Sunburned habis kulit anak² Ummi yang berdua ni π
Sorang wakil bola baling, sorang wakil bola jaring untuk MSSD Gombak. Sebenarnya sekarang ni mana-mana sekolah pun sibuk dengan MSSD ni. Nampak di status WA kawan² cikgu atau mak-mak lain pun masing-masing berlegar tentang MSSD je sekarang ni...
Last week 12/7 Angah ke SK (2) Selayang untuk Pertandingan Bola Baling MSSD Gombak.
Semua game kalah hari tu π
Tahun lepas ada gak menang satu game :)
Sekolah depa takde padang yang proper pun untuk training. Kadang training atas padang rumput tepi surau tu, kadang atas kawasan bertar di parkir kereta depan dataran tu. Bila main dalam court tu berterabur la agaknya, feel & look tu lain hehe ... Selain tu, sumber tenaga (coach) pun takde. Tahun lepas Ust F dan Cg N jadi coaches, tahun ni Sir AA dan Cg E pula ditugaskan latih dan jaga team bola baling. Maksudnya dedicated cikgu untuk bola baling ni takde, rotate je cikgu pun.
Walau begitu, sebagai ibu of course Ummi gembira dengan penyertaan Angah. Kalah atau memang itu adat. Dengan segala kekurangan yang ada, kalau menang itu memang bonus. Namun, itu bukan bermaksud tak bersungguh-sungguh, cuma belum rezeki untuk depa menang. Sementelah baru tahun lepas SRAI set up team bola baling ni. Bukan setakat coaches yang tukar, pemain pun bertukar! Cikgu tak maintain the same team sebab nak buka peluang untuk semua pelajar tahap 2 ambil bahagian. Angah pun awalnya tak nak masuk bola baling kali ni, nak cuba bola sepak pula. Budak² kan, semua nak cuba :)
# Pasal post kekmarin, sorry Ummi salah tag NA. Rupanya Mama Tisya yang share pasal aiskrim Wall's Bites Time tu sebelum ni... Maafkan daku π€
Betul, yang penting nak join dan dah berusaha semampunya. Banyak perkara anak-anak boleh belajar dengan penyertaan gini.
ReplyDeleteUsaha tanpa putus asa .
ReplyDelete