Thursday, 4 December 2025

Angah ~ Haflah Takrim Perdana 2025


Alhamdulillah senyap² Angah bawak balik 2 plagues untuk tatapan Ummi Walid. Anak #2 ni senyap² je dia 'buat kerja'. Tup² je bawak balik hadiah dan sijil². 

Majlis pengiktirafan yang dipanggil Haflah Takrim Perdana 2025 ni dibuat oleh guru² halaqah F2, sebelum sesi persekolahan berakhir. 

Sebelah kiri, anugerah Zaid b Tsabit (tahriri lengkap, selari dengan hafazan). Anugerah ni dinamakan sempena nama sahabat yang bertanggungjawab menulis wahyu dan surat² ketika zaman Baginda SAW iaitu Zaid b Tsabit. 

Sebelah kanan pula, anugerah As Shatibi, diberi kepada murid² yang berjaya mencapai sukatan hafazan F2. Alhamdulillah Angah bukan setakat capai sukatan, tapi berjaya melepasi sukatan. 

Selain tu Angah bawa balik juga sijil² yang Ustaz 'hutang' dengan dia. Ada 4 keping sijil program² lepas. Untuk Haflah ni belum dapat lagi sijilnya. 

Congrats Angah! 

HB Kak Una 🎈


Sempena birthday Kak Una ni Ummi titipkan hadiah untuk dia 👇🏻

Ummi belikan planner dan perfume dari Perfume Paradise. Minta Kakak bau, Kakak kata wangi yang ni. Bukanlah wangi semerbak, sweet² je baunya. 

Hadiah ni Ummi wrapped dengan wrapper yang beli dekat Eco Shop @ M3 Mall hari tu. Alhamdulillah berguna juga pembelian Ummi dari kedai saka tu :) 

Hadiah pun dah selamat sampai ke tangan tuannya alhamdulillah.

Untuk Kak Una, we love you soooooo much

Wednesday, 3 December 2025

Nasi Ayam Hainan 786, Sri Gombak


Nama lama Restoran Nasi Ayam Hainan 786 ni ialah Restoran Syed Nabi. Kemudian depa tutup sekejap, renovated dan reopened as NAH 786. Tauke dan pekerja masih sama. Kami pernah dine in dekat sini tapi Ummi tak buat entry. Peram lama sangat sampai basi ceritanya 😆

Semalam ada urusan di luar. Kakak requested nak makan nasi ayam jadi Walid singgah beli di sini. 

Steamed whole leg chicken w nasi ayam. Portion besar, kenyang alhamdulillah. Sedap pun sedap..
Adik Kakak pilih  roasted chicken. Tak ambil gambar pulak, semua kelaparan :) 

Total RM54.00 utk 2 jenis ayam (2 packs each). 

NAH 786 ni kedainya sebelah Family Mart SG. Nak makan dekat kedai pun selesa, sebelah dalam ada aircond.  Selain nasi ayam, ada pelbagai menu lain lagi.  


Beli Lipsticks Nurraysa

Nampak anak sepupu Ummi up status WA promo lipstick matte Nurraysa. 

Kebetulan lipstick Ummi dah nak habis Ummi grabbed la 2 batang lipstick Nurraysa ni. 

Ummi pilih kod Wild dan Elegant Rosy. 
Total RM30 termasuk postage

Ummi suka pakai produk Nurraysa sebab;

1. Produk keluaran Muslim 
2. Affordable - untuk promo ni RM10.80 je sebatang
3. Support anak buah :) 

Selain lipstick, Ummi pakai compact powder jenama ni juga. Selalunya bila nampak ada promo, Ummi order siap². Boleh la buat stock

Selamat mendarat tengahari tadi. 
Ada orang tu tak habis² mengendeng nak lipstick Ummi ni :p 
Awak tu budak lagi 😘

Cantik casing-nya. Nampak bergaya juga. 

Alhamdulillah. 

Tuesday, 2 December 2025

Haziq in da House

Abang sepupu depa, Haziq datang bermalam di rumah kami hujung minggu lepas. Sekarang study week. Bosan takde kelas, datanglah ziarah sepupu⁴ Gombak ni. First time datang sendiri ke rumah kami. Masa daftar masuk IPG tu, dia datang bersama keluarga.  

Masuk je rumah, wah bau makanan dia kata... Haha... Lama tak makan makanan home cooked macam ni, terus serbu 😁

Haziq ni anak buah Walid. Masa dia lahir, Ummi dah kahwin dengan pakngah dia jadi tak kekok melayan. Memang kenal dari bayi. Setahun tua dari Abang, cucu sulong Tok Ayah. 

Angah pun PB. Seronoklah ada geng. Main phone, tengok TV, makan, tidur itulah keja depa :) 
Angah dah habis UASA itu yang balik rumah bagi peluang bersantai dan melepak je. 

Sabtu bawa pergi melawat Abang di asrama. Tahun lepas Haziq SPM, kami pergi melawat dia di asrama. Kira ni kunjungan balas dia la :) 

Ahad hantar dia dekat Terminal Putra je. 

Sepanjang Haziq datang 3H2M tu Ummi masaklah macam² juga untuk raikan dia. Duduk di IPG ni dia mula belajar ikat perut. Biasalah tu students... 

Bihun untuk sarapan pagi Ahad. 
Bihun hancur, tak suka. Bihun jenama ni memang Ummi tak pandai goreng. Tapi ini je yang ada, goreng je la. Yang penting, habis juga :D 

Sabtu Ummi masak ikan keli sambal dan sayur kobis panjang. Ada juga kari ayam lauk malam tu. Ummi Walid keluar, depa makan berempat je. 

Sabtu malam pakat nak makan ramen. 

Lunch Ahad Ummi masak sambal udang, pucuk ubi masak lemak dan ayam bakar. 

Nanti mai lagi Haziq 🤗

Kakak ~ Program Pasca Darjah 6

Selain penyerahan keputusan PSRA semalam, turut diadakan majlis penyampaian hadiah untuk Program Pasca Darjah 6. Program ni kiranya pengisian selepas habis PSRA dan UASA

Ada pelbagai program berkumpulan yang dilaksanakan seperti LDK, pertandingan buat sandwich, persembahan dsbnya. Setiap acara ni dapat mata. 

Alhamdulillah, kumpulan Kakak dapat tempat kedua keseluruhan, berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Pembahagian kumpulan ikut kumpulan study masa Pecutan PSRA hari tu. Dapatlah sekumpulan dengan bff Oppa. Hadiah berkumpulan ni semua murid dapat, cuma top 3 tu lebih sikitlah hadiahnya. Baguslah, semua  merasa dapat hadiah. 

Bawa balik bakul, tuala muka dan keychain nama sendiri. Makanan (Nabati) dalam bakul tu dah habis dimakan :) 

Alhamdulillah, rezeki Kakak dapat hadiah Tokoh Murid Perempuan utk program ni. Kakak dapat TV katanya haha... 

Masa dia usung hadiah ni ke kereta Ummi ingat dapat frame ayatul Quran. Rupanya bukan. 

Meja lipat. 
Patutlah berat 😅

Beg purple ni besar juga saiznya, bolehlah Kakak isi baju masuk asrama nanti :) 

Alhamdulillah. 

Monday, 1 December 2025

Kakak ~ Result PSRA


Alhamdulillah keputusan PSRA dah diumumkan Khamis 27/11 lepas. Alhamdulillah keputusan PSRA Kakak seperti diharapkan walaupun masa exam hari tu dia demam pada hari pertama dan kedua.

Secara keseluruhannya, murid yang mendapat pangkat mumtaz dan jayyid jiddan masing² meningkat. Alhamdulillah. 

Pengiraan markah PSRA ni tinggi, untuk mumtaz setiap subjek kena skor 90% ke atas. Jumlah markah setiap subjek dicampur kemudian dibahagi dgn 5 (purata). Markah yang dipuratakan ni akan tentukan pangkat. Kalau ada 1 subjek jayyid jiddan pun ada harapan untuk dapat pangkat mumtaz sekiranya markah 4 subjek lain tinggi². Angah dulu 4 subjek mumtaz + 1 JJ dapat juga mumtaz alhamdulillah. 

Kalau mumtaz semua subjek dipanggil mumtaz sofi (mumtaz gemuk kata Cik Ita 😁). Maksudnya semua subjek dapat markah 90% dan ke atas. 


Pagi tadi diadakan majlis penyerahan keputusan PSRA untuk murid² Tahun 6. 

Mumtaz 54 orang. 
Kakak, Izz, Nuha & Nurin (4/6 Adidas members) Mumtaz alhamdulillah. Dua lagi pangkat jayyid jiddan. Tahniah semua! 

Lain² pangkat. Tetap dipanggil naik ke pentas seorang demi seorang, diraikan semuanya tanpa pilih kasih. Terima kasih pihak sekolah 👍🏻

Alhamdulillah selesai bab PSRA. Dah ada result PSRA ni bolehlah mohon untuk ke sekolah² JAIS. Permohonan dah dibuka lama, tapi nak kena tunggu result PSRA dulu baru boleh submit. Semoga ada rezeki Kakak dan kawan² ke sekolah impian masing² 🤲🏻


Executive Planner 2026

Pergi JL Office (JLo) nak beli clear holder untuk Kakak, nampak ada Planner 2026 (executive planner) dah dijual. Ummi teruslah grabbed. Walaupun suri rumah, tetap kita ada planner wak :p 

Sebenarnya sejak zaman U Ummi suka guna planner. Itu yang sampai sekarang pun suka guna planner. Kalau takde planner pun, tetap marking event penting dekat calendar. Kita old school 🤭

Design tak banyak, ada 3 je
Satu tu macam korporat sangat, the other one remaja sikit. Ummi pilih la yang ni. 

Ada motivational quotes 👍🏻

Part paling best bila dah ada planner ni ialah mengisi dan menanda tarikh² penting; cuti sekolah, cuti raya, birthday dsbnya. 

 12/1 mula sesi persekolahan 2026. Tahun depan sesi persekolahan kembali ke bulan Januari, selepas beberapa tahun berubah angkara Covid 19. Kakak pun kalau ada rezeki masuk asrama, bulan satu nanti bermulalah kehidupan baru. Doakan ye 🤗 

Page ni menarik... Disertakan impian, matlamat or new things kita nak try buat utk tahun depan. Menarik idea² yang diberi.  

Siapa suka guna executive planner macam Ummi ? 
🙋🏻

Sunday, 30 November 2025

Saman Trafik 🫣

Sebelum ke Melawati Mall dan M3 Mall tu kami ke Weststar dulu. Ambil insurance (cover note) dan road tax kereta Walid. Boleh je buat sendiri, tapi dah terbiasa minta diorang uruskan bab road tax dan insurance kereta kami. 

Dapat beg satu. 
Weststar ni tak kedekut, everytime service kereta atau renew road tax dengan depa, mesti ada souvenir 👍🏻

Masa nak renew road tax tu, ada kisahnya. Walid dah submit details semua dekat staff Weststar ni tapi 'tersangkut'. 

"Blacklisted la encik, ada saman"  
🤭

Rupanya ada saman trafik tahun 2022 dan 2023. Saman AWAS/AES, lebih had laju. Dekat highway sedaplah tekan minyak kan Walid? 
Last year renew road tax lepas je. Takde isu apa². Itu yang tak perasan. Rupanya sekarang kalau ada tunggakan saman, memang tak boleh renew road tax. Kena setelkan dulu samannya. Denda had laju ni RM300 utk satu kesalahan. Tapi sekarang ada diskaun 50%, sampai hujung tahun 2025 ni kalau tak silap. 

Selesai bayar saman, baru boleh proceed untuk renew road tax. Alhamdulillah. 

Alang² tu checked sekali status saman kereta Ummi. 

Alhamdulillah clear 😁
Patutlah masa renew road tax kereta Ummi (months before) smooth je, takde saman tertunggak agaknya. Apapun syukur, semuanya dah selesai. 


Beli Buah @ MBG Melawati Mall

Sebelum ke M3 Mall tu ke Melawati Mall dulu. Walid nak beli baju, Ummi pula nak cuci mata je, kot. Kot tu kena letak, takut nanti terbeli juga barang :p 


Pusing sana pusing sini, last² Ummi ke MBG. Tujuannya nak cari jus. Belum minum air manis pagi tu, rasa something tak kena pulak. Dapat gula rasa bertenaga sikit badan. Baru ada mood nak shopping :p 

Pertama kali Ummi beli dan makan Pisang Kaki (persimmon). Jenis Sweet Persimmon, from China. 6 biji RM10. 

Tekstur buah macam prune tapi rasanya manis sangat. Boleh beli lagi. Sedap. 

Beli juga Epal Strawberry. 
Nampak menarik. Ummi ingat buah epal rasa strawberry haha.... Rupanya rasa epal juga cuma saiznya je kecik, macam buah bidara epal. Rangup buahnya. Sedaplah makan sambil tengok TV ke nak snacking sambil buat keja ofis ke... Harga RM29.00/kg. 

Suka MBG ni sebab ada macam² buah yang jarang atau tak pernah jumpa. Ada dragon fruit kuning, tapi Ummi tak beli sebab dah beli persimmons dan strawberry apple ni. 

Cempedak tu beli sehari sebelum tu. 
Dah selamat digoreng semuanya. 




Saturday, 29 November 2025

Eco-Shop Haul

Minggu lepas Ummi ke Eco-Shop dalam M3 Mall, Taman Melati. Bila masuk ES ni macam² la yang dibeli kan... 

Makanan kering dan barang dapur (barang kering). 

Jajan

Cleaning products/items.

Personal items.
Penggaru tu best pulak buat garu kaki @ belakang 😆
Abang suka benda alah ni. 

Sarung tangan untuk berkebun. 

Pembalut hadiah. 

Itu ini begitu begini, habis juga RM50. Tapi dapat banyak barang, hati gumbira :D