Friday, 28 July 2023

Hari Asyura 1445H

Anak³ SRAI cuti lagi, cuti Hari Asyura...

Ummi okay je, sebab memang stay at home mum. Kesian pada yang both parents bekerja la, sebab notis cuti Isnin baru dapat. Tak tahu kenapa JAIS tak sediakan senarai cuti tahunan. Cuti sempena hari kebesaran Islam ni pun berubah-ubah juga. Kadang cuti, kadang dianjakkan... 

Angah dan Kakak tetap ke sekolah, latihan Choral Speaking. 

Adiklah peneman Ummi...

Ziarah kubur Tok...

Lepas tu, pukul 12 ambil Angah dan Kakak. Sementara tunggu lepas Jumaat tu, sempatlah Ummi masak sesuatu :p Sesuatu tu nanti kalau jadi, Ummi cerita... 

Setel ambil Abang di asrama, rehat la kejap tunggu azan Asar. Lepas tu singsing lengan memasak untuk berbuka. 

Goreng mee untuk jemaah surau dan jiran-jiran sikit. Ramai yang puasa sunat Hari Asyura. 

Ni je Ummi masak semalam untuk berbuka... Cempedak Ummi beli dekat simpang, dari Kuala Nerang katanya. Sekapai la dengan Ummi :D Bulan 8 ni baru deghiyan masak dia kata... Tak sabaq haha... 

 Isi kecik², cempedak kampung... Tapi manis ya amat! 

Mak Bee bagi kaswi... walaupun tak gedik, tapi sedap. Airtangan orang tua² is always the best 👍

Angah bawa balik nasi goreng dari surau. Abang pun masa solat Jumaat dapat nasi goreng juga, berbuka baru dia makan. 

Acik Solehah buat fast sale kek batik dengan Hokkaido cakes tu... Dia sedekah sekali bomboloni, alhamdulillah. 10 Asyura ramai orang ambil kesempatan bersedekah ...

Seranting? Sebatang? Bik bagi daun limau purut ni. Ummi ingat dia nak bagi anak pokok ke apa, sekali dia hulur sebatang ni atas pagar haha... stok sebulan ni :D 

Busy hujung minggu ni, tak sempat blog walking :( 

7 comments:

  1. Suka kaswi yang biasa itu sahaja sudah sedap.

    ReplyDelete
  2. simpan dalam bekas bertutup daun tu. Tahan lama sikit.

    ReplyDelete
  3. Oh, Hari Asyura cuti ya. Terliur kita tengok mee goreng PH.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya semua makanan. Kaswi hat pesen lama jugak yang best and puas makan. Hihihi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah berkongsi mknn di hari asyura... daun limau purut kalau banyak sy simpan dlm freezer je.. simpan di chiller takut layu

    ReplyDelete
  6. Kaswi classic tu yang sedap kan...Mak SA request dah...mana plak nak cari...tahun ni SA x dapat peluang puasa pun..uzur..terasa rugi kat situ

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, mcm2 menu ada tu...

    ReplyDelete