Thursday, 10 April 2014

Hatinya lebih suci...


Isnin lepas Hubby mengambil cuti utk menyelesaikan beberapa urusan, termasuk pendaftaran sekolah Abang. Kami ke beberapa sekolah utk membuat tinjauan dan pendaftaran. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di stesen minyak Petron Taman Melati. 

Sedang kami anak beranak menunggu di dalam kereta, kami didatangi oleh seorang pokcik jual keropok. Biasa kita jumpa kat stesen minyak or parking kan... dikatakan mereke ni datang dari sekatan Thailand. Mencari rezeki dgn menjual keropok kering. 

Pokcik tu offer saya keropok tapi saya tolak dgn baik tapi dlm hati rasa bersalah sgt sbb kesian kat dia. Kalau taknak beli sedekah je lah kat dia...bisik hati kecil saya. Tapi saya tak buat pun! Pokcik tu masih berdiri ditepi kereta kami sambil mengagah-angah Angah. Mungkin dia masih berharap saya beli keropoknya. Tiba2 dia ternampak Balqis sdg tido atas car seat lalu ditegurnya..."oh ada budak kecek" (loghat mereka ala2 kelate). Then saya nampak tangannya meraba pouch dipinggangnya lalu dikeluarkan seringgit dan dihulurkan kpd saya... "sedekah kat budak kecek tu" 

Balqis bersama duit yg disedekahkan kepadanya oleh pokcik yg berhati mulia
Allahu Akbar! Dang! Time tu jugak saya rasa nak sorok muka dalam but keta. Malunya hanya Allah yg tahu. Saya dah tak mampu nak pandang muka dia...

Memang diakui saya agak memandang rendah kat pokcik tu...tapi Allah tunjukkan bahawa hatinya lebih suci... berapalah sgt yg dia dapat dari menjual secara kecil-kecilan gitukan..tapi dia sanggup bersedekah utk org lain. Saya tak pandang rm1 tu sbg kecil tapi keikhlasan dan kesanggupan bersedekah dlm situasinya yg menginsafkan saya. 


Doa saya moga Allah melindungi beliau dan keluarganya, serta melimpahkan rezeki yg berkat utk beliau sekeluarga. Amin. 

No comments:

Post a Comment