Monday, 12 January 2026

Back to School 2026

Alhamdulillah Angah dah selamat kembali ke asrama. Cantik poster atas tu kan... Ceria dan mesra :) 

Dapat loker besar. Tapi barang sikit 😁

Adik pun dah mula sekolah hari ni. 
Poster PIBG ni pun lawa 👍🏻 

Beg sekolah dan kasut sekolah je yang baru. Baju tudung semua elok lagi, plus boleh pakai baju Kakak juga. Jimat banyak alhamdulillah. 

Untuk hari pertama ni alhamdulillah semuanya lancar, takde drama takde kelam-kabut. Jalan pun tak sesak luarbiasa masa Ummi jemput balik sekolah tadi. Semoga hari² mendatang juga penuh kebaikan dan kejayaan untuk anak² kita semua 🤲🏻 

Sunday, 11 January 2026

Ole² dari وت

Khamis lepas Kakak ke sekolah (SRAI). Cg Sol ajak Kakak, Medina dan Amni Shi tolong cikgu kemas barang dan bantu persiapan untuk Orientasi Darjah 1. Dalam pertemuan tu, Medina bagi ole² dari Tawau (وت) untuk Kakak ❤️

Kakak bagi Ummi salah satu set brooch mutiara 👆🏻
Alhamdulillah tq Kakak, tq Medina... Bolehlah Ummi pakai untuk raya nanti. 

Fawwaz joined selepas orientasi F1 di sekolah menengahnya. Masing² belum move on, masih nak berjumpa dan spend time dengan geng SRAI :) 

Sebelum balik tu, Cik Tah bagi Kakak angpau. Hadiah masuk asrama...

Cik Tah ni kalau memberi, bukan sikit² ye... 
Semoga bertambah mewah, lebat dan berkat rezekinya Cik Tah ye... Paling utama, ukhuwah kita berkekalan hendaknya 🤲🏻 






Saturday, 10 January 2026

Kisah Kenangan Tudung Bulat

Ada yang panggil tudung labuh kan? 
Kami panggil tudung bulat sebab potongan tudungnya membulat. Tudung yang biasa dipakai anak² sekolah tu tudung 4 segi (berjahit) kami panggil. 

Kakak kan nak masuk SMKA, jadi kenalah pakai tudung labuh begini. Semalam pergi Butik i-Nur belikan Kakak tudung ni untuk pakai waktu prep. Pelajar digalakkan pakai tudung labuh berwarna waktu prep, tidak terhad kepada tudung hitam sahaja. Zaman Ummi dulu waktu prep kami hanya dibenarkan pakai tudung hitam atau putih saja. Harganya tu buat Ummi pusing-pusing, pening-pening 🫣

Ummi ingat lagi dulu buat sendiri je tudung bulat ni. Ummi belajar dengan Makngah Fizah cara buat tudung ni. MF sekolah di Pondok Lanai masa tu. Dia beli kain bidang 60", 1 ½ meter kemudian potong kain ikut ukuran tudung sedia ada (sample). Kemudian bawa ke kedai untuk  'jahit tepi'. Balik rumah jahit bahagian tengah tu dengan tangan je. Untuk jahit sembat bahagian tengah ni bagi cantik, Ummi belajar dengan Cik Atun, bff sekolah menengah Ummi. Jimat banyaklah sebab zaman tu tak banyak orang jual tudung labuh begini. Kalau ada pun di Pekan Rabu, Alor Star which is jauhlah dengan kampung Ummi di Baling tu. 

Cantik jubah ni, berkenan pulak. Jadi belikan untuk Kakak buat pergi prep. Harga RM80, rasa sepadan dengan material dan detailing-nya. Cukuplah dulu 2 helai jubah dan sepasang kurung pesak buat masa ni. Pelan² kita tambah/beli lagi. 


Abang ~ Dinner Gexxin 2025


Jamuan perpisahan Gexxin diadakan pada 24/12, sehari selepas paper SPM. Risau juga sebab esoknya Xmas, takut jalan sesak dsbnya. 
Syukur semuanya berjalan lancar. 

Aturcara majlis. 

Segak bergaya semuanya. Yang tengah² tu  guru halaqah depa, AF Ustaz Rahim. 

Door gift...


Untuk jamuan ni semuanya fully sponsored by KSIB F5. Kalau mak ayah nak join barulah dikenakan bayaran. 
Tqsm team KSIB atas penganjuran majlis dan kerja keras selama ni. Barakallahu lakum. 


Friday, 9 January 2026

Kakak ~ Road to F1

Bila selesai buat pengesahan di sekolah pilihannya, barulah Ummi buat kemaskini di sekolah feeder dan penolakan tawaran di sekolah² lain. 

Selesai alhamdulillah. Semoga ada rezeki untuk team rayuan. Banyak kisah tahun ni, semoga baik² untuk semua hendaknya 🤲🏻 

Ada kawan suggest pergi Hari² untuk cari tudung labuh. Mak ai, macam shopping raya zaman sebelum Covid dulu. Sesak dan padat dalam kedai...sambar je apa, bayar dan cepat² keluar. 

Shopping buku, uniform sekolah dan kelengkapan asrama. Baju batik asrama kena jahit sendiri, dapat kain je. Harap adalah rezeki jumpa tukang jahit sebab now banyak dah tailor tak ambil tempahan dah sebab fokus jahit baju raya. Aunty Sarah tailor Ummi tengah sarat mengandung, kalau tak mudah la kan... 

Beli baju kurung pesak untuk kegunaan waktu prep. Pertama kali beli online, besar sikit. Next time order dah tahulah saiznya yang betul. 

Medical check up

Borang² pun semua dah disahkan. Abang Angah bawa ke pejabat masjid masa solat Jumaat. 

Alhamdulillah ada tailor sudi ambil tempahan baju batik asrama Kakak. Lagi best, dia cuba siapkan dalam masa 2 minggu. Terima kasih orang baik! 

Semoga takde yang tertinggal dan dipermudahkan urusan untuk pendaftaran nanti 🤲🏻


Kenduri Terakhir 2025


Sabtu 27/12/2025 ni kami dapat 3 jemputan kenduri. Dua di Kedah, termasuk kenduri di rumah sepupu Ummi, Maklang Liza di Padang Serai dan kawan Walid di Jerlun. 

Walaubagaimanapun, kami memilih untuk menghadiri kenduri aqiqah cucunda Kak Fajar, di sini. Sebabnya kami tak balik kampung tarikh tu. 

Sedap betul lauk kenduri KF ni... Ada lauk ayam masak merah, kari kambing, sambal jawa dan pecal 😋

Lama tak makan pecal... Pantang jumpa lah, terus ceduk masuk pinggan. 

Bihun Sup Tulang ! Aduh, rasa macam menu raya belah Utara sana.... Masa ceduk kuah tu Ummi dapat tulang besar tapi segan pulak nak ambik yang tu. Tengah hirup bihun ni, nampak adik meja sebelah sedap je dok makan tulang tu. Rezeki dia la tu kan :) 

Penutupnya ambil cendol semangkuk dan buah²an ...


Yang baju merah tu suami KF, En Zul. 
Rasanya sup tulang tu masak sendiri. Nampak ada periuk besar dekat belakang tu, siap dengan tong gas. 

Tersengih kekenyangan anak soleh ni. Dia sorang je nak ikut, sebab nak makan sedap² katanya. Alhamdulillah, rezeki dia dapat makan nasi kenduri dan makanan sedap² ni...  

Cenderahati dari tuan rumah... 

Dalam botol tu tisu rupanya, manakala bag tu pula rekaannya ala² beg jenama minuman terkenal tu kan... 

Terima kasih banyak KF dan keluarga atas jemputan 🌹 

Ini pula jemputan dari Uncle Faizal, ex-ofismate Walid ke kenduri kahwin adik iparnya di Shah Alam. Pun tak dapat hadir, sebab kami balik kampung hari ni. 

Terima kasih semua atas jemputan. Yang tak dapat hadir tu, hanya kiriman DOA dari jauh dapat kami hulurkan. 

Thursday, 8 January 2026

Bingka Ubi

Bik bagi lagi hasil kebun; pucuk ubi, ubi kayu dan limau kasturi. Pucuk ubi dah selamat dimasak lemak. Ubi kayu kali ni besar² saiznya, tak sedap dah nak direbus. Jadinya Ummi cubalah buat Bingka Ubi

Resepinya salin dari Che Nom

Bahan²
5 cwn ubi parut
2 sb majerin
Beberapa titik pewarna kuning
2 kotak / 400ml santan
1 1/4 cwn gula (kurangkan kalau tak suka manis) - Ummi letak 1 cawan gula perang 
1-2 sk garam

Cara Penyediaan;

1. Bersihkan ubi kayu dan potong kecil. 
Nampakkan ubi ni dah tua/matang...

2. Kisar dengan sedikit air. Tapis dan keluarkan air, kalau ada muslin cloth lagi bagus sebab kita boleh perah air sampai kering.

3. Air perahan tu simpan dulu untuk digunakan kemudian (nak guna bahagian kanjinya). 

4. Masukkan gula dan garam ke dalam bekas ubi kayu dan gaul rata semua bahan. Kemudian tambah santan. 

5. Cairkan marjerin, tambah pewarna kuning dan tuang ke dalam adunan ubi kayu. Gaul sebati. 

6. Tapis keluar air perahan ubi kayu kisar tadi dan ambil kanjinya (warna putih) sahaja dan masukkan ke dalam adunan ubi kayu. Gaul sebati. 

7. Gris loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking (pilihan). Tuang masuk adunan dalam loyang dan bakar suhu 180°C-200°C selama minimum 1 1/2 jam. Sapu permukaan dengan 1 sb majerin untuk bagi permukaan lebih berkilat.

 Ummi bakar dalam air fryer je. Adunan tu tuang dalam baking paper AF je sebab takde bekas yang muat dengan saiz basket AF tu. 

8. Inilah hasilnya. Bahagian atasnya garing dan keras sikit tapi bahagian bawahnya menjadilah juga. Rasa ada, rupa out  😆

Apapun alhamdulillah licin juga dimakan :)