Thursday, 31 July 2025

Morning Walk 30.7

Ada kawan² blogger tanya Ummi morning walk sorang ke berteman? Kita 'lone ranger' je wak :D 

Hajatnya nak naik Bukit Pencawang hari ni.

Masa mula mendaki nampak sepasang couple, ingat nak follow depa. Tup² depa melencong ke lain. Atas sikit ada sorang male jogger. Takpelah, segan pulak nak follow dia. Plus dia laju, Ummi ni termengah² haha... Tapi kali ni naik lebih tinggi la dari minggu lepas tu, takat kaki bukit je. At least adalah progress :) 

Balik rumah, Cik Leha mesej 👇🏻

Bukit ni 'makanan' Cik Leha je.... 
Depa selalu picnic kat atas ni. 
Ummi pula baru sekali dua naik sini. 

Sebab tak jadi naik bukit, Ummi pusing padang ni la satu round
Padang ni besar sikitlah dari standard size padang bola. Tapi tidaklah sebesar padang sekolah rendah Ummi dulu. Sekolah kampung kan, kawasan luas. Sebahagiannya kecil darinya tukang kebun tanam pisang. Bahagian yang masih kosong dan terbiar pun besar juga. 

 Sekali tu Ummi dan beberapa orang kawan kena denda dengan coach olahraga kami, Abg Mat. Abg Mat ni kerani sekolah tapi bertanggungjawab coaching kami sebab dia ada background sukan kot. Garang ya amat! Dengan misainya melentiknya tu tachodddd 😆
Punca kena denda tu sebab kami bertugas di kelas dulu hari tu, jadi lambat sikitlah turun ke padang . Dulu kan kita ikut duty rooster. Setiap hari tu memang ada murid bertugas bersihkan kelas kena buat. Tahu Abg Mat denda apa? 
Lari, 7 pusingan! 
Penat tu jangan cakap la,  malu pun iye haha... 

Padang baru dipotong rumputnya, best la tak banyak kemuncup. 

Otw balik, lalu rumah jiran, nampak pokok bidara. Ada buah la... Yang Acik Sopiah tanam belum berbuah. Ummi suka buah bidara, rasa masam² manis. Tapi yang baka kampung ni tak pernah makan. Selalu beli yang Siam (Thailand) punya. 

Wednesday, 30 July 2025

Recap ~ Week 30, 2025

Week 29 ✅
Week 30: 23-29/7/2025

RABU Pengumuman istimewa dari PMX.

KHAMIS Bacaan Yasin mingguan kali ni diketuai oleh ayahanda Hamada, Ustaz ADA. 

JUMAAT SRAI buat program kacau Bubur Asyura. Tapi Bubur Asyura ni ala² bubur lambuk tekstur dan rasanya. Kakak pun terlibat, tolong Cikgu Dayah potong bawang. 

SABTU Tersangkut sekejap sebab ada roadblock. Hari ni ada 'perhimpunan turunanwar' di KL. Mungkin sebab tu ada roadblock kot. Kami nak ke service centre hantar kereta Walid (major service) kemudian ke pusrawi untuk follow up telinga Adik. 

AHAD Pun tersangkut dalam traffic jam juga. Ada kemalangan depan kuil Batu Caves tu. Ada jentera Bomba, ambulance semua. Teruklah agaknya tu. 

ISNIN Dapat kiriman dari Tok Umi. Produk² ni Tok Umi jual. Sekali sekala pos ke mari untuk kami. 

SELASA Cikgu hadiahkan botol air Tyeso untuk team BoJa. Boleh pilih warna dan engraved nama sekali. Thanks so much Cikgu 🌹

Morning Walk 29.7

Hari ni tukar route; keluar lorong masuk lorong sekitar perumahan ni. Try juga route baru yang Ummi plan last week

Terserempak dengan Pak Tam & Mak Tam, peniaga roti canai di kawasan kami ni. Mak Tam tengah petik daun kari. Pak Tam tunjukkan serai yang ditanamnya, banyak rumpun juga. Siap offer suruh Ummi ambil. Takpe Pak Tam, saya pun tanam serai juga di rumah :) 

Suka tengok keluarga Pak Tam ni. Anak pertama dan kedua lulusan Syariah USIM, tapi tak kekok bantu mak ayah meniaga roti canai. Yang ketiga bakal jadi pewaris business Pak Tam agaknya, dia tak sambung belajar. Yang keempat hingga ke tujuh semua sekolah agama/tahfiz. Yang sebaya Abang di SAM, yang bongsu tua setahun dari Adik di maahad tahfiz dekat² sini. Dulu tengok dia dalam stroller baby, sekarang dah besar dah. Anak ramai Pak Tam ni tapi dia kuat berusaha. Kalau bulan puasa tu ambil 2 tapak meniaga di Bazar Ramadhan. Berbagi tugas dengan Mak Tam untuk jaga Bazar. Berkat usaha keras depa anak beranak ni, 2 tahun lepas kot dapat pergi Umrah satu keluarga. Subhanallah! 

Balik rumah belek tanaman...

Hari tu nampak sorang jogger ni potong bunga ni dekat rumah jiran. Mungkin nak letak dalam pasu, buat hiasan penyeri meja. Ummi pun nak ikut juga tapi pasu takde lagi. Letak dalam pasu kaca cantiklah kan... 

Buah apa tak tahulah. Subur pulak pokoknya, berkongsi pasu dengan pokok cili. Biar je dulu sebab buahnya lawa 😁

Dah >12 jam since last meal, jom la makan. 
Nasi goreng w ikan masin. Aduh, nikmatnya! 



Tuesday, 29 July 2025

Kenduri Fatima 🩷

Fatima, anak Cik Aida jiran lama kami. 
Lama CA dan Uncle H tunggu kehadiran Fatima ni. Alhamdulillah setahun dah umurnya. 

Lebih kurang 2 bulan lepas Ummi terserempak dengan UH dan Fatima. UH kata CA nsk buat kenduri besar sempena bday Fatima yang pertama nanti. Ummi pun cakaplah, elok sangatlah tu. Kami dulu pun buat kenduri besar juga, tanda kesyukuran 'dapat' Abang lepas 5 tahun menunggu. 


Alhamdulillah hajat CA tu terlaksana juga pada 26.7, Sabtu lepas. 

Sampai je di majlis tu, CA terus tunjuk 👇🏻

Periuk tu dia pinjam dengan Ummi haha...
Subuh² buta dah mesej nak pinjam periuk sebab takut makanan tak cukup jadi depa nak masak makanan tambahan. Bagus pakatan keluarga CA dan UH. Belah CA masak Mee Kari (kuah dalam periuk Ummi tu) dan belah UH pula masak bihun sup. 

Punyalah banyak aksesori, sampai tak nampak meenya :3 

Nasi putih ada, nasi minyak pun ada.
Memang besarlah kendurinya ni...

Ada lauk udang masak lemak + kundur  dengan ikan talang masin selain lauk ayam dan daging. 

Kambing golek 😋

Soopadoopa pun ada untuk kanak² main. Happening jugalab. Cuma sayang kami tak boleh berlama sebab ada urusan di Selayang pula. 

Semoga Fatima membesar dengan baik, sentiasa dilindungi-Nya dan sihat² selalu hendaknya 🤲🏻 

Terima kasih daun keladi CA dan UH 🫰🏻
 

Morning Walk 28.7

Selagi ada semangat dan diberi peluang menikmati indahnya pagi hari, kita teruskan rutin 💪🏻

Baru tahu asap putih tu dipanggil contrails ( jejak kondensasi) 👇🏻


Hari ni lalu rumah sewa kami dulu. Dah bertukar wajah. Apa khabar Kak R dan En G tuan rumah kami dulu? Dah lama terputus hubungan. Baik tuan rumah kami ni. Ingat lagi KR pinjamkan curtains untuk kami sebab kami belum ada curtains masa tu. Benda kecik bagi sesetengah orang, tapi sangat besar bagi kami yang baru nak mula hidup masa tu. Perabot pun cuma beli meja makan secondhand, set bilik tidur dan peti ais satu pintu je. Untuk washing machine, besties; Uncle SA, Cik Ani, Aunty Shima and semestinya Mommy Zya & Uncle Nas tong² duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Dapatlah beli mesin basuh semi-auto, jenama Samsung dengan RM500 tu. Tahan lama mesin basuh tu. Dari rumah sewa sampai pindah rumah sendiri masih mampu berkhidmat. 

Rumah sewa kami ni pernah juga dikunjungi oleh seseorang yang dah bergelar VIP sekarang. Pakat duduk bersila je, rumah kami takde sofa :D 
Masa tu beliau tengah siapkan tesis PhD, minta tolong Walid untuk edarkan survey form berkaitan IBF, in which Walid pun masa tu kerja dalam bidang perbankan. Walaupun dah jadi orang besar, sikap dan perwatakan mesra dan humble beliau dan isteri masih kekal. Seronok tengok beliau makin 'terbang tinggi'. 

Betul² menyelusuri jalan² kenangan ni 😁
 

Monday, 28 July 2025

Betik Muda Goreng Pedas

Sebelum keluar morning walk pagi semalam, Ummi nampak ada sebiji betik muda gugur di tepi pokok. 

Petangnya Ummi ke dapur Mak Cella, jumpalah resepi SAYUR BETIK MUDA GORENG PEDAS. Dapatlah idea nak masak betik ni. Tq MC 🫰🏻

Sagat dulu betiknya. 
Ingatkan betik muda ni kelat atau pahit, tapi tak. Rasanya tawar bercampur sikit² rasa manis.

Kemudian Ummi kisar cili hijau, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kemudian panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan betik muda dan gaul sebati. Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sebati. Tutup api. Siap! 

Sedap juga ye. Gaul dengan nasi panas² 😋 

Pertama kali ni masak betik muda sebagai sayur begini. Sebelum ni kalau ada betik muda rebus buat ulam atau campur dalam kari ayam. Ada lagi separuh, rasa macam nak buat somtam pulak. 

Angah ~ Dialog Prestasi Pelajar

Rabu 23/7 hari tu...
Naik tangga, turun tangga nak jumpa cikgu² :) 
Masa downloaded result PPT Angah Ummi tengok dekat slip tu T/H pada subjek Bahasa Perancis. Nak kata tak hadir, kertas periksa yang Madam tanda ada pada dia. Markah pun boleh tahan. Madam S kata mungkin cikgu tersalah key in :( Yang mengajar sekarang cikgu praktikal, bukan Madam S, guru Bahasa Perancis diorang. Minggu ni la Ummi suruh Angah semak semula dgn Madam, dah dibetulkan atau belum. Tak best la ada remarks gitu kan. Dan tak adil juga untuk Angah yang dah pulun sehabis baik masa PPT hari tu. 

Tido la pulak 😅 

Sempat jumpa beberapa orang guru lagi. Hajat nak jumpa Ustaz Halaqah tak kesampaian sebab Ustaz ada urusan, tak ada di sekolah. Dari Angah F1 sampai F2 ni Ummi belum kenal lagi Ustaz halaqahnya. Walid je pernah jumpa masa DPP tahun lepas. 

Banyak lagilah nak kena improve esp Math. Kurang latihan :( 
Work harder Angah 💪🏻


Sunday, 27 July 2025

Recap ~ Week 29, 2025

Week 28 ✅
Week 29: 16/7-22/7/2025


KHAMIS Just a normal day :)

JUMAAT 18/7 Struktur bangunan surau dan KAFA mula dirobohkan. Simpan sini kenangannya. 

SABTU Kakak balik dari Mukhayyam Kepimpinan Pengawas terus kami bawa ke restoran nasi kandar yang baru dibuka di SG ni. Lauk sotong dan ayam goreng Kakak ambil. Harganya RM31. Berpeluh nak bayaq 😅

AHAD Makan kenduri di Bizmilla Gamuda Gardens

ISNIN Another a normal day :) 

SELASA Pagi² dapat dapat positive words ni, terus rasa bersemangat :) Dalam Islam pun kita digalakkan untuk mendoakan orang lain kan... 









Saturday, 26 July 2025

Ziarah Hjh Dora ❤️


Pagi semalam, baru berkesempatan ziarah Acik Dora yang baru balik haji baru² ni. Alhamdulillah AD dan ibu ayah mertuanya sihat² sekembali dari tanah suci. 

AD jamu air zamzam dan kurma serta kekacang dari tanah suci. 

Lama kami berborak, banyak pada mengimbau kenangan dengan arwah Abe. Berkongsi cerita, berkongsi rasa 🥹 

Buah tangan untuk Ummi. 
Memang terfikir nak cari beg untuk letak telekung Ummi, yang senang capai. Yang sekarang beg telekung Ummi kongsi dengan Adik Kakak, besar saiznya. Alhamdulillah beg AD bagi ni sesuai sangat dengan kehendak Ummi. Bertambah sayang sebab pemberian orang. 

AD petik juga pucuk jangguih (gajus) dan pucuk lemak ketam. Pokok² ni arwah Abe tanam. Pucuk lemak ketam tu sedap dibuat ulam, macam pucuk jangguih juga. 

Inilah rupa pokok Lemak Ketam tu. Ummi pun baru tahu wpun dah beberapa kali ke rumah Abe ni. 

Semoga yang baik² saja untuk AD dan anak² 🤲🏻

Friday, 25 July 2025

Morning Walk 25.7

Alhamdulillah masih diberi nikmat berpagi-pagian menikmati indahnya alam. 

Cantikkan bunga kacang mungai ni... Kalau perasan ada lebah dekat bunga tu. Once in a blue moon dapat snap gambar gini sebab selalu lebahnya terbang belum sempat capture gambar. 

Tapi bila dongak ke langit, jerebu teruk! 
Sebab dah melangkah keluar rumah, teruskan saja langkah. Ikutkan Ummi nak try new route tapi sebab ada janji dengan seseorang pukul 8 jadi habis satu pusingan biasa, balik rumah kejap. 

Singgah gerai lontong semalam. 
Beli nasi lemak pulak hari ni dan pulut kuning. 
Beli juga kuih Seri Muka Durian dan Talam Keladi. 

Sabtu Ahad off la morning walk ni, pelbagai agenda menanti 💪🏻

Serawa Ubi


Akak jual nasi di LRT tu sedekah sebekas serawa ubi dekat Walid. Nak tutup kedai dah, jadi mana yang tak terjual tu disedekahkan kepada pembeli. 

Ummi je makan serawa ubi ni. Walid dan anak⁴ tak minat. Antara serawa ubi dan serawa pisang, Ummi pilih serawa ubi. Arwah Tok Wan dulu suka serawa labu. 

Di kampung Ummi, ubi keledek ni kami panggil ubi ketela. Ubi kentang pula dipanggil ubi gemala. Manakala ubi kemili kami panggil ubi keling. Generasi sekarang mungkin ada yang faham, mungkin ada yang tak faham bila sebut ubi ketela, ubi gemala atau ubi keling ni. Anak⁴ Ummi memang tak fahamlah loghat Baling. Walid pun sama, tak faham juga sebab beliau orang Jitre 🤭



Thursday, 24 July 2025

Morning Walk 24.7

Hari ni keluar lewat sikit, around 7.15 am. Cuaca nampak cerah alhamdulillah. 

Nampak pokok sukun. Banyak juga buahnya. Ada nostalgia dengan buah sukun ni. Ada sekali tu Ummi ikut Tok Cik Nah, Maklang Ja dan beberapa orang lagi kait buah sukun berhampiran rumah Wan Mat. Dah jadi satu peraturan zaman tu kena balik rumah sebelum Maghrib. Ummi ni nak balik dah tapi dalam masa yang sama teringin nak rasa buah sukun ni. Tokcik Nah suruh tunggu sat, nak kait bagi sorang sebiji. Tunggu punya tunggu sampai Tok mai turut (panggil balik rumah). Tu takpe lagi, sampai rumah kenalah marah dgn Tok Wan. Mujurlah saat genting tu Tok Cik Nah sampai, bagi buah sukun yang Ummi tak sempat ambik. Kalau tak mau kena rotan dah kot 😅

Hari ni Ummi pergi ke Bukit Pencawang. Tapi sampai kaki bukit je. 

Asalnya hutan juga kawasan ni. Sekarang dah ada perumahan, semua rumah semi D. 
Bukit dekat belakang perumahan ni. 
Terserempak lagi dengan Acik belakang rumah. Dia baru nak naik, Ummi pula nak turun. Tapi Acik nak naik atas bukit 💪🏻

Sebelum balik rumah, singgahlah beli lontong dekat tepi jalan utama. Pertama kali beli, sedap 👍🏻 

Beli juga kuih Seri Muka. Favorite Adik ni. 

Sebab start lewat morning walk tadi, sambunglah berkebun sekejap nak bagi cukup masa beriadah. Jumpa kentang dah bertunas, tanam je la. Inspired tengok TT datin_anita67 dan verygoodgardening menuai hasil kebun masing², Ummi pun terajinlah hari ni. Tanam kentang ni nak tengok jadi ke tidak macam depa tanam :D 




Wedding @ Bizmilla Gamuda Gardens


Dapat jemputan dari mantan Head HR PMB untuk ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Bizmilla Gamuda Gardens. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kami raikan majlis gemilang En Fikri sekeluarga menyambut menantu pertama. 

Pertama kali kami sampai ke Gamuda Gardens ni. Selalu nampak ferris wheel tu dari tepi highway PLUS tapi kali ni lalu sebelah je. Wah...

Waze bawa pusing sini dulu, baru jumpa jalan yang benar hihi... 




Akhirnya sampai di Bizmilla. 
Cantik dewan Bizmilla ni 👍🏻
Tempat baru dan single building, senang nak cari dan park kereta. 

Dekorasi dewan pun cantik dan elegan. 

Nampak lebih moden dan segar hiasannya. 

Lauk pauk sedap belaka ... Ada ayam masak merah, kurma kambing, fillet ikan... 
Dah zoom gini nampak selambak pulak nasi dan lauknya 😅

Aneka kuih muih dan buah. Macam biasa kita kongsi je kuih muih ni. 
Tapai daun getah lama tak makan. Sesekali jumpa, dapat pula yang sedap 2 bungkus habis :D 

Laksa Siam kata tetamu semeja. Kuahnya rasa lemak², pun sedap. 

Pendek dan panjang dua² kata sedap semuanya makanan yang disediakan ahak! 


Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Terima kasih banyak tuan rumah atas jemputan.