb takut food lain x leh telan (x kena ngan selera)

 Tadi dah makan roti sekeping, amik plak nasi goreng.. Uish, marvelousnya nasi goreng nie.. x terasa cam dok kat Bandung.. chef dia org M'sia kot sebab nasi goreng tu memang rasa cam nasi goreng kita masak kat rumah tu.. i mean rasa dia xdelah weird ke pelik ke..sedap

 Cantik deco dalam cafe nie.. cosy and comfort

 Saya snap gambar betik ni sbb saya kagum sangat betik dia besau bebenor. Isi dia mesti manis sebab betik ni nampak menggoda sekali...:)

Rock mellon ni pun sama, nampak sangat menarik. Cantek plak nampak pasu tu..

Untuk hari nie kitorang meeting kat GPH nie, so xdelah kelam kabut nak kemana-mana. Dah puas round ballroom segala, kitorang naik bilik jap utk solat Zohor then bergegas ke Hilton plak. Ada site visit kat sana around 1400 hrs.

Nampak x keta biru tu? Itulah taxi Bluebird, only this taxi yang reliable kat sini. So kalau uols datang Bandung, carilah taxi ni. Even the locals pun advice us to take this taxi. Since this is a reputable company, dia ada banyak rangkaian - call je nanti dia send taxi utk kita. Kereta yang digunakan ialah Vios. Minimum charge is Rp25,000. 

Petang tu kitorg meeting ngan org Hilton Bandung. Compared to GRP, Hilton lebih moden in term of deco & design. Security kat sini very high, siap kena buka boot taxi lagi then dia scan keta. nak masuk hotel pun kena lalu scanner gak. Ikut kata boss kalau di Jakarta pun sama esp foreign hotel. They tightened the security after bombing kat JW Marriott dulu tu. Kitorg tour sini lebih kurang sejam. Ballroom was occupied so dapat tgk 1/3 je lah. Ada function masa tu...


 Kitorg kat Hilton nie ikutkan lunch time tapi sales person dia xde plak offer lunch. So, bila bos tanya lapar x? Terus je lah ai jawab lapar. Then boss g check kat cafe dia, blh order ala carte. Baik bos i nie.. So inilah menu lunch kami (Ms A & i) - nasi goreng nusantara. Again, sedap bangat. Sedap pada saya bukan in term of rasa je, tapi menepati tekak saya (maksudnya though food ni made in indonesia tapi rasa cam M'sia gak. Cook dia orang M'sia nie..:) Bos ngan COO order nasi putih with  oxtail bakar. Segan plak nak snap gambar. Cuma panggilan kt sini lain, diorg x pangge oxtail tu ekor but ***tut. Bukan mencarut ye, memang gitu panggilannya. Segan nak tulis...:) 


From Hilton tu kitorg berpecah ngan bosses sbb diorg nak meeting with someone. Bos pesan suruh kitorg gi jalan dan naik taxi BlueBird je. So kitorg pun minta concierge to call kan, suh taxi hantar ke Jalan Riau, tempat shopping yang banyak factory outlets to. Factory outlet ni jual barang-barang (esp baju, bag, kids ware etc yang reject by the US company. US company cam Gap, Oshkosh etc nie produce baju2 diorg yang branded to kat Indonesia cause labour cost sini murah, but if there is any kerosakan i.e jahitan senget ke, benang tercabut ke so diorg reject utk masuk market US. Jadi, disinilah produk2 tu dijual. Sebab tu ramai org shopping sini sbb blh dpt barang branded with special price. Info ni saya dpt dari member Bandung kitorang. Tapi nak kata murah sangat pun xdelah jugak, i mean cam baju kuning Opal tu kalau convert ke RM dalam RM27 gak. Kalau beli kt KL nie belum tentu saya beli. Since hujan masa tu, xdelah beria pun kitorg shopping. Lagipun dalam kepala dah set nak shopping kat Pasar Baru. Tapi sempatlah jugak saya sambar baju sorang selai utk buah hati saya kat rumah. Masih teringat2 handbag yg cantek kat 1 kedai tu, tapi apakan daya duit Rp x cukup... So if happen uols datang sini, sediakan Rp banyak2 ye.. kalau takat RM100 tu blh beli cam diatas je. Kat sini xleh tawar menawar, sbb harga fixed. Nak tawar menawar sila ke Pasar Baru k. Dari sini kitorg balik ke GRP naik beca je.. best sebab angin sepoi2 bahasa tu rasa nyaman sangat. Lalu pulak celah-celah jalan yang x berapa sibuk so boleh nampak 'the other side' of Bandung. Nampak cikai je, tapi ini antara kenangan paling manis saya di Bandung - naik beca.

Jumpa lagi!

Wednesday, 21 December 2011

Bandung 2011 - Day 1

Hari den nak stori mori pasal travel gi Bandung hari tu. Bukan pi jalan-jalan pun, pi meeting ngan bosses plak tu. Memandangkan banyak benda den nak cerita so, to save time ai buat stori bergambar la ye!

Passport dan tiket sudah ditangan.. berdebar giler masa nie, maklumlah 1st time dek non, mak naik kapai terbang nie. Kitorg naik KLM, tapi entahlah ngape tiketnya MH plak... xpelah, janji sampai ke Jakarta. Kitorang check in lewat sangat so x sempat nak cek no. seat tu.. tup2 i kena dok sebelah big boss. Sib baik boleh tukar, so ai tukarlah ngan 2nd boss, dok sebelah Ms A. Oklah, w/pun port mula2 tu best giler, dekat tingkap u. Tapi for sure 2 jam tu x best & terasa tersangat laaaaaaaaaaaama kalau kena dok sebelah bosses kan?

Tengok tu, dah final call uols! Maklumlah dari ofis 1445, flight 1710.. maunya x kelam kabut. Sib baik sempat check in, itupun kitorg yang terakhir. Sib baik abang kastam tu baik, extra bag tu x kena charge. My bosses pun solat kat sini je, dah lambat kan. Sib baik ai dah solat jamak siap2 kat ofis.

 Inilah kapai ai. Santek u! Maklumlah first time naik flight, excited giler ngan gambar kapal terbang pun aku snap! Hehehe... Food dalam nie memang tebaek la. Masa pi kitorang di jamu nasi lauk ayam ala2 kari gitu, bihun tomyam & puding. Marvelous giler puding dia tu. Air plak mula-mula air sejuk (oren or epal) then hot drink plak. Bestlah KLM! Steward & stewardess pun friendly giler, siap nyanyi lagu Broery Marantika lagi sorang mamat Holland nie.

  
 Kitorang sampai airport Sukarno-Hatta around 2030. After some time tunggu bagasi dekat 1/2 jam baru gerak keluar dari airport tu. One of our agents kat sana, Pak Taufik dah tunggu ngan anak dia. So dia bawak kitorang makan2 dulu, kat one of the best restaurants nasi padang kat Jakarta nie. So, inilah tempatnya, kedai tu terletak di Hotel Amaris nie. Jap no, kedai kat bawah, ini baru premis tempat kedai tu menjalankan perniagaan (faham ke x faham nie?)

 
Tadaa... inilah kedainysa. Roda Padati Masakan Padang. Ala, restoran biasa je, ala2 Restoran Hilmi kat Melawati nie je. Kedai nie airconditioned tapi malam tu panas bangat! Aku jeling2 tengok aircord banyak yang off dari on. Hantam sajalah labu! 

 
 Inilah antara hidangannya. Biasalah kan, nasi padang style memang camnie, lauk penuh meja then time kira, dia kira mana yang you makan je. Teringat satu kedai kat KB, style camnie gak tapi serves Malay food la. Photo kat atas nie actually belum complete lagi lauk dia. Masak lemak telur itik dia belum sampai, ayam goreng ala KFC pun belum sampai. The best among them is the sambal ijo tu! Memang sedap giler! Yang len2 tu OK la, boleh telan la. Tapi x tahan makan daging dendeng dia, sampai sakit gigi den, punyalah liat. Lagi satu, ikan masak lemak tu nampak menarik kan? Saya dah cuit sikit ngan sudu, konon nak ambiklah. Then terlintas nak tanya Pak Taufik, ikan apa nie? Dia kata itu ikan mas Bu! Ikan mas? Saya pun confident la jawab, tapi bukan gold fish kan Pak? Dia jawab, iya memang itu gold fish! Alah, pelan2 saya letak balik sudu. X pernah terpikir aku nak makan ikan emas yang come lote dalam aquarium tu. Heheh. But, rasanya diff term je, bukan gold fish tu, sebab gold fish kan bulat2 badan dia. Ini nampak cam talapia pun ada. Xpelah, i x berani nak cuba, let go je lah the dish. 
But all in all, thanks Allah for the rejeki. Ikutkan nak makan lagi, tapi sebab badan rasa dah lemau semacam so xdelah beria makan w/pun lapar. Mind you, masa tu ai belum pam lagi, so memang dah sakit semacam dah, sampai ke kepala dah. Ditambah plak ngan long journey dari t/hari sampai ke malam.

 Krupuk kulit sapi, satu lagi makanan eksotik yang for sure I don't have enough courage to try! Sapi maksudnya lembu. Apa? Ko nak suh aku makan kulit lembu cik kiah? Minta mahap la.. Kalau dia xde tulis kulit sapi tu, len crita la.. hehehhe.. Diorang makan krupuk ni ngan nasi. Ala, macam kita makan papedom ngan nasi la...
Inilah hotel penginapan i sepanjang di Bandung tu. Travel ngan bos, mestilah dok pun kat 5-star hotel .. Again, rezeki Allah bagi, Alhamdulillah. Hotel ni Muslim hotel, kalau kat sini ala2 Hotel Istana or Crowne Plaza la, owned by Tradewinds. Kalau dah Tradewinds tu owner dia mesti korang tau la kan. Berbalik pada hotel nie, nama dia Hotel Grand Royal Panghegar (Panghegar bermaksud luarbiasa hebat) so memang hebat lah hotel nie. Dahlah grand, royal plak tu tambah panghegar lagi...:)  The GRP is the oldest hotel in town tapi sekarang nie dah refurbished and renovated utk naikkan lagi imej hotel nie. Harga semalam dari RM294 rasanya, with b/fast for two. Satu lagi, korang janganlah kagum sangat camna i blh snap gambar keseluruhan hotel tu ye.. ini replika je cik kiah! Hahaahha den mana ada DSLR...:)

 Ini bilik kitorang, Deluxe Condotel. Up skit dari Deluxe biasa tu. Yang deluxe biasa semua sold out so sinilah tempat beradu kitorang. Sebenarnya kitorang sampai bilik nie lebih kurang kul 0130 so memang dah mamun la. Seharian travel. Dapat je key terus naik tingkat 9. Dengan semangatnya kitorg touch le kad tu kad pintu, xleh. 2-3 kali try xleh gak. Ingat nak turun balik ke recep, tetiba je teringat entah2 silap bilik kot. Memang iye! Kitorang salah bilik! Lawak togel la plak malam-malam buta tu...
Bilik ok, but mind you di sini mostly untuk electrical appliances diorg guna plag 2 pin je. Sib baik i bawak international adaptar tapi x semua blh match pun. Iron xde. Bila Ms A call housekeeping diorg cakap "facilitasnya enggak ada Bu". So the next day i pakai tudung x bergosok le.. Sib baik la natural beauty, pakai apa pun santek!.... hahaahahahaha.. gelak jangan x gelak ngan statement over the top aku nie. Cuma ada kureng skit bilik ni (deluxe type) sinki dia kat luar bilik air. So, uols mandi kat dlm, tapi time nak cuci muka or gosok gigi kat luar ye. Lupa plak nak amik gambak, sinki tu dekat2 pintu masuk. Sebab each deluxe room nie ada mini-kitchen. So nak bagi space untuk mini-kitchen tu sbb tu sinki bilik air diletak diluar. Entahlah, aku x pun faham apa kaitannya! 


Ok, kita wrap untuk day one. Tido dulu esok citer pasal hari2 seterusnya. Nite every one! 
 

Monday, 19 December 2011

Tragedi Pintu Kaca

Segala puji bagiNya yang telah memberi kesempatan untuk terus bersama Abang.. It happened so fast, in a blink of eyes.

Kisahnya...
Di suatu petang yang indah, Abang dan Umi dok layan goreng pisang while Walid & Adik pergi potong rambut. Abang selera sungguh makan serdak goreng pisang.. siap makan bersuap lagi ngan Umi.. tiba-tiba bunyi motor Walid balik, apalagi terus abang 'celapak' ke pintu. Sedar x sedar dia terlanggar sliding door (pintu kaca) yang tertutup.. Ya Allah, terpempan saya. Dengan cermin yang pecah berderai dan abang terpelanting ke belakang. Tiba-tiba saya sedar dia menangis dan darah membasahi muka. Dalam luka di dahi abang, nasib baik x kena mata. Cepat-cepat kami bergegas ke klinik. Tiba di sana, klinik hanya balut luka dan Dr nasihatkan kami bawa ke hospital kerana lukanya agak dalam dan besar. Jika dijahit oleh mereka, akan meninggalkan parut kekal. Of course saya xnak, nanti abang x hensem..:) Kami dinasihatkan berjumpa plastic surgeon.

Dapat je referal letter, terus kami ke Pusrawi. Di bilik kecemasan, luka abang dibersihkan dan properly bandage. I'm so impressed with him, dia relaks je. X menangis tapi x leh umi hilang dari dia. Then he was warded, tunggu operation pukul 10 mlm since dia baru makan. Kena tunggu 4-5 jam untuk prosedur rawatan seterusnya.

Jam 9.15 abang dibawa ke OT. Umi dah berderai air mata dah, risau sebab x dapat teman abang ke dalam OT. After 45 minutes, the nurse called walid untuk jumpa abang. He was OK and then bawa semula ke wad dalam keadaan masih mamai sebab bius. It was the longest 45 minutes in my life. Sungguh, penantian itu satu penyeksaan! Itulah agaknya yang dilalui oleh suami bila saya disorongkan ke OT ketika nak melahirkan abang & adik.


 Kaca berderai, nasib baik serpihan kaca nie berderai keluar. Abang terpelanting ke dalam. Kalau x lagi bahaya, takut Nawfal kutip masuk dalam mulut pulak

 Tak pernah saya fikir si kecil saya mampu memecahkan pintu kaca ni dengan kepala dia.. Allahu Akbar, perkara dah nak jadi!

 Pintu yang retak. I part of the door pecah dan berderai keluar

Abang got more than 20 stitches. Tanya Doc, berapa byk jahitan Doc? Doc kata saya lupa, banyak sangat!

Pengajarannya, be careful parents! Anything can harm our precious ones. Selama nie saya x pernah terfikir budak 3 tahun sekecil Fawwaz boleh pecahkan pintu kaca tu, yang memang kukuh buatannya. Bila dah terjadi, menyesal pun x guna.

Sunday, 11 December 2011

Mixed Feeling

Aduyai.. last then 5 hrs i'm flying...:) though it is a first time i'm going to this place i'm not exited at all! Bukan apa, i'm traveling without my heart & soul, what more without the other half of me!

Saya rasa inilah dilema isteri berkerjaya.. Lebih separuh dari diri saya ingin kekal bersama keluarga tercinta tapi saya juga menyedari amanah berat yang dipikul. Semoga usaha kecil ini serta pengorbanan yang diberikan akan mendapat ganjaran dariNya. 

Ya Allah, berkatilah musafir kami ini, Engkau permudahkan segala urusan kami, kami selamatkan perjalanan kami pergi dan balik, Engkau selamatkan keluarga ku dan permudahkan bagi suamiku urusan anak-anakku. Amin ya Rabbal alamin!

Wednesday, 7 December 2011

6 Hours of Nonsense!

Recently my colleague and I went to Jab Imigresen to renew our passport, since we are going for oversea meeting. Kitorang sampai around 9 a.m. Mai ai, terkejut badak ramai giler orang (bukan ramai orang giler ye) beratur kat luar premis Imigresen tu. Alang-alang menyeluk pekasam, kitorg pun cari la parking. Once parked, kitorang dok tercangak-cangak ler camne nak buat ni ramai sangat orang. Tetiba we were approached by a Chinese lady but mind you, even pompuan brutal betul m.cik sorang ni. Dia tanya ai dah ada gambar ke? I cakap dah ada. Then dia asked my colleague, belum ada gambar. Terus dia push kawan ai suh amik gambar ngan dia. RM10, 4 keping gambar, isi form percuma. Kitorg pun follow je la sebab memang xtau procedure camne. Mula tu plan nak amik je no. giliran but since my fren xde gambar lagi ok lah. 

Kitorang pun follow la m.cik ni. Tapi honestly i memang cuak sbb m.cik nie gangster giler. Siap sound ai, you dah ada gambar pegi la beratur. Hek eleh, sukahati aku la.. xkan nak biar je dia bawa kawan i sesorang, kang jadi pape camne nak menjawab? Kalau m.cik tu sopan santun xpe gak, ini brutal bonar. 

Bila my fren dah selamat masuk kedai gambar, baru la ai gi beratur. Sempat tanya sorang adik tu, mana nak dapat borang? Dia cakap kena amik dalam ofis then beratur (dekat 1/2 km) untuk dapatkan no giliran... 

Lepas amik no tu beraturlah.. Nak tau pukul berapa kitorang dapat masuk dlm premis tu? 10.20.. maknanya kitorang beratur sejam lebih, itu belum dapat no lagi. Baru dapat masuk kaki dalam premis tu.. dari pintu masuk ke kaunter no tu dekat 45 minit gak. I dapat no kul 11.02.. bayangkan...Tengok je no tu, ada lebih 100 orang before us. 

So menunggu la kitorang sampai lemau kat situ. Kul 1.20 dia pangge i serah form, then menunggu semula untuk buat bayaran. 1.45 dipanggil untuk buat bayaran then 2.50 baru dapat passport. So, bayangkan macam nak giler dok nunggu dari pagi sampai ke petang. Itu sib baik pegi dengan member, kalu gi sorang2 entah2 sasau agaknya dok menunggu. 

Menurut seorang kenalan (sempat le buat kawan) kebiasaannya x ramai tp sebab towards the end of cuti sekolah (X'mas and new year are coming) so ramai yang nak gi holiday kat oversea. Ye tak ye jugak... 

Sepanjang menunggu tu, ada few observations/tips yang saya rasa berguna untuk dikongsikan:-

  1. 1. sediakan gambar siap - saya amik kt FotoZoom, gambar besar menepati citarasa imigresen. Gambar yang my fren amik kat kedai m.cik tu OK, tapi kecik so pihak Imigresen akan 'tarik/adjust' skit gambar tu so muka jadi kembang
  2.  Jangan sesekali 'terperangkap' ngan m.cik tonto tu. Sepanjang dok beratur tu, memang nampak karenah dia yang very aggressive push orang suh amik gambar kt kedai dia. She's very annoying
  3. Don't worry, berdekatan ngan jab imigresen tu banyak kedai gambar lain. Diorg rilek je, xdelah macam m.cik tu sampai kejar orang kt parking. Bila orang xnak amik gambar ngan dia, dia maki plak. I even saw a letter addressed to the Ketua Pejabat Imigresen tu complaint about the annoying agent. The description given totally suits the m.cik
  4. Kaunter khas untuk amik no ada disediakan untuk warga emas (55 tahun ke atas), kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga OKU. So, kalau ada family members berkenaan, uols terus masuk ke dalam amik no. But still need to go thru the same process as normal people
  5. Dicadangkan agar bayaran dibuat terus ketika submit form. Dapat shorten the process becoz it takes time between serah form and buat bayaran
  6. Ada shift among staff - kaunter beroperasi setiap masa, bukan ada kaunter tutup bila staff rehat dsbnya. 
  7. Staf efficiency should be increased not only bila dah petang baru pangge no laju2. Sebelum rehat cam kura-kura no naik. Lepas rehat tu laju la plak.. boleh je kan..
  8. jangan le gatal-gatal nak buat passport time2 cuti sek esp hujung tahun ye.. unless u'll ended cam kitorg ler, 6 jam dok kat situ
  9. Sabtu & Ahad certain Imi offices buka yer sp kul 1.. cer visit websiti www.imi.gov.my 
Sekadar berkongsi...

Sunday, 4 December 2011

Pekan Sehari @ Temerloh

MOH and I have reached to a consensus that when ever we go to new places, we will make the most of the journey. Sambil menyelam minum air gitu. Seperti biasa, saya akan buat sedikit research tentang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. While searching for info for Temerloh in the Majlis Daerah website, I found that one of the interesting places to visit in Temerloh is Pekan Sehari at Sungai Temerloh. Wow! It must be something very interesting otherwise it shouldn't be in the tourism pamphlet right?

Jom Temerloh kite!

Pagi-pagi (xkan nak tunggu t/hari kan nak gi pasar) after breakfast @ BBR's Restaurant kami dapatkan sedikit direction dari resep kat situ. She was very informative but unfortunately her info led us to a wrong place! Hahaha...

By the way, Pasar Sehari ni hanya beroperasi pada hari Ahad, di tepi Sungai Temerloh. Kalau uols nak ke sana, senang je. Pasar ni terletak di pekan lama Temerloh, near to Perhentian Bas Lama. Senang je nak cari, sebab pekan sehari nie terletak di belakang Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kalau dari Mentakab/KL, sampai trafik light berdekatan Hotel Jelai (sebelah kanan), turn left. Terus and you'll pass Balai Polis, TM Point and terus until you nampak Restoran Pemuda MCA. Turn left and you'll see a Petronas station. The pekan sehari is there. 

 Nampak sate tu? Marvelous u!

Memang happening sangat kat sini. Tips: jalan sebelah kiri dulu, you'll find very interesting barang-barang include the signature ikan patin (fresh), udang galah (fresh from sungai), ulam-ulaman kampung, ikan pekasam, ayam/arnab hidup, brg kraftangan - tikar mengkuang, keris, parang etc termasuk jua kerepek, pakaian and even selimut MAS pun ada. Manalah p.cik tu rembat banyak2 selimut flight tu... 

 Ikan pekasam, ikan kunyit, ikan fresh

 Ulam-ulaman

 Ikan laeh/laes (x berapa pasti sebab dialek penjual ikan ni saya x berapa faham)

 Udang galah RM65/kg

Ayam / Arnab for sale




Ubi gantung

Ikan salai - boleh masak lemak campur pucuk ubi


When i told abang we're going to Mentakab, he said Mentangkap apa? Means nak tangkap apa Umi? Alahai, nak buat camne vocab dia baru takat tu, so layan je lah.. I cakap ngan dia, Mentangkap ikan patin. And guess what? He's so excited. Memang pun, kat pasar tu dia asyik lari ke sana sini, kejap2 tengok ikan patin, kejap2 tengok ayam 'tok dalang'. It was a great exposure for him. 

So, inilah hasil 'tangkapan' saya:-

2 ekor udang galah
Ayam kampung salai - harga ikut size

Dah penat round, kitorang singgah makan kat gerai tepi sungai (gambar kat atas tu). Ada special menu kat sini, sate & nasi impit RM3/sepinggan. The interesting part about this sate is the kuah, bukan kuah kacang tapi kuah warna kuning. Saya x pasti apa ingredientnya. Nak kata kuah rendang bukan, tapi memang sedap. 

Sate with kuah X...:)

Sebenarnya, banyak tempat menarik kat M'sia nie... Take your time off from your busy schedule and pergilah melancong, semuanya ada di Malaysia!  You'll find it is worth traveling though you spent only 1/2 day at the Pekan Sehari - you'll meet with the locals, understand their culture and it'll keep our feet on the ground, insha Allah. The most important things, it is one of the ways for us to expose our kids with the beauty of life.

Wednesday, 30 November 2011

Serawa Durian (Bidor)

Semalam seorang kawan suami bagi durian, import from Bidor. Tak tahu plak saya sekarang nie musim durian, ingatkan yang banyak dijual di tepi jalan tu durian Siam. Since the durian was not fresh (fresh bagi saya baru jatuh kedebuk dari pokok, terus bukak dan makan), so I decided to make serawa @ kuah durian. Ini first time ye saya buat kuah durian nie. Ini pun sebab dah kawen. Kalau bujang lagi confirm saya paksa my BFF masakkan.. kan Yang kan? (you know who you are). 

Serawa durian & roti

Bahan-bahan:-
Beberapa ulas durian
2 cawan gula merah (agak-agak je)
Air (agak-agak je)
Secubit garam
Daun pandan - simpulkan ye
1 tin susu cair (santan pun bole)

Modus Operandi:-
1. Masak gula merah atas api sederhana (dah masak tapis dulu ye, takut berpasir)
2. Tuang ke dalam periuk yang telah diisi durian, daun pandan dan susu cair
3. Letak periuk atas api sederhana dan kacau selalu
4. Biar mendidih, masukkan garam. Tutup api. 
5. Tada siap!
*Sekiranya anda inginkan kuah yang banyak, maka tambahkan 1-2 cawan air. 

Thanks MakSu Ida for the durian, siap ngan roti lagi.
Selamat mencuba!