Saturday 30 September 2023

Sarapan di Warung Bukit Permata

Jumaat

Balik dari market, singgah sekejap beriadah di Tasik Sri Gombak tu... SRAI cuti peristiwa sempena Maulidur Rasul dan Walid pula ambil cuti. Saja nak rehat, 2 minggu lepas outstation ke JB. 

Masa briskwalk pusing tasik, terserempak dengan Dato' Subadron & Datin Salwa Abd Rahman briskwalking juga. Pengunjung lain pun ramai. 

Kemudian kami ziarah kubur Tok di Bukit Permata. Bersebelahan Taman Pinggiran Permata tu ada kedai runcit, warung dan kedai basuh kereta. Jadi, kami bersarapan di warung tu je ... nama warung tak ingat 😅 Ada satu warung tu je dekat simpang nak masuk ke Tanah Perkuburan Bukit Permata ni. Insha Allah jumpa warungnya :) 

Kemain Angah dan Kakak ambil lauk-pauk, laparlah tu lepas 'bakar lemak' :D Ada juga menu sarapan lain seperti bihun goreng, Maggi goreng, kuih-muih dsbnya. Masa nak balik Ummi tengok ada bunting "Nasi Bukuh Kelate" :D Jeling-jeling nampak bungkusan nasi berlauk atas meja. Lain kali boleh rasa kot. Tapi Walid kata tak best makan sini. Ummi ok je; roti canai sedap, sambal bilis petai Angah ambik pun sedap. Servis cepat, pekerja pun well mannered 👍

Koleksi barangan lama... pinggan bunga kangkung tu teringat pinggan² Tok dulu. Kalau kenduri kendara di kampung Ummi pun pinggan sebegini juga yang digunakan. Lauk-pauk diletak dalam mangkuk, kemudian mangkuk tu disusun atas talam besar. Bila tetamu duduk, dibawa talam lauk tersebut bersama nasi, 4 biji pinggan dan gelas. Kadang tu gelas 2 biji je, w/pun satu talam tu untuk hidangan 4 orang. Sudu pun satu je utk satu talam tu. Gilir² je guna cedok gulai, kerabu dsbnya. Zaman tu serba ringkas, tak kisah berkongsi apapun. Ummi ingat lagi, teman makan kami selalunya Tok Ya, kawan baik arwah Tok. 

Minggu ni pun Abang PB. 
Bila cukup korum, seronoklah nak memasak...










Friday 29 September 2023

Cuti Maulidur Rasul

Credit: JMNS

Cuti Maulidur Rasul kami tak ke mana pun, sekadar berliburan di Sri Gombak saja :p 

Pukul 8-10 pagi Walid ada latihan kawad untuk perarakan Maulidur Rasul, wakil surau kami. Kata Walid, jurulatih kawad tu askar pencen kot... patutlah kemain kuat suaranya bila bagi arahan, dengar sampai ke rumah kami 😆 

Usai latihan, kami keluar sekejap ke SG. Walid nak ke Al Haraman, nak beli kopiah hitam sebab kopiah yang surau provide untuk perarakan besar sikit saiznya. Singgah dulu di Hyper Pet, beli cat litter untuk Mem Besaq :) Sebelah pet shop ni ada JeeMart (Lotus' mini mart) Nampak macam ada clearance sale... 25% dan 50% diskaun untuk barangan terpilih. 

Kata cashier, semua barang dalam kedai nak let go, tak restock dah. Tak pasti sama ada kedai nak tutup atau pindah.

Ummi stock up groceries mana yang dah nak kehabisan dan memang akan digunakan, tidaklah sauk semua walaupun ada diskaun. Nanti over spent pulak... dari nak jimat terboros pulak :) 

Lepas Ummi selesai, turn Walid pula shopping... 

Beli garbage bags, cleaning items dan jajan...

Kemudian kami ke Pustaka Rakyat, Ummi nak beli buku latihan untuk Angah. PKSK Angah 16/10, hari pertama dan sesi pertama. 13/10 final paper PSRA huhu... Doakan sama ye acik² 🤗

Otw balik, nampak ada orang jual cadar patchwork. 

Reward diri sendiri kononnya tapi beli untuk bilik anak² sorang satu jugak 🤭 

Alhamdulillah kecik besar nikmat Allah bagi, itu semua rezeki yang harus disyukuri. 


Hadir di Stadium Sultan Ibrahim

Semasa perlawanan ACL (AFC Champions League) JDT vs Kawasaki Frontale minggu lepas (19/9) Walid ada di JB. Alang-alang ada di situ, rugilah kalau tak ke Stadium Sultan Ibrahim support Harimau Selatan kan? 

Kebanggaan Bangsa Johor 💪

Fasiliti dalam stadium semuanya tip-top. Ada surau yang besar, bilik air yang bersih dan semuanya dijaga dengan elok. 

Happening sangat dalam ni kata Walid. Ialah, JDT kot 😁

Seat Walid ni tak jauh dari tempat geng JDT (yang tak main) dan keluarga mereka. Nampaklah Aidil Zafuan dan Syafiq Ahmad malam tu. 

Manakala dengan Safawi Rashid dan Fergus Walid sempat bergambar. Dekat padang nampak rendah je Pawi tapi in person tinggi orangnya

Fergus memang tinggilah, international size...

Walaupun tuan rumah kalah tipis malam tu, tetaplah kenangan manis yang dibawa pulang oleh Walid :) 

Dan sekalung tahniah buat JDT yang dah sah rangkul Juara Liga untuk kali ke 10 berturut-turut. 

Walid tengah tunggu kot² JDT keluarkan baju limited edition macam Champion8 dulu. Hopefully adalah kan... Bukan senang nak cipta rekod juara 10x berturut-turut. 

Tahniah JDT! 





Thursday 28 September 2023

Rezeki Dokong


Khamis minggu lepas balik dari jemput anak³ dari sekolah, ada seplastik buah dokong disangkut pada pagar, sebelah dalam. Pemberian jiran-jiranlah ni... 

Besoknya masa keluar buang sampah, Bik bagitau dia sangkut buah tu. Alhamdulillah terima kasih. 

Malam tadi pula, lepas Isyak ada orang panggil Angah. Rupanya Adim ada sangkut buah dokong juga di pagar lepas Maghrib. Agaknya dia nampak takde orang keluar ambil, itu yang datang semula maklumkan. Alhamdulillah terima kasih. 

Yang ni Angah bawa balik dari surau, 2-3 malam lepas. Tahun ni meriah nampaknya buah dokong, rambutan, durian dan cempedak. Sana-sini nampak orang jual dengan harga yang mampu beli :) Ialah bila buah banyak (supply over demand) murahlah harganya. Rezeki juga tu kan? 


Tuesday 26 September 2023

Tumbang

Dari Jumaat hingga Ahad Angah ada Perkampungan Ilmu PSRA. Jadinya sepanjang weekend kelmarin ni takde rehatlah dia. Jumaat program sampai malam (solat hajat tu), Sabtu dari pagi hingga petang (itu yang belanja dia di Chan Rak Ter) dan Ahad hingga jam 1.30 ptg. 

Penatlahkan, weekend tak berehat. Semalam dia 'tumbang'! 

Pukul 1.30 dia dah call, pinjam telefon Cg Bazi. Ummi otw tu dia call lagi sebab lambat sangat Ummi sampai 😅

Malam tadi, Walid bawa jumpa Doc. Ummi dah boleh agak, bibir kering je tu memang kurang minum air dan tonsil bengkak. Air kurang dalam badan, mulalah badan rasa tak selesa; rasa nak demam dan tak larat. Ditambah pula dengan tekak sakit sebab tonsil bengkak tu kan... 

Dapat MC 2 hari. 

Bolehlah rehat secukupnya Angah ye. 

Monday 25 September 2023

Nasi Kerabu in da House 💙

Alhamdulillah, berjaya juga Ummi masak nasi kerabu :) 

Nasi kerabukan banyak pengiringnya; sambal lada, tumis budu, sambal nyior, keropok ikan dll. Itu yang tak berapa nak rajin tu... kena betul² teringin baru kerajinan tu datang haha... 

Selain memenuhi keinginan, sayang sebenarnya tengok bunga telang yang kerap berbunga tu tak dipetik. Jadi, jom la kita masuk dapur... 

Sebelum tu, Ummi ucapkan berbanyak terima kasih banyak kepada EMPUNYA RESEPI . Memang mudah cara yang diajarkan oleh beliau. Semoga beroleh kenaikan dunia dan akhirat buat beliau. 

1. Nasi Biru

Masukkan beras, serai, daun limau purut dan bunga telang beserta air rendaman bunga telang ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa. 

2. Sambal Nyior @ Sambal Kelapa

Bahan-Bahan:
1 biji kelapa parut
6 ekor ikan selayang
2 batang serai
7 biji bawang merah kecil
2 keping hirisan halia
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Penyediaan: 
1. Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak menggunakan api sederhana sehingga kelapa parut menjadi perang.
2. Rebus ikan selayang dengan asam keping dan garam secukup rasa. Ambil isi ikan. 
3. Goreng atau sangai ikan sehingga kering dalam kuali tanpa minyak. Ketepikan.
4. Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia dan sedikit lada hitam.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi, tumbuk lumat. Keluarkan dari lesung.
6. Tumbuk kelapa yang digoreng tadi.
7. Campurkan ikan, kelapa yang ditumbuk, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.

3. Tumis Budu


Bahan-Bahan:
2 batang serai (1 diketuk dan 1 dikisar)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
10 tangkai cili kering
2 sudu besar gula melaka 
5 sudu besar budu 
Santan
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk aji - tak letak 

Cara Penyediaan:
1. Kisar serai, bawang merah kecil, bawang putih, hirisan halia, cili kering dan gula melaka.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak. Masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan santan, asam keping dan budu. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan serbuk aji secukup rasa (jika guna). Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap! 


Tumis Budu dan Sambal Nyior ni Ummi buat awal beberapa hari. Simpan dalam freezer dan bila nak makan nasi kerabu tu baru Ummi panaskan, dengan cara kukus. Kalau panaskan atas api kuali takut rasanya berubah. 

Sambal Lada ni pun hasil frozen juga :) Sambal Nasi Kukus Ayam Berempah. Ummi simpan dan keluarkan bila perlu. 

Nasi dah masak! 
Tak pekat sangat birunya sebab bunga bukan sekuntum...eh silap, bunga beberapa kuntum saja :p


Nampak Ummi masak Nasi Biru, Maksu pun teringin haha... 

Lepas ni Ummi pun nak kutip dan simpan bunga² telang ni. Boleh guna bila diperlukan. 

4. Ulam-ulaman 

Lupa kacang panjang! 

5. Ikan Rebus Goreng, Telur Masin dan Keropok Ikan 

Ikan ni Ummi rebus bersama garam dan asam keping hingga kering air. Simpan semalaman dan esoknya masa nak makan baru digoreng. 

Dan lauk utamanya ayam bakar... 


Seperti biasa, dah masak special sebegini marilah kita makan bersama Abang di asrama :) 


Kalau ada solok lada lagi sedappp kan? 



Sunday 24 September 2023

Early Dinner @ Chan Rak Ter, Gombak


Lepas ambil Angah dari Perkampungan Ilmu PSRA, singgahlah di Chan Rak Ter sebelah Bai Kapraw tu. Ingat nak minum petang, tapi ter-order heavy food la pulak 🤭
 
Ummi teringin nak makan bihun goreng. 
Kakak pula order Mee Tomyam, kongsi dengan Walid. 

Dah order tu, nampak ada pulut ayam Thai la pulak 😅 Takpe, lain kali boleh try...
 
Pilihan Angah dan Adik. 
Depa order sorang satu...
Angah tu seharian di sekolah, memang nampaklah dia penat... dan laparrr haha...
Sekolah sediakan makan minum semua tapi macam Ummi gak la, kalau penat dapat makan, licinnn la pinggan 😆

 Kerang Rebus (RM12)
Alhamdulillah sedap kerangnya, jenis kecil kesukaan Ummi. Aroma serai, halia dan daun limau purut menggoda selera. Sos pencicah tu pun sedap. 

Adik nak Bingsoo Oreo (RM12). Disertakan sekali segelas kecil susu pekat. Memang kami tak bagilah tambah susu sebab Oreo tu pun dah manis, aiskrim pun dah maniskan... Risau sekarang muda² pun ramai dah kena potong kaki huhu... 


Mangga Shake (RM7). 
Sedap, tak manis sangat. 


Alhamdulillah makanan dan minuman semuanya sedap. Harganya standard. 
Kedai bersih, service pun cepat. Staff pun 👍

Chan Rak Ter Thai Seafood & Western 
Lot 2779-5 Gerai Jalan Gombak
 Batu 8 Kampung Sungai Chinchin
Gombak 
53100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 3 ptg - 11.30 mlm

Angah ~ Solat Hajat PSRA

Siang ambil report card, malamnya sekali lagi ke SRAI untuk majlis Solat Hajat PSRA pula. 
Alhamdulillah kali ni Walid dapat join. Tahun lepas Solat Hajat UPKK Walid outstation. Jadi kami terpaksa tumpang Cik Lia

Slot motivasi disampaikan oleh Ust. Sulaiman, mantan guru SRAI. Pengisian Ustaz tentang ciri-ciri orang berjaya seperti yang digariskan dalam Surah Al Mukminun ayat 1-11. Ada 6 ciri orang yang berjaya, dengan  2 daripadanya berkisar tentang solat iaitu; 

1. Kusyuk dalam solat (ayat 2)
2. Memelihara solat (ayat 9)

Kesimpulannya yang Ustaz beri, kata kunci untuk jadi orang berjaya ialah solat. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang kusyuk dalam solat dan memelihara solat 🤲 Termasuk dalam memelihara solat ialah solat di awal waktu. 

Lepas solat Isyak, selesailah majlis. 

Balik rumah, kita supper dengan kuih dan bihun goreng yang disediakan oleh pihak sekolah. 

Mudah-mudahan Angah dan semua kawan-kawannya dapat mumtaz PSRA 🤲

Gred PSRA dan gred subjek di bawah JAIS...

Pengiraan gred PSRA ; 

Angah mumtaz!