Hujan manja di pagi Ahad. Ikutkan nak tarik selimut tapi dah beberapa kali Walid dok ajak rasmikan kedai nasi kandar terbaru di Sri Gombak ni, jom la kita. Lepas ni susah dah nak cukup korum bila mana Abang akan balik ke Asasi dan Angah Kakak balik asrama.
Alhamdulillah the million dollar view dah nampak balik dah....syukur, jerebu dah hilang nampaknya. Cuma awan tebal, gelap macam nak hujan lagi...
Mungkin sebab baru, service lambat sikit. Jarang kedai nasi kandar serve lambat kan...
Nasi agak sikit. Biasa kedai nasi kandar ni nasinya banyak. Bagus juga, sure makan habis. Yang tak bagusnya, tak dapatlah Ummi nak tumpang makan macam di Nas Bistro yang nasinya menggunung tu 😅
Kuahnya sikit, tak padan dengan roti 2 keping tu. Satu lagi pencicah tu tak berkuah.
Sedap but again, portion agak kecil.
Rezeki masing-masing kot, ada banyak ada sikit 😁
Angah ambil nasi putih lauk ayam. Sekejapan je dia makan licin pinggan. Tambah order, roti bakar pulak. Tengah membesar, selera makan pun besar :)
Ummi pertama kali tengok kandar powder ni. Bila tanya pelayan tu dia kata makan dengan kambing. Tak pernah jumpa tak tahu untuk apa. Dia pun tak explain, Ummi pula malas nak tanya banyak sebab ada customer belakang Ummi.
Ummi nak juga rasa nasi kandarnya jadi tapau la lauk ayam goreng, sayur kobis dan telur mata. Sedap juga karinya, kari style mamak Penang.
Konsep restoran ni nasi kandar Penang. Berkongsi syarikat induk yang sama dengan Q Bistro. No wonder la kedainya selesa dan terurus. Kedai ni tutup untuk solat Jumaat jam 1-2 ptg. Ada notis tapi lupa nak ambil gambar.
Semoga diganti 1000x ganda rezekinya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
