Monday, 23 December 2024

Kursus Amali Sembelihan & Kem Madani


Sekarang banyak aktiviti amali yang sekolah Abang buat. Lepas UASA kan... Hari tu dengar Abang bagitau ada Amali Haji. Selasa sebelum cuti sekolah ada Amali Sembelihan pulak. Bagi Ummi bagus buat aktiviti begini, tidaklah belajar teori saja kan.. 

Sembelih ayam. 
Abang sembelih 2 ekor katanya.
Ada juga 3 ekor ayam terpaksa dibuang sebab sembelihan tak sah. Elok juga dapatlah depa belajar dan tengok sah tak sah cara depa sembelih tu. 

Cabut bulu ayam. 
Teringat dulu² merewang kenduri, ayam² memang sembelih sendiri. Kemudian ramai² cabut bulu ayam. Sebelum tu masak air dulu hingga mendidih, celur ayam bagi lembut dulu then baru cabut bulunya. Bila nak siang pula bawa ke charok/tali air utk dicuci. 

Baguslah ada pengalaman begini. Nak harapkan rewang kenduri mungkin jarang nak ada dah orang merewang sekarang. Kebanyakannya guna catering service sekarang ni. 

Sepatutnya masa darjah 6 ada juga praktikal sembelihan tapi utk batch Abang dulu dibatalkan sebab masa tu Covid. Rasanya ni la kot kali pertama Abang sembelih ayam. 

Ayam² yang dah disembelih dan dicuci tu depa masak sup dan goreng. Kemudian makan bersama guru². 

Rabu & Khamis pula katanya ada Kem Madani. Eloklah tu Abang, dari melangut je lepas exam :D 
Tapi tak sempat melangut pun, ada guru² dah mula ajar subjek F5. 

Kem ni ada aktiviti masak memasak, riadah dan social experiment. Guru² halaqah bawa keluar ke kejiranan berdekatan, depa kena interview para peniaga tak silap. Banyak kena reject tapi team Abang berjaya juga iv seorang peniaga goreng pisang. At the end, halaqah Abang & Ust Saffone (team up) menang 👏🏻



Sunday, 22 December 2024

Breakfast @MaiiShellOud, Sri Gombak

Lama dah tak ke MaiiShellOud ni... Tahun 2023 kami berenam sarapan di sini, masa nak ke Bachok ikut rombongan meminang Abg Aqim. 

Bulan 10 hari tu, kami ke sini. Banyak juga yang dah berubah antaranya ada menu baru seperti lempeng dan roti canai. 

Roti Sarang Burung 
Dalam menu ada Roti Canai Sarang Kepala Lutut, tak tau la macamana rupanya tu 🤭

Roti Telur
Roti² ni sedap 👍🏻
Roti canai Melayu, lembut dan gebu². 

Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Daging Goreng pilihan Kakak. 

Nasi Lemak Pandan pilihan Adik. 

Mee Celup. 
Sedap 👍🏻

Ummi order juga lempeng. Cuma kuah tu tak kena dgn selera Ummi. Tak pasti kuah apa. Kalau ada sambal tumis pun sedap dah... 

Untuk sarapan, bermula jam 6.00 pg - 11.00 pg. Then depa tutup sekejap, buka semula pukul 3.00, utk menu goreng². Shell out tak pasti masih ada atau tidak. Masa awal² buka dulu, memang meriah kedai ni bila malam. Sampai ke luar kedai ada meja kerusi utk pelanggan ber-shell out. Rasanya masih ada sebab nama kedai tak bertukar pun. 

Total makan ni dlm RM63. 


Hari Kanak² SRAI 2024


Back to back program sebelum cuti sekolah bulan 12 ni. Mula dengan Minggu Panitia Sains, yang ada petting zoo dekat school, bersambung pula dengan Sambutan Hari Kanak² pada Jumaat. Sambutan Hari Kanak² ni acara wajib kot di sekolah sekarang ni. Setiap tahun ada. Malah sekolah Abang Angah yang dah menengah tu pun ada. 


Hari Kanak² 2023 tema tradisional

Dah takde idea dan malas dah Ummi ni nak gayakan anak² haha... Mujurlah depa pun tak cerewet, pakai nak jadi cikgu je. Senang, pakai baju kurung sudah. Kakak mula tu nak ajak cari blazer, nak jadi lawyer dgn geng² dia. Ummi suruh dia pinjam dgn Mel. Tak jadi pulak, katanya pakat nak jadi cikgu belaka. Lega Ummi haha... 

Cg Farey & Tr Nana tu femes dekat TT kan :D 
Ada jamuan juga, konsep potluck. Ummi order creampuff Acik Solehah sorang sebekas. 

Ini kelas Kakak. 
Setiap kelas kena bawa max 2 biji kek. Cikgu² kelas Kakak yg bawa, murid² bawa makanan lain. 

Barisan bakal kakitangan kerajaan, swasta, guru², arkitek, pemain bola professional, pelukis, peguam... Zu, yang baru balik umrah nak jadi mutawwif. Allah, sejuk perut ibunya ☺️

Makanan Kakak bawa balik...
Cikgu awal² dah pesan suruh bawa bekas utk tapau makanan. 

Sejadah super cantik pemberian Zuq utk kawan² sekelas. Semoga luas rezeki selalu hendaknya buat Z sekeluarga 🤲🏻

Kelas Adik ramai yang bergaya. Murid² tahap 1 excited sikitlah kan. Setiap kelas cikgu pilih 2 pemenang. 

Adik pun bawa balik aneka makanan. 

Alhamdulillah terima kasih ibu ayah kelas Kakak dan Adik yang berkongsi rezeki. Katanya jamuan ni sekali terus dengan jamuan akhir sesi sekolah bulan 1 nanti. 





Saturday, 21 December 2024

Simple Shellout @ Home

Bila tengok VTT Mai Sarah, nampak senang je beliau 'masak shellout'. Abang dan Angah balik cuti sekolah dan kebetulan ada udang dan sotong dalam freezer, terus on la. 

- Mula² panaskan air dalam periuk/kuali. 
- Bila mendidih masukkan sotong/udang/seafood, biar seketika hingga bertukar warna/separuh masak. Angkat dan toskan. 
- Masukkan pula brokoli dan carrot, rebus hingga layu/lembut. Angkat dan toskan. Tutup api. 
- Dalam periuk/kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus hingga naik bau. 
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. 
- Masukkan pula 2-3 sudu makan pes kari ikan/ayam dan sedikit air jika perlu. Tumis hingga pecah minyak. 
- Pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk. Gaul sebati. 
- Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya. 
- Masukkan seafood dan sayuran yang telah direbus tadi. Gaul sebati semuanya. Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap! 


Makan bersama Chicken Buttermilk dan nasi putih. Rancangan asal nak buat nasi goreng tapi nasi putih lebih rendah kalori kan? 
Alasan malas nak goreng nasi 😆

Selamat mencuba 🤗

London

From London with love :p 

Kelmarin kot Uncle AL ajak Walid lunch di kedai dekat² area ofis lama depa. UAL turun KL lagi, meeting. Last 2 weeks kot beliau ke London, meeting. Meeting sesaje ya UAL ni. 

T-shirt London ni souvenir untuk Walid la. Tak pernah la pergi overseas tak belikan t-shirt utk Walid. Pergi Bangladesh beberapa bulan lepas pun, ada juga t-shirt dari Dhaka utk Walid. Dulu, pergi Australia pun bawa balik t-shirt juga untuk Walid. 

Semoga kekal persahabatan hendaknya. Bukan sebab t-shirt tapi sebab susah nak dapat sahabat yang baik macam UAL ni. Every time ada di KL mesti akan jumpa Walid, very close la depa dua ni walaupun masing² dah lebih belasan tahun rasanya tinggalkan tempat kerja lama depa tu. 

Friday, 20 December 2024

Breakfast @ Tuu Dok Ko 1488

Hari ni breakfast dengan Walid di Restoran Tuu Dok Ko 1488. 

Kue Tiau Goreng ni sedap. Goreng panas² bila kita order. Jarang kedai buka order goreng² pagi² kan ... Dengan telur mata tu, RM8.00. Kue tiau jenis kecik² ni Ummi suka. 

Walid cuti hari ni sebab nak ambil anak² di asrama. Berbagi tugas sebab takut jalan sesak almaklumlah Sri Gombak ni 'kawasan panas' tatkala cuti sekolah dan cuti perayaan. Warga Pantai Timur nak balik kampung, sama ada melalui Tol Gombak atau jalan lama (ikut Bentong), kami turut terkena tempiasnya :D Ummi ambil Adik Kakak pun keluar 45 minit awal, takut traffic jam. Jalan Gombak tu tengah rancak dgn construction ECRL ye... 

Ni dekat area Batu 7. 
Jalan biasa lurus, dilencongkan sikit. Hati² yang nak lalu sini. 

Kan dah kata? 

Semoga semuanya selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 
Selamat bercuti! 



Thursday, 19 December 2024

Petting Zoo @ SRAI

Sempena minggu Panitia Sains, sekolah adakan beberapa pertandingan. Adik Kakak tak masuk apa² pertandingan kali ni. Ikutkan Adik boleh je hantar projek Adiwira yang dia buat sebelum ni tapi dia tak nak. 

Selain tu, sekolah juga bawakan petting zoo ke sekolah. Setiap kelas diberikan masa untuk ke petting zoo ni. Depa set up dekat dewan sekolah. 


Adik seperti biasa mesra haiwan orangnya :D Murid² lain pun tak kurang beraninya, pakat pegang ular. Ummi nampak ular pun meremang! 

Terima kasih Cg M ambil dan share gambar Adik ni. Adalah gambar nak  buat kenangan dan blog entry :p

Ayam Kampung @ Restoran Ayam Kampung A Hassan

Semalam Walid lunch di Restoran Ayam Kampung A Hassan di Seksyen 13 Shah Alam. 

Tapau 4 ketul utk kami di rumah. 
Ummi panaskan semula dlm air fryer sebab dah sejuk ayamnya. Set suhu rendah je takut keras pulak jadinya nanti. Alhamdulillah bila dipanaskan masih lembut isi ayam ni. 

Daging goreng style Kelantan ni sedap ya amat! Adik pun pulun makan. Selalu dia bff dengan lauk ayam je :D 

Ummi tak pandailah nak goreng daging bagi lembut dan juicy macam ni. Arwah Tok dulu pandai masak lauk² daging ni. 

Since Walid dah bagitau awal nak bawa balik lauk ayam kampung tu, Ummi cuma bakar ikan talapia dan buat sambal kicap. Sayurnya kobis masak lemak. 

Kalau bgtau beli daging sekali, tak perlu Ummi bakar ikan dah. Takpelah Allah bagi rezeki lebih malam tadi, alhamdulillah syukur. 



Wednesday, 18 December 2024

Ke Stadium Sultan Ibrahim ⚽


Dari Rossco Cafe kami ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Walidlah beria² nak bawa Ummi & gegirls ke sini, sebab beliau dah pernah sampai. Ummi pula dok teringat Angah, dia yang minat sangat nak ke sini 😁 

Dah rasa dah aura tu... 

Awal² tadi macam tak excited sangat, bila depan mata goosebumps hangpa

Memang lawa stadium ni 👍🏻

Ni bangunan pejabat pengurusan/pentadbiran kata Walid. 

Majestic
Tumpang bangga dengan JDT khususnya TMJ yang berjaya membawa kejayaan besar dalam pasukan, menjadikan JDT sebuah kelab yang ternama dan disegani. 

Ada pakej utk Stadium Tour (berbayar) tapi kami tak ambil. Sekadar pusing² dekat luar stadium dan kedai merchandise store JDT je ...

Jom masuk! 

Wall of Fame 

Kemain senyum ye, dapat jersi JDT sorang selai.

Ada few cafes juga dalam stadium ni tapi rasanya tengahari baru buka. Kami sampai sebelum pukul 12. 

Antara kafe yang ada di sini. Pekerjanya tengah lap cermin. Tengok dekat pintu, pukul 12 baru depa beroperasi. 

Alhamdulillah, satu pengalaman yang manis untuk kami. Ada rezeki nak datang lagi, bawa Abang Angah sekali. 

Malam kami sampai tu, SSI ni bercahaya. Ada game JDT vs KL City. Angah, peminat KL City siap tanya "Ummi pegi tengok tak?" Haha... Mana sempat nak, sampai pun dah Maghrib. 

Tapi kalau ada rezeki, Ummi nak juga tonton game JDT di SSI 😄