Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Monday, 26 October 2026

Menang Hadiah Saguhati GA Birthday Uyum!

Alhamdulillah ada rezeki Ummi menang hadiah saguhati sempena GA Birthday Uyum yang dianjurkan oleh blogger Ako aka Ret. 

Yeay! 
Ret bagi voucher sbg hadiah.

Jumaat kelmarin Ummi redeem voucher Tealive yang Ret bagi. Kebetulan anak⁴ semua ada, dapatlah kongsi rezeki dengan depa. 

Ikutkan Ret dah bagi voucher lain awal lagi, tapi ada masalah teknikal hihi... Jadi Ummi minta Ret cancel voucher tu. Risau kalau tak claim kan burn pulak. Sayang duit ooi.... 

Order kami;
Signature Brown Sugar Tea 
Chocolate Oreo 
Smoothie Strawberry + Pudding 

Sedap smoothie ni 👍🏻
Next time kalau ke sini Ummi order smoothie ni je la. Kena dengan tekak. Air coklat tu pun sedap. Boba tea Ummi tak boleh minum banyak, perut sebu. Setakat sedut 3-4 kali tu okay la. 

Alhamdulillah tqsm Ret dan Uyum ❣️
Semoga mewah rezeki, mudah urusan dan sihat bahagia selalu hendaknya 🤲🏻 




Saturday, 24 October 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!

Ummi baru ada kesempatan join Segmen Pencarian Bloglist Aktif anjuran blogger Sharhanah ni. Rakan-rakan blogger lain dah join belum? Tarikh tutup penyertaannya 15 November 2026, ada masa lagi untuk kita ramai-ramai penuhkan sidebar blog Puan Sharhanah ni, yang katanya masih clear dari sebarang iklan dsbnya. Mengkala gitu, jom kita penuhkan :D 


Syarat Mudah Nak Join:

1. Buat satu entri ringkas di blog anda dengan tajuk: “Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!”.
2. Letakkan pautan (link) entri ini dalam entri anda tadi supaya rakan lain pun boleh join sekali.
3. Tinggalkan pautan entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah supaya saya tak terlepas pandang.

Jom semua ! 

Saturday, 17 October 2026

Segmen : Nieyl Cari Bloglist Baru

Semua dah join ke segmen bloglist Nieyl ni? 
Ummi hampir terlepas, sebab tersilap pandang tarikh akhir penyertaan iaitu 18 Okt, besok! 


Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Follow blog ini.
2. Buat entri bertajuk Nieyl Cari Bloglist Baru 
3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Syarat tambahan

1. Blog kena aktif
2. Wajib komen BW dan tinggalkan komen sepanjang segmen berlangsung di mana-mana entry nieyl.
3. Salah seorang peserta akan dipilih sebagai Follower Bertuah melalui Spin Wheel. 

Blog Nieyl antara blog kesukaan Ummi. Pengisiannya santai dan mesra. 

Jom kita support Nieyl 🤗

Wednesday, 7 October 2026

Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad



Nampak di blog kawan-kawan blogger, jadi Ummi pun tak nak ketinggalan sertai segmen Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad. 

Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Follow blog ini.
2. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.
3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan 
4. Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Hadiah & Pemilihan Pemenang:
Tempoh Segmen: Berakhir pada 14 Oktober 2026.

Hadiah: Lucky Draw (1 Winner)
Kaedah Pemilihan: Pemenang bertuah bagi Lucky Draw akan dipilih secara adil menggunakan Wheel of Names selepas segmen tamat!

Jom join 🤗

Thursday, 1 October 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!


Blogger kesayangan ramai, Suria Amanda fondly known as SA anjurkan Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif! bermula 1 Okt hingga 10 Okt. 

Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Terbuka Kepada Semua Blogger
2. Buat Entri Penyertaan Ringkas
3. Tajuk Entri: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! 
4. Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entri.
5. Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry ni di bahagian komen
6. Follow Blog SA pada yang belum follow
7. Saling Blogwalking digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entri peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk eratkan silaturahim!
8.Tarikh Penyertaan dibuka dari 1 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).
9. Entri pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di-publish selepas tarikh segmen tamat.
10. Pemenang akan ditentukan melalui Wheel Of Name

Jom kita bersegmen 🤗

Tuesday, 22 September 2026

"Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman"

 Jom semua, kita join Segmen Mencari Blogger Aktif 2026 by Beeha Azman ni. Tambah kenalan maya di samping saling sokong menyokong sesama blogger. 


Untuk maklumat lanjut, jemput ke blog Beeha Azman. Segmen ni akan berakhir pada 31 Oktober 2026. 

Walaupun ada masa lagi, tapi jom la join cepat-cepat takut nanti lupa 🤭

Saturday, 5 September 2026

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

Alhamdulillah dah 3 tahun usia perkahwinan SA dan suaminya. Semoga kekal bahagia dan berjodoh hingga ke akhir usia hendaknya 🤲🏻 

Giveaway Anniversary ke 3 SA & Suami 

Sempena wedding anniversary ketiga ni SA buat GA. Pastinya Ummi tak ketinggalan nak join. Yang belum join, jom la kita sama² meriahkan GA SA ni. 

Bila SA buat GA sempena anniversary-nya ni, Ummi teringatlah majlis kahwin SA 3 tahun lepas. Alhamdulillah direzekikan dapat hadir di majlis istimewa SA. Kiranya saksi matalah penyatuan merpati 2 sejoli ni di atas pelamin :D 

Till jannah hendaknya untuk SA & suami 🤲🏻

Thursday, 3 September 2026

Segmen Refresh Bloglist September 2026 by Neiza

Sibuk Ummi nak siapkan tugasan kawan² blogger yang anjurkan GA/segmen. One by ye kawan-kawan ....

Apapun seronok dapat turut serta. Nak jadi penganjur macam takde kerajinan, kita jadi peserta/penyokong je la. Ada rezeki menang dapat hadiah, takde rezeki pun takpe. Lebih penting,  dapat saling menyokong sesama blogger dan menambah kenalan serta mengeratkan silaturrahim sesama blogger. 

Kali ni Ummi siapkan tugasan by Nieza... 

Comel posternya. 
Suami isteri berdua ni suka join cosplay, Ummi  suka tengok dan ikuti minat mereka berdua ni. Sebab Ummi takde kawan yang ada minat begini, jadi bila dapat kawan blogger yang minatnya begini, tertariklah nak tahu dan sikit sebanyak dapat tambah pengetahuan tentang dunia cosplay. 

Untuk sertai segmen Nieza ni, syaratnya sangat mudah. 

" Syarat-syarat aku simple je...

1. Follow blog ni untuk yang belum follow.
2. Buat 1 entry tentang segmen ni..
3 Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...
4. Letak link post korang dekat komen entry ni..." 

Jom ramai-ramai kita support ! 

'Assignments' lain yang dah siap;


Selamat ber-GA dan bersegmen semua 🤗



Wednesday, 2 September 2026

SEGMEN: MENCARI BLOGLIST 2026 OLEH EJULZ

Tiba² banyak assignment ye cuti sekolah ni 😁
Masakan tidak, ada beberapa blogger yang buat GA dan segmen bloglist. In Sha Allah Ummi join one by one ye. 

Linda tag Ummi untuk join Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz. Maka, marilah kita support segmen bloglist yang dianjurkan oleh blogger tersohor ni. Ummi belum ikuti blog beliau tapi seronok untuk menambah kenalan dari kalangan bloggers. 

Segmen Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz. 

Syarat² penyertaan sangat mudah!
1. Buat bertajuk Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz (wajib) 
2. Tampal Banner: Salin gambar banner di atas dan letakkan di dalam entri penyertaan anda.
3. Follow & Tinggal Pautan: Follow blog Ejulz dan tinggalkan pautan (link) entri penyertaan anda di ruangan komen. 
4. Tag Rakan Blogger: (Opsional) Tag 2 atau 3 orang rakan blogger lain untuk sama-sama meriahkan segmen ini.
 
Yang seronoknya, semua yang join akan 
dimasukkan ke dalam senarai Bloglist 2026 di blog Ejulz ini sehingga penghujung tahun! Kiranya semua adalah pemenanglah kan? 
I like 😁

Nak tag siapa ye? Macam ramai dah kena tag. Kalau ada yang belum join, jom la sama² kita meriahkan segmen bloglist blogger Ejulz ni 🤗

Wednesday, 1 July 2026

Terima Hadiah GA Meriahkan Piala Dunia by Kak Notie

Alhamdulillah Ummi salah seorang pemenang GA Meriahkan Piala Dunia anjuran rakan blogger, Kak Notie. Lambat sikit Ummi dapat hadiah ni sebab ada masalah dengan alamat rumah. Boleh ye address kami di-pin di Dengkil sana. Bila Kak Notie minta alamat lain, kepala jammed sekejap nak bagi alamat mana 😅 Sebab tak pernah ada masalah dengan alamat rumah kami ni sepanjang urusan pengeposan barang. 

Ummi pengomen ke-10. Rezeki Ummi walaupun tengok post ni dah lewat sebab demam masa ni. 

Dah tahu hadiahnya apa sebab dah tengok entry kawan² lain yang terima hadiah ni lebih awal. Tapi tetap berdebar sebab nak tahu Ummi dapat tumbler gambar siapa. Kita dok harap Christiano Ronaldo wak :p 

It's Messi! 
Siapa tak kenal Messi kan, known as the GOAT of modern football. 8 kali menang Ballon d'Or, pernah menang World Cup (2022) dan pelbagai anugerah lagi. Dalam WC 2026 ni pun dia perform sangat. Scored hatrik masa lawan Algeria hari tu 👏🏻👏🏻👏🏻 
Jumlah gol Messi score setakat ni 6 gol, sama dengan Mbappé. Both are top scorers la setakat ni. Argentina pun berjaya mara ke peringkat seterusnya, so expect more goals from him 💪🏻

Cukup pasal Messi, kita cerita pasal tumbler ni pulak. Cantik tumbler ni, warna putih 🤍
Ummi belum ada tumbler warna putih jadi bila dapat warna ni happy sangat. 

Tumbler ni ada petunjuk suhu, jadi kita tahulah suhu air dalam tumbler ni. Ni tumbler ada penunjuk suhu kedua Ummi miliki. 

Ada penapis juga. 

Alhamdulillah tqsm Kak Notie atas hadiah yang special ni. Semoga mewah, lancar dan berkat selalu rezeki buat Kak Notie sekeluarga 🤲🏻 




Friday, 12 June 2026

Terima Hadiah Teka Gunung by Mazni

Ummi dapat hadiah saguhati Teka Gunung anjuran blogger Mazni. Seperti biasa, bab teka² ni Ummi selalu tersasar 🤭 Tapi Allah dah tulis ada rezeki untuk Ummi. Mazni baik hati bagi hadiah sebab Ummi paling awal teka. Tqsm Mazni. Semoga sihat dan kuat selalu untuk panjat lebih banyak gunung 💪🏻

Parcel ni sampai lewat petang semalam. 

Inilah hadiah⁵nya.
Macam² ada, semuanya dari negara jiran kita Indonesia. Mazni daki Gunung Merbabu dan Gunung Prau di sana jadi hadiah ni kira souvenir dari sanalah. I'm truly honored. 

Ummi dapat;
Beg x1
Keychain Jogja - dah pasang dekat kunci rumah 
Gula²
Minyak angin aromatherapy 
Carica 

Ada motif batik pada keychain. 

Nak masuk 5-series ni dapat minyak angin seronok, macam dapat minyak wangi haha 😂 

Ini paling istimewa la...
Ummi buat carian, rupanya carica ni hanya tumbuh di Daerah Dieng, Jawa Tengah 👇🏻

Kiranya yang Mazni bagi ni manisan carica. 

Bila buka bubble wrap tu barulah nampak bentuk bungkusan manisan ni. Sealed properly, alhamdulillah tak tumpah/pecah. 

Ummi simpan dalam peti ais dulu.
Sedap makan sejuk², nyaman ditekak. 
Airnya manis², rasa macam air nenas dalam tin tu lebih kurang. Carica tu kenyal² macam betik jeruk. Apapun bagi Ummi sedap dan Ummi suka. 

Terima kasih banyak Mazni atas kiriman yang sangat istimewa ni. Semoga mewah, lancar dan berkat selalu rezeki utk Mazni sekeluarga 🤲🏻 



Saturday, 23 May 2026

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

Hampir terlupa nak melaksanakan perintah adinda Permaisuri Cuya dari Kerajaan Kelapa 👇🏻

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 ni berlangsung sehingga 30 Mei 2026. Tak lama dah ni ....

Syarat penyertaan semudah minum air kelapa :p. Boleh tengok pada perutusan diraja aka poster cantik 👆🏻

Disuruhnya pilih sampul raya pilihan, Ummi pilih Goku (Dragon Ball). Itu je pun yang Ummi kenal. Dulu pernah baca komik DB ni, pinjam kawan punya. Naruto pun kenal juga tapi tak follow ceritanya.

Jom² support GA Cuya! 


Thursday, 23 April 2026

Terima Hadiah Teka Berat Mangga dari Ibu RAWIWA

Ummi bukan pemenang sepatutnya pun, tapi dah tertulis rezeki untuk Ummi. Pemenang 'anon' tak munculkan diri walaupun dah diseru oleh ibu RAWIWA atau lebih mesra disapa Kak Faiza untuk bagi butiran pengeposan hadiah. 

Tersasar tekaan Ummi.  Tapi, dah namanya rezeki kita, pusing kot mana pun tetaplah rezeki kita ☺️

Alhamdulillah, hadiah dah selamat diterima Selasa lepas. Ada 2 kotak coklat Beryl's dan 1 kotak pink. Ummi takdelah expect apa sangat dalam kotak pink tu, sebab hadiah coklat ni pun dah memadai. Segan, sebab kita ni pemenang bidan terjun je 🤭

Sekali, Ummi buka kotak tu macam² ada. Masha Allah, pemurah betul Kak Faiza ni ... 


KF hadiahkan;
Tudung Leeyanarahman x1
Nail clipper set  x1
Fridge magnet x2 (Kyoto & Thailand)
YL roll on essential oil x1
Shopping bag x1 
Kad TouchnGo Raya Edition x1
Duit raya x4 
+ Coklat Beryl's x2

Lurvvv tudung ni.... Warna hijau² gitu

Cantik dan istimewa ❤️ 

Suka suka...

Ini paling segan, lumayan sangat isinya. Dah la kita anak 4, banyak modal KF keluarkan 😌

Terima kasih banyak Kak Faiza atas pemberian yang sangatttt lumayan ni. Hanya mampu balas dengan DOA agar Akk sekeluarga sentiasa dlm lindungan-Nya, dimewahkan rezeki, sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan aamin 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻 



 





Monday, 16 March 2026

Terima Hadiah dari Blogger Anies


Baru² ni blogger Anies ada up final post untuk trip jalan² dia ke Thailand... At the end of the post, Anies minta teka destinasi seterusnya dia travel. Ada sayap agaknya Anies ni, terbang sana terbang sini hehe... #gurau ✌🏻

Ummi saja la teka, Maldives. 
Dapat idea sebab rakan blogger Fanny dan Afif ada ke sana baru² ni kan...  

Jauh tersasar 🙈
Tapi Anies tetap kirimkan hadiah.
Alhamdulillah, rezeki wpun teka suka suka je... 

Pagi Jumaat yang barokah Ummi terima hadiah dari Anies ni... 

Ada kad raya! 
Excited sangat sebab dah berzaman tak terima kiriman kad raya... Rasa special la bila ada orang hantar kad raya ni. Baguslah Anies, hidupkan semula tradisi raya kita dulu². 

Fridge magnet Masjid Nabawi 💚
Rindunyaaa... Mudah-mudahan ada rezeki kembali ke sini. Doakan ye 

Macam² tau je Ummi suka ikan masin :) 

Tqsm Anies 🌹
Semoga tabung travel selalu penuh dan sihat² selalu hendaknya, boleh travel around the world aamin.




Monday, 2 March 2026

Terima Hadiah Top Commentator dari Blogger Mulan

Alhamdulillah hadiah dari Kak Mulan selamat diterima Jumaat lepas. Ummi antara top commentators di blog Mulan. 

Cantik kotaknya...

Ada macam² hadiah dalam kotak cantik tu; kurma ajwa, keychain Korea, fridge magnet Taiwan, tudung dan pot holder. Alhamdulillah tqsm Kak Mulan 😘 

Lurv sangat tudung ni...memang taste Ummi color² gini. Alhamdulillah suits pulak dengan jubah yang Ummi dah ada.

Hadiah ni pun Ummi sukaaaaa sangat. 
Sebab 👇🏻

Cenderamata unik yang dibawa balik jauh dari Kazakhstan sana. Alhamdulillah terima kasih sekali lagi atas pemberian ni. Semoga bertambah berkat dan mewah selalu rezeki Kak Mulan sekeluarga 🤲🏻 



Thursday, 29 January 2026

Terima Hadiah Teka Negara dari Kak Amie

Baru²ni pemilik blog Amie's Little Kitchen iaitu Kak Amie bermusafir ke beberapa buah negara di Timur Tengah. Seperti biasa, Kak Amie buka gelanggang untuk kawan² blogger meneka destinasinya. Bayangan yang diberi negara Timur Tengah dan tempat suci. 

Jadi, ini tekaan Ummi 👇🏻

Dari 5 tekaan, hanya 1 mengena iaitu negara Jordan. Tempat suci yang Kak Amie pergi ziarah rupanya bumi barokah Palestine. Allahu Akbar,  sebak! 

Walaupun hanya 1 tekaan yang mengena, Kak Amie tetap kirimkan hadiah...

Berbaur perasaan, dalam gembira ada rasa sedih dan sebak. Besar sangat rasanya pemberian ni kerana ianya dari bumi anbiyak yang penuh berkat.

Selain topi, ada juga fridge magnet. 

... dan keychain. Ummi terus pasang dekat kunci kereta Ummi. Suka dan sayang dengan pemberian ni jadi nak terus guna. Juga sebagai simbol solidariti 🖤🤍💚❤️

Pashmina dari Jordan yang cantik ni pastinya jadi kesayangan Ummi. Warna hijaunya sangat memikat hati, lurvvv sangat!

Tidak ketinggalan sebuku mineral soap. 

Kulit muka Ummi agak kering dan mengelupas lately, bolehlah Ummi guna sabun ni.

Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat berharga ni. DOA saya agar Kak Amie sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki, dalam lindungan-Nya selalu dan diberi kesihatan yg baik utk seluruh keluarga 🤲🏻