Thursday, 25 December 2025

Recap Week 51, 2025

Week 50 ✅
Week 51: 16/12-23/12/2025

RABU Alhamdulillah Adik dilantik semula sebagai Pengawas Sekolah. Sekolah depa setiap tahun kena reapply dan re-interview untuk jadi pengawas semula. 

KHAMIS 18/12 Sesi terakhir bacaan Yasin Gexxin anjuran KSIB F5. Kali ni Ustaz Abu Z, Pengerusi KSIB F5 sendiri yang lead bacaan. 

JUMAAT Bersendirian menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Hari ni jemput Angah balik dan ada sesi serahan result UASA. Kena kerja keras lagi Angah ni.

SABTU Tengok penutup Sukan SEA Thailand 2025. Next two years, Malaysia pula jadi tuan rumah. Seingat Ummi, last Malaysia jadi host Sukan SEA masa tu KJ jadi Menteri KBS. 10 tahun dah ye... 

AHAD Sedih pulak 🥹

ISNIN Mengemas kotak² simpanan, terjumpa lukisan Abang masa Darjah 6. Macam tak percaya anak sulong Ummi dah habis sekolah.

SELASA Menguruskan Kakak dan Abang yang keduanya dah habis sekolah


Wednesday, 24 December 2025

Kakak - UKK JAIS


Selesai temuduga MITS, disusuli pula dengan Ujian Kelayakan Khas (UKK). UKK ni ujian bertulis (berkomputer) untuk pelajar² yang memohon MITS, SAMBEST atau SAM Muhammadiah. 

Tarikh ujian Kakak 16/12 sesi 8.00 - 9.00 pg. Tarikh dan masa ujian ni kita pilih sendiri, berdasarkan slot yang available. Soalannya merangkumi pelbagai subjek macam PKSK. Soalan Math susah sikit kata Kakak. 

Zaman Angah dulu ambil UKK dulu. Kalau lulus  baru temuduga. Yang Kakak ni temuduga dulu baru UKK. Mungkin kesuntukan masa agaknya. Alhamdulillah apapun selesai sudah semua ujian yang Kakak perlu hadapi untuk ke sekolah² pilihan. 

Jika ditanya kenapa mohon banyak sekolah, jawapannya 👇🏻

1. Aliran yang Kakak minat ie tahfiz perlu melalui prosedur permohonan yang ditetapkan, bukan auto dapat tawaran
2. Saingan yang sengit kerana pelajar² cemerlang di Selangor & KL sangat ramai, kena usaha untuk dapatkan penempatan dgn mohon sekolah² JAIS dan MAIWP juga selain sekolah² KPM atau MRSM. 
3. Single entry application untuk ke SBP/SMKA/ MRSM. Pelajar hanya akan dapat 1 tawaran sahaja sama ada SBP/SMKA atau MRSM. 

Jadinya kita usahakan mana yang boleh. Angah dulu lagi banyak ujian sebab masa tu ujian kemasukan MRSM berasingan dari PKSK. 

Yang terbaik untuk semua In Sha Allah. 

Tuesday, 23 December 2025

Wedding Uncle Akmal @ Blue Dome Sapura Hall Mines


Alhamdulillah telah selamat bergelar suami isteri Uncle Akmal dan pasangannya pada Sabtu 20.12.2025 tempohari. Majlis diadakan di Blue Dome Sapura Hall Mines (dulu HQ Sapura Energy). 

The Blue Dome. 

Kami gerak lepas Zohor. Tapi sempat juga jumpa geng ofis lama Walid antaranya Aunty Atiqah & keluarga, Aunty Aizol, Uncle Raza & wife, Uncle Joe Pet dan Uncle Faizal sekeluarga. Ada yang dah nak balik, ada yang baru sampai macam kami. 

Dewan yang luas, selesa dan cantik. 

Nasi minyak lauk daging, air asam kerisek dan pajeri nenas. 

Laksa pun ada

Candid photo of the mempelai ❤️

Sebelum balik sempatlah kami berfoto di photo booth yang disediakan. 

Tema hijau pilihan kami that day 💚

Buah tangan dari tuan rumah. 

Ada beras rupanya dalam kotak berbentuk ala² tas tangan tu. Alhamdulillah. 

Once again, congrats Mal & wife! Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa dan bersatu semula di syurga 🤲🏻 
Barakallah. 


Signed Off

23.12.2025 tarikh keramat buat Abang dan Kakak. 

Kakak berakhirnya fasa sekolah rendah. 
Hari ni ke sekolah untuk ambil sijil berhenti sekolah dan fail peribadi. Comel je gambar Kakak masa Darjah 1 dulu 😁

Abang pun dah selesai paper last, Bahasa Arab SPM hari ni. Bermakna berakhirnya juga perjuangan di sekolah menengah. 

Semoga kenangan indah akan kekal dalam ingatan dan kejayaan cemerlang yang dilakar akan terus mekar di masa² akan datang. 

Mini Bond Mania

Macam² program yang dibuat oleh pihak sekolah/asrama untuk mengisi masa pelajar selepas UASA hari tu. Mini Bond Mania ni dianjurkan oleh Pengurusan Asrama, Badan Pengawas & BADAR F3. 

Angah tak masuk mana² acara, sekadar jadi penonton. 

Khusyuk tengok persembahan kawan² :) 

Ini pun ada muka Angah cuma Ummi pun tak pasti program apa dia joined. Asal ada muka anak, kita tepek je la dekat blog :) 




Monday, 22 December 2025

Segmen Refresh Bloglist 2026


Tengok ramai kawan² dah joined Segmen Refresh Bloglist 2026 yang dianjurkan oleh blogger Nieza ni. Ummi pun ambillah kesempatan untuk join sekali. Sambil² tu boleh juga Ummi menambah kenalan, sebab belum berkenalan lagi dengan blogger Nieza ni. 

Syarat² penyertaan pun mudah sangat 👇🏻
1. Buat 1 entry tentang segmen ni..✅
2. Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...✅
3. Letak link post korang dekat komen entry ni...✅

Segmen ni akan berakhir pada 26/12/2025. 
Jom! 

Kari Telur Ikan Mayong

Alhamdulillah rezeki pagi Ahad minggu lepas, dapat beli telur ikan mayong. Lama sungguh tak jumpa telur ikan mayong ni di pasar SG ni. Rezeki orang lain barangkali. 

Cantikkan? 
Telur baru dikeluarkan dari perut ikan.
Elok Mas letak atas penimbang, datang seorang pelanggan tanyakan telur ikan mayong. 
Ummi awal sikit je :) 
Sebelah kiri tu telur ikan tenggiri, ambil la sekali. Harga semua ni dalam RM24.00. 

Sementara pekerja Mas nak siang ikan dan potong ayam Ummi pergi beli sayur. Nampak Bawang Siam Cantik. Cantik tu tak tahulah namanya Bawang Siam Cantik atau nak menggambarkan kondisi bawang² yang elok ni. Tak beli pun, pilih bawang merah biasa je sebab Bawang Siam Cantik ni harganya berganda dari harga bawang merah biasa. 

Balik rumah terus menggulai la :)
Cara nak masak telur ikan mayong ni, tunggu kuah mendidih dulu baru masukkan telur ikan. Kemudian sambil² masak tu, siram²kan kuah atas telur supaya telur masak elok. Ada juga yang rebus dulu telur ikan ni. Terpulang ye. 

Berselera buah hati Ummi makan ☺️

Alhamdulillah, pada perkara yang nampak kecil begini pun hati dah sangat bahagia. Dapat beli dan masak telur ikan je tapi hati berbunga². Bahagia itu letaknya bukan pada sesuatu yang mewah dan besar tapi pada hati yang bersyukur. Kan? 


Sunday, 21 December 2025

Kakak ~ Anugerah Tokoh

Alhamdulillah penutup sekolah rendah yang manis buat Kakak apabila Kakak bukan saja terima hadiah untuk HAKEM & KOHEM, tapi Kakak juga terima Anugerah Tokoh HEM (P) dan Tokoh Bitara (P) tahun 2025.
 هذا من فضل ربي 🤲🏻

Ummi dihubungi oleh Cg Aimi N seminggu sebelum majlis. CAN minta biodata Kakak. Katanya untuk anugerah Tokoh HEM. Tapi Ummi diminta rahsiakan dari Kakak. Susah juga ye, sebab Kakak share phone dengan Ummi 😅
Beberapa hari kemudian, Cg Tikah pula minta biodata Kakak, untuk anugerah khas katanya.. Segan nak tanya anugerah apa atau sama ke dengan yg CAN minta, Ummi fw je info yang diminta. 

Anugerah Tokoh HEM (P)

Dapat sijil penghargaan, plague, makanan dan paling menarik dapat luggage bag. Sesuai sangatlah untuk Kakak bawa ke asrama, jika ada rezeki, diizinkan-Nya 🤲🏻

Untuk anugerah kedua, Anugerah Bitara pula Ummi suspense juga sebenarnya. Sebab CT tak bagitahu apa  anugerah untuk Kakak. Bila emcee baca biodata Kakak tu, barulah tahu Kakak terpilih sebagai Tokoh Bitara alhamdulillah. 

Macam menang ABP haha...
Yang baju purple tu Tokoh Kurikulum. 
Sampai habis D6 Kakak tak dapat pintas Amni Shi untuk kedudukan pertama dalam kelas. Memang bijak orangnya.
Yang baju kuning Zu, Tokoh Nilam & Tokoh Kokurikulum. Zu ni pun aktif dan banyak pencapaian di dalam dan luar sekolah. 

Kenangan terindah untuk Kakak dan hadiah manis untuk Ummi Walid. 

Untuk Tokoh Bitara, Kakak dapat beg sekolah dan telekung (dalam box) selain sijil penghargaan dan plague

Jimat duit tak payah beli luggage bag dan school bag dah :) 

Tahniah Kakak ❤️

Tahniah juga untuk kawan² seperjuangan Kakak yang dapat anugerah khas hari tu; 

Tokoh Nilam: Zu
Tokoh Imam Junior L/P: Al Fateh/Auni 
Tokoh Kurikulum L/P: Amni Shi / Faris 
Tokoh Kokurikulum L/P: Umar / Zu 
Tokoh HEM L/P: Alan/Balqis 
Tokoh Bitara L/P: Alan/Balqis 

Semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi kalian. Sayang semua! 





Angah ~ Karnival Masjid

First day cuti sekolah, Angah ke masjid berhampiran sekolah dia untuk bertugas sebagai sukarelawan karnival masjid tersebut.

 Angah dan beberapa orang kawannya yang dah sampai. Mulanya ada yang plan nak tidur di masjid malam tadi, tapi tak jadi. 

Angah kata dia bertugas jaga sukaneka. Antara acaranya Teka Warna Bola, Sepak Penalti dll... 

Meriah juga sambutannya kata Angah. 

Menjelang tengahari dah selesai. 
Alhamdulillah dapatlah pengalaman baru bertugas sebagai sukarelawan karnival masjid. 

Saturday, 20 December 2025

Makan Kenduri @ Kg Sg Buaya, Rawang


Teruja sungguh bila dapat jemputan istimewa dari Cg Azmiza ke majlis perkahwinan anak perempuannya di Kg Sg Buaya, Rawang. Satu, sebab nak meraikan jemputan CA, satu lagi sebab tempat yang jarang sampai. Termasuk yang ini, baru 2x kami ke KSB ni. Kali pertama dulu, datang makan kenduri juga.

Ikut PLUS Highway, keluar Exit Sg Buaya. 
Lebih kurang sejam perjalanan dari SG ke rumah CA ni. 

Lama tak datang area sini. 
Dulu selalu pergi Serendah, tengok²kan rumah Pak Long masa depa sekeluarga ke Manchester. Itu pun ikut jalan dalam, lalu pekan Rawang semua tu. 

Majlis di kediaman Cikgu. 

Hampir pukul 3 baru sampai. Tapi, masih meriah... Ada 2 tempat khemah; satu seberang jalan Sana, satu lagi di halaman rumah CA. 

Lapaq 😅
Urap pucuk ubi + jantung pisang + tauge tu sedapnya. Rasa nak ratah² je... 
Lauk kampung semua sedap² la kan... 

Yang kuning ni jering masak lemak. Ni pertama kali Ummi makan jering. Ambik sikit buat raso². Sedap juga ye. Takde rasa atau bau yang kuat. 

Ada juga sayur keladi (asam rebus).
Rasanya masak pakat (rewang) ni sebab lauk-pauknya citarasa kampung dan walaupun kami sampai dah lambat, tapi tray masih penuh. Kalau catering biasanya hujung², apa yang ada je la kan. 

Pantang la kalau jumpa kek marble, mesti ambik juga seketul dua. 

Laksa pun sedap... Adik habiskan semangkuk sorang dia je :)

Dessert; bubur pulut hitam dan dadih. 

Semuanya sedap² Cikgu 👍🏻

Pasangan raja sehari 

Adat merewang, ada lucky draw untuk ahli rewang. Dekat kampung Ummi pun macam ni juga. Hadiah simple² je tapi seronok bila dapat hadiah tu... 

Door gift...
Dalamnya ada tisu dan jajan 👇🏻

Alhamdulilah, terima kasih banyak Cikgu jemput kami. Tahniah dapat menantu sulong. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹