Tuesday, 19 August 2014

Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran di Teratak Hazel


Alhamdulillah syukur tertunai sudah hajat kami suami isteri nak buat utk kenduri doa selamat & kesyukuran. Banyak sangat nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan kpd kami sekeluarga. W/pun tujuan utamanya utk majlis doa selamat dan kesyukuran kerana kami berdua mendapat jemputan istimewa dari-Nya, banyak sebab lain utk kami menzahirkan rasa syukur terhadap kurniaan-Nya melalui kenduri ni. Hajat nak berhenti kerja dan jadi full time housewife Allah perkenankan. Nak baby girl Dia kurniakan. B pula dgn kerjayanya yg makin berkembang, kebahagian rumah tangga, kesihatan yg baik  semuanya nikmat yg tak mampu kami dustakan.

Majlis pada sabtu lepas berjalan lancar w/pun awal pagi hujan. Bangun solat subuh saya tengok hujan dah mula turun manja2. Makin lama makin lebat. Caterer yg janji nak datang pukul 11 pun sampai dalam pukul 11.40. Dalam masa yg sama tetamu utk majlis tahlil & bacaan Yasin mula tiba. Kelam kabut juga situasinya. Dengan pihak caterer sibuk menyusun kerusi meja, tetamu pulak mencari tempat berteduh. Namun menjelang pukul 12 t/hari hujan mula berhenti dan mentari mula muncul (ewah!).

Bila hujan reda, makin ramai tetamu yang mula muncul. Ada yg datang sejauh Kuantan dan Seremban. Kenduri kami dah jadi mini re-u utk kawan2 sekolah menengah juga kawan2 semasa di U dulu. Maklumlah skrg era 'wasap'. Senang nak menjemput dan merancang pertemuan. Ada yg dah berbelas tahun x berjumpa, ada juga yg jarang hadir kemana2 acara termasuk acara ofis, hadir di kenduri kami, ada yg suka memencilkan diri dari massa tetapi tidak pernah miss jika diundang ke rumah kami. Macam2 ragam. Yang pasti semuanya manis2 belaka. Kesudian YDP Yadim & isteri (Abg Wadi & K.Wani) hadir walau sekejap cuma meninggalkan kesan pada hati. Ukhuwah yg terjalin selama ini harapnya bertambah utuh.

Makanan yg disediakan juga mencukupi. Jika berbaki pun sebab saya simpan utk kaum keluarga yg nak hadir sebelah malam. Kerepek dan kek serta roti jala semuanya licin. Pulut kuning dan rendang paling awal habis. Sayangnya homemade dadih yang saya sediakan sehari sebelum kenduri lupa nak dikeluarkan. Jadi rezeki mereka yg datang hari2 selepasnya.

Secara keseluruhan kami amat berpuashati dgn kenduri ni. Dari A-Z kami berdua yg uruskan. Ini kali kedua kenduri besar yg kami adakan sendiri, dgn skala yg lebih besar. Kami tak berpeluang mengadakan kenduri aqiqah utk anak2 disini (semuanya diadakan di kampung) jadi kesempatan yg ada ni kami gunakan utk menjemput seramai mungkin sahabat handai rakan dan taulan. Ramai yg bergurau "dah macam kenduri kawin"... jemputan kami hampir 500 org termasuk kanak2 dan yg hadir juga melebihi 300 orang! Sangat2 puashati & syukur. Tetamu terakhir kami, Shahrul & Ani tiba jam 10.30 mlm dan beransur pulang sejam kemudian. Terima kasih kpd semua yg hadir. Jazakallahu khairal jazak.



Moga ada kesempatan lagi utk kami mengadakan majlis sebegini. Insha Allah.

Wednesday, 13 August 2014

Selamat Pengantin Baru: Nabilah & Yatie


Berakhir sudah hujung2 minggu yg hectic bagi keluarga kami, sebelah suami. We have had a back-to-back weddings for B's cousins, Nabilah & Yatie. Meaning that we've attended two nikah ceremonies and two wedding receptions within a week. Mujur saya tempah baju banyak pasang raya ni :)

Majlis akad nikah Nabilah diadakan pada 2/8 diikuti kenduri keesokkan harinya. Kami sekeluarga bermalam di Homestay Merpati. Nampak ada sikit perubahan pada homestay ni. Baguih...baguih. 

Khabarnya carpet tu kepunyaan arwah Tok.
Dibeli dengan menyimpan duit bberdikit-dikit

Minggu berikutnya, kami menerima kunjungan mertua dan ipar duai. Yatie, anak Paktam pula bernikah pada 8/8. Berbondong-bondong pula kaum keluarga jauh dan dekat ke Sg Buloh. W/pun jemputan hanya dikalangan keluarga dan sahabat terdekat, majlisnya sangat meriah.

Esoknya kami sekeluarga bertolak ke shah alam. Majlis resepsi akan diadakan pada malamnya di Hotel De Palma S.Alam. Kami memilih utk check in disini. Boleh berehat dan bersantai bersama2. Ini kira family day kami utk tahun ni. Sempat juga potong kek bg yg celebrate birthday bulan 6 & 8. Anak2 pula bergumbira ria dalam swimming pool.

The reception night was awesome. First time family wedding buat di hotel so every one was super excited. Since mokcik stay at the hotel, memang rilek abis. B call suruh turun baru turun ke ballroom. Saya pilih duduk di luar ballroom (foyer) since we have kids yg terlebih makan gula agaknya malam tu :) hyper semuanya!

Kiut je pengantin cilik tu


Gambar mmg tak banyak saya snap. Maklumlah sibuk mengilik cik Balqis. Gambar kenangan dgn Nabilah pun saya dgn Balqis takde sbb kami balik ke homestay. Cuaca panas sangat bb x selesa.

Alhamdulillah everything was settled for family Pakteh & Paktam. Mujur juga resepsi sebelah suami Nabilah ditunda, kalau tak terpaksa berkejar ke Raub pula keesokkan harinya, 10/8. Selamat pengantin baru to both couples, Nabilah & Fazir and Yatie & Adam. May you have a blessed and beautiful marriage.

Guest what? This week is our turn! What event? Tunggu.........




Tuesday, 5 August 2014

Eid 2014: Ziarah Raya Kami

Sedari awal kami suami isteri memasang niat utk sebanyak mungkin menziarahi saudara mara jauh & dekat. Selain menghubungkan silaturrahim dapat juga memperkenalkan ahli keluarga yg baru, cik Balqis yg baru pertama kali beraya. Kami juga berjaya menjejak kasih ibu saudara saya yg lebih sedekad tidak bertemu, selepas kematian pakcik. Begitu juga dgn rakan karib saya sewaktu sekolah rendah, janji bertemu di kampung, tapi pertemuan kami hanya berlaku di Ipoh, di kediamannya sekarang. Berkat niat yg baik, Allah izinkan kami bertandang ke lebih 20 buah rumah sepanjang seminggu beraya di kampung.  

Senarai ziarah eid 2014 kami, utk rekod peribadi;
1. Abg Asri
2. Abg Shukri
3. Pakcik Dak
4. Ngah Mah
5. Mak Kodiang
6. Long Im
7. Midah
8. Makcik Mah
9. Abg Mi
10. Makcik Hafsah
11. Abg Hi
12. Kak
13. Pakchu Ei
14. Maklang
15. Paklang
16. Imam Razak
17. Pak long Ramli
18. Makngah Pah
19. Shidah
20. Kak Kiah (kenduri aqiqah)
21. Kak Di
22. Pak Teh (kenduri)
23. Aziah
24. Shahril

Alhamdulillah semuanya manis2 belaka. 

Pink pilihan kami, maroon pilihan K.Long :)