Sunday 30 July 2023

Selamat Pengantin Baru Abg Aqim ๐Ÿ’

Alhamdulillah, tahniah Abg Aqim! Selamat bergelar suami Jumaat malam (28/7) lepas. Bunga yang disunting Februari lepas sah menjadi milik Abg Aqim. 


Gelang tangan tu pemberian arwah Tok. Tok pesan kalau nak kahwin nanti, guna gelang ni buat isi kahwin (mas kahwin). Lama juga gelang tu dalam jagaan Ummi, selepas Tok meninggal. Abg Aqim minta Ummi simpan hinggalah dia nak kahwin baru dia nak ambil. Takut hilang katanya. 
 Kira² 2 minggu lepas dia datang ambil...

Ummi doakan agar rumahtangga yang dibina beroleh mawaddah, rahmah dan sakinah serta berkekalan hendaknya ๐Ÿคฒ
Sentiasa bertolak ansur, sabar dan saling hormat menghormati sesama pasangan. 

Selamat Pengantin Baru! 

7 comments:

  1. Tahniah buat Aqim dan pasangannya.
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat Abg Aqim dan isteri. Semoga bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Aqim dan pasangan..semoga SAMAWA hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tahniah buat abg Aqim dan isteri... semoga berbahagia selamanya

    ReplyDelete
  5. Selamat Pengantin Baru. Moga berbahagia sehingga ke syurga.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Abg Akim...Selamat Pengantin Baru..

    ReplyDelete
  7. selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia hingga ke jannah, aamiin

    ReplyDelete