Monday 10 July 2023

Mee Goreng Daging Korban

Telioq betoi tengok Kakmim masak Mee Kari Daging Korban ๐Ÿ˜‹

Kebanyakan bahan yang diperlukan dah ada, cuma nak tunggu hujung minggu ni baru nak buat cadangnya. Biar semua ada baru syok. Lagipun Jumaat ni Abang boleh PB (pulang bermalam). 

Sementara tu, Ummi hidangkan dulu Mee Goreng Daging Korban untuk tatapan semua :D Mee goreng ni juadah raya haji ke-2 hari tu lagi. Baru teringat nak post bila nampak Mee Kari Kakmim ๐Ÿ‘†

[Tidur mimpi mee la malam ni :p]

Menjadi sungguh mee goreng Ummi kali ni. Ummi memang suka mee goreng yang lembab² gini. Walid pun kemain suka sampaikan petang tu beli lagi mee kuning untuk Ummi goreng lagi. Tapi, yang 2nd time ni tak sesedap yang goreng kali pertama tu. Mungkin tak cukup bahan, sos cili habis! Lagi satu, yang first Ummi guna Jenama JCH (Jaafar Che Halimah, produk Bumiputera dari Kelantan). Ummi suka mee dia, lembut. Yang second tu guna Numee, teksturnya kenyal sikit. Mungkin sebab tu gorengan kedua mee  tu kurang lembab.  

Apapun, memasak ni macam tu la... kadang tu it's turn out soooo good walaupun main campak² je. Sometimes pula tak seperti diharapkan even though dah follow rapat resepinya. 

Selain mee goreng, raya haji ke-2 hari tu Ummi hidangkan juga nasi impit & kuah kacang. 
 
Ummi ni tak pandai² lagi nak rebus nasi impit, tak lembut macam orang lain huhu ...

Any tips? 




22 comments:

  1. nasi himpit senang je ummi kalau nak rebus. ibu selalu rebus biar terapung. style masak nasi guna sukatan jari. air ngam2 jari, mgm nasi keras atau padat ngat. lagi satu, rebus sampai air 'sat'

    ReplyDelete
  2. sedapnya mee goreng dia... nasi himpit selalu sy rebus dlm 30-40 minit kalau guna dapur biasa... sbb tu sy suka rebus mlm kalau nk guna esok harinya... kalau guna noxxa cepat je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pakai PC gak ni Kakmim, Phillips. Mungkin sukatan air x kena kot :(

      Delete
  3. SA adalah penggemar mee goreng..suka yang x basah dan x kering sangat..suka letak daging cincang yang ada lemak2 tu...dapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama. PH pun suka mee goreng tak kering tak basah sgt ni. Yg sedang2 aja :D

      Delete
  4. Saya suka mi yang basah-basah. Wah manalah saya hendak cari jenis mi JCH di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama taste rupanya kita :)
      Try Shoppee...kot la ada or try any other muslim products mcm Mee pondok ke...

      Delete
  5. Saya kurang suka guna mi kuning numee, jadi tak sedap hasilnya. Macam tak meresap rasa gitu ๐Ÿ˜„

    Nasi impit segera kan tu? saya rasa bergantung kepada jenama nasi impit yang kita beli. Pakai Adabi lembut sedap. Kecuali pernah dapat masak jadi lembik sebab ada masalah production (jenis beras).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya bukan sy sorang perasan ye pasal tekstur Numee ni...
      Ok baik, lepas ni sy cuba Adabi + tips kawan-kawan bagi ๐Ÿ‘

      Delete
  6. Sedapnya.. saya pulak terliur nih ๐Ÿคฉ
    Ha ah kan. kadang ikut resepi sebiji tapi tak berpaa menjadik pulak.. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg kadang² main campak-campak je hehe ...

      Delete
  7. Fiza suka kalau mee goreng letak daging. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama!
      Rasa dia lain, sedap dari letak ayam or udang dsbnya kan

      Delete
  8. Sedapnya alahai mee goreng kalau letak daging. Apatah lagi daging korban. Yummmms!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye puan, daging korban tu sendiri rasanya istimewa kan

      Delete
  9. saya suka guna mee JCH juga. anak dara seorang ni dok request mee goreng.. Daging kurban pun ada lagi dalam peti.. Mungkin sy patut tiru PH juga ni ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  10. Wah...so long I tak makan mee goreng! Rindu jugak. Maybe on my cheat day I can cook mee goreng daging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi PH!
      You should try and I bet u can cook better than me ๐Ÿค—
      P/S: Sorry for not dropping comments at your blog. Sometimes I just read the post & leave huhu...

      Delete
  11. sama geng.. MA pun suka mee guyeng basah. kalau goreng sendiri pun memang akan buat basah2 .. sedappp

    ReplyDelete
  12. Uiii...suka kalau rencahnya daging ni..lagi2 daging qurban kan lebih sedap

    ReplyDelete