Tuesday, 30 September 2025

He's Back!

Alhamdulillah Walid dah selamat sampai di rumah. Syukur, kali ni 2 malam je ke luar daerah. Dengan Kakak tengah exam, anak² tak sihat susah hati juga bila berjauhan ni.

Mana lagi kalau tak ke Tanah Jauhar ...
Kali ni ke Kluang, untuk meeting

Selain dari bawa balik telur pindang warisan tradisi orang Johor, alang² dah sampai Kluang tu pastilah singgah juga di Kluang Rail Coffee. 

Tapaukan roti bakar dan Mee Wantan (dalam cup

Mee dan kuahnya diasingkan. Jadi taklah kembang meenya.

Tapi itulah, ada makanan sedap makan terus di kedai. Bila bawa balik nak² berjam² juga dalam kereta, jadi kureng la sikit. Apapun tetap bersyukur, dan yang penting habis juga hihi... 

Ini pula souvenir dari meeting tu ...
Dapat botol air Montigo dan pen alhamdulillah. Walid cakap botol air tu untuk Ummi. Beli jiwa ke ni 🫣
Warna sebijik macam tumbler Tyeso Ummi. 

Ini botol air Montigo yang Ummi guna sekarang. Dah 2 tahun guna, alhamdulillah masih berfungsi dengan baik walaupun calar-balar sana sini. Itu tandanya botol air ni digunakan sepenuhnya dan tahan lasak :p

Adik dok kecek suruh bagi dia. Ummi guna la botol baru katanya :) 



 

Monday, 29 September 2025

Quick Update

Slow² la kita back to normal ye...
Tak berapa normal tu sebab Kakak sedang menduduki PSRA dan dalam masa yang sama dia demam. Mak² ni kalau anak exam besar memang biasanya 'demam' tapi bila anak tu betul² demam, mak² tu jadi 'double demam' la dak? 

Lebih menambah tekanan, celah² ni Walid outstation pulakTakde bahu nak bersandar ☺️

Keadaan Kakak Ahad malam. 
Ummi jelom (basahkan) kepala dia dan lap badan dengan harapan turun suhu badannya tu. Risau sungguh hati ni sebab PSRA ni takde ulangan. Ada kawan dia kena influenza (last day quarantine) datang juga ambil exam semalam. Duduk bilik isolasi la of course

Alhamdulillah bangun pagi tu dia rasa okay, dapatlah ke sekolah pagi semalam. Ummi pesan kalau tak larat tidur je sebab exam sebelah petang. 

Sepanjang PSRA ni juga Adik balik tengahari. Itu yang turut menyebabkan rutin harian Ummi berubah. Pagi² hantar diorang ke sekolah then balik rumah uruskan kerja² rumah termasuk memasak untuk lunch depa. Tengahari keluar ambil Adik. Lepas Zohor ada bacaan Yasin online untuk PSRA ni. Then keluar lagi untuk ambil Kakak di sekolah. Nak blog walking pun tak sempat 🙏🏻 

All the best untuk anak kawan² blogger yang seperjuangan dengan Kakak. Mumtaz semuanya In Sha Allah. 

# Maaf Cie, Akk tak sempat join segmen bloglist Cie. Good luck kawan² yang joined

Sunday, 28 September 2025

Selamat Menduduki PSRA 2025


Bermula hari ni hinggalah Jumaat 3/10. 

PSRA adalah peperiksaan untuk murid² SRA & SRAI darjah 6 di Selangor. 

Batch Kakak seramai 121 calon.
Semoga dipermudahkan urusan semua, diberi kesihatan yg baik, tenang dan terang hati untuk memahami & menjawab soalan² dgn tepat dan memenuhi skema jawapan dan semuanya berjaya dapat MUMTAZ 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Bittaufiq wannajah Kakak! 


Saturday, 27 September 2025

Kakak ~ Perkampungan Ilmu PSRA


Jumaat dan Sabtu Kakak ada Perkampungan Ilmu PSRA (PIP) di sekolah. Full day dari pukul 8 pg - 4.30 ptg. Memang penatlah dia sampai demam² jugalah esp sebelah malam. Hidung pun tersumbat. Sehari dua ni pun classmates dia ada 2-3 orang MC sebab demam panas. Setakat ni Kakak masih boleh bertahan tapi risaulah kan esok (Isnin) dah mula PSRA. 

Balik PIP tu bawa dia gi makan. 
Kakak pilih keu tiau celup.

Semalam dia pilih megi goreng.

Hidung dia dah start sok sek sok sek dah... Malam tadi demam terus 😢

Ikutkan pagi ni (Ahad) Kakak ada tuition PSRA (last class) tapi dah demam ni eloklah berehat je. Wake up better and stronger tomorrow 💪🏻 

Doakan Kakak sihat ye... 

Jualan Gudang Al Ikhsan @ Dewan Beringin Sri Gombak

Balik ambil Kakak sekolah semalam kami singgah di Dewan Beringin Sri Gombak. Ada jualan gudang Al Ikhsan. 

Tak ramai orang pun... Hari kerja kan... 
Jualan ni berlangsung darh 24/9 hingga 28/9 (Ahad). Waktu operasi 10 pg - 10 mlm. 

Ada kasut pelbagai jenis...kasut bola, kasut futsal, kasut sukan, sneakers, sandal, selipar segalalah... 

T-shirt/jersey pun banyak...
Beg, stoking... Mug World Cup Qatar 2022 pun ada. Kakak beli sebiji. Ummi takde apa yang berkenan. Keluar dewan tangan kosong je. 

Warga Sri Gombak dan yang berdekatan kalau nak cuci mata dan poket jemputlah ke sini :)

Friday, 26 September 2025

Recap ~ Week 38, 2025

Week 37 ✅
Week 38: 17/9-23/9/2025

RABU Pemberian dari Lily untuk Adik. Cantik dua² beg ni 

KHAMIS Depa stay up main Uno. Abang baru lepas kelas online, layan adik³ main :) 


JUMAAT Sepatutnya Abang balik asrama untuk Perkampungan Ilmu tapi ada masalah air di sekolah terpaksalah PI dijalankan secara online

SABTU 14/9 bonda tersayang meninggal, ± seminggu kemudian jiran kami (CZ) ni diuji pula dengan minor stroke. Bertimpa² ujiannya. 

AHAD Geng KSIB meraikan Ustazah Sharifah, penyelia F5 yang akan berhenti tugas untuk menyambung pelajaran. Ralat juga sebab lagi 3 bulan nak SPM, penyelia bertukar orang. Apapun Selamat Maju Jaya untuk US. 

ISNIN Walid jumpa Uncle AL, depa lunch dan solat di Mercu UEM ni. UAL nak fly ke overseas. Jauh tempatnya, kena transit di beberapa negara. Semoga dipermudahkan urusan 🤲🏻 

SELASA Balik brisk walk Ummi singgah rumah CZ,  hantar sikmak. Unplanned pun sebenarnya. Kemudian singgah pula rumah Cik Ana, berpakat dengan dia nak gi ziarah CZ. Pukul 10 katanya. Rupanya CZ ada physio time tu. Belum sempat lagilah nak pergi melawat ni. 
Cepat sihat ye Kak 🤲🏻


Telur Masin


Rezeki hari ni, dapat (beli) telur masin yang cantik. Tak tahulah apa adjektif yang sesuai untuk menggambarkan telur masin yang elok begini. 
Telur kuningnya cantik menyerlah dan rasanya juga tak terlalu masin. Telur masin yang beginilah kesukaan Ummi. Dari nak makan ½ je, ter-makan sebijik terus 😅

Ummi masak sup ayam. Suka regukan sup ayam dengan telur masin sebab kuah sup tu boleh menyeimbangkan rasa masin telur. Lepas tu buat sambal belacan pedas² dan hiris timun sebagai ulam. Ikut hati nak tambah lagi nasi, tapi cukuplah 2 pinggan jerrrrr :p 


Thursday, 25 September 2025

Roti Wheat Germ Massimo

Ummi suka roti Gardenia, berbanding roti jenama lain. Tapi pergi kedai semalam; kedai aceh dan Wellmart dua² takde stok roti Gardenia. Agaknya lori Gardenia belum sampai. Ummi nak cari roti untuk buat sandwich. 

Yang ada di Wellmart cuma roti Massimo ni; Sandwich Loaf w Wheat Germ. Ini pun tinggal 2 bungkus. Ummi ambil 1. Pertama kali beli ni. Biasa beli roti putih atau sesekali beli roti wholemeal / whole wheat bread (roti gandum penuh). Roti wholemeal tekstur keras dan kasar sikit, nak banding dengan roti putih. 

Manakala roti wheat germ ni pula berada antara keduanya. Tak kasar, tak lembut sangat tapi sedap. Sesuai sangat nak buat sandwich.  Nak makan saja pun sedap je. 


Tomato tu grill sekejap atas pan, sedap! 
Also season w white pepper 😋

Antara khasiat wheat germ

Boleh repeat 👍🏻


Wednesday, 24 September 2025

Dapat Souvenirs

Buka sekolah Isnin kelmarin, Kakak bawa balik few gifts...

Dari bff Izz yang balik dari bercuti di Melaka. 
Cute. Berkenan Ummi tengok keychain kebaya Nyonya ni. Terserlah identiti negeri Melaka di situ. 

Ini pula dari Cg Dayah. 
Cikgu bagi kepada peserta KAMIL yang cikgu latih (lupa Ummi acara apa) tapi ada extra. Jadi cikgu bagi Kakak. Buku 8 Surah Pilihan tu memang istimewa, koleksi surah⁸ amalan harian seperti Yasin, Al Kahfi, Al Mulk, Al Waqiah dll... Sejadah mini tu pula sesuai untuk bawa berjalan/travel


Alhamdulillah rezeki Kakak. 


Nostalgia Bubur Kacang


Nikmat sungguhlah dapat makan Bubur Kacang dengan Roti 4 Segi (crackers) yang dipatah²kan ni. Sambil makan, sambil teringat kenangan manis bersama ayah bonda. Lagi syahdu bila keduanya sudah pergi tak kembali. Hanya mampu memutarkan ingatan dan kerinduan yang mendalam dalam kotak fikiran 🥹

Bubur Kacang memang favorite Ummi. Dulu masa arwah Tok (Mak) ada, every time Ummi balik kampung, Tok mesti masak Bubur Kacang. Lepas makan tengahari biasanya Tok akan offer la Bubur Kacang yang dimasaknya. 

"Mak buat bubur kacang. Ada dalam periuk tu"

Terima kasih Akk Nasi Lemak Padang sedekahkah sebekas bubur kacang ni. Semoga bertambah maju jualannya. Nak masak sendiri di rumah jaranglah sangat sebab Ummi sorang je suka bubur² manis gini. Anak⁴ kalau makan pun hirup kuah je. Walid pandang pun tidak.  Beliau bukan seorang penggemar kuih muih atau bubur kecuali bubur lambuk 😁


Tuesday, 23 September 2025

Training Netball

Pagi Ahad yang indah... 
Ummi joined kenalan² baru training netballMid Oct kami ada tournament

4 orang je turned up. Mujurlah 2 orang bawa anak² remaja so total 8 orang. Main half court je la sebab tak cukup orang kan...

Adik ikut juga but she's too young la nak ikut main walaupun masa warmed up tu dia join

Mula tu semangat dan yakinlah nak main sebab kitakan hari2 brisk walk. Kira adalah stamina. Tapi itulah bila kena berlari, melompat nak kejar bola, adoi pancit 😅

Apapun bila join training ni at least kita tahulah kemampuan kita kan. Bolehlah buat persiapan lebih esp dari segi stamina tu. Faktor usia pun nak kena ambil kira juga. Takleh nak push body over limit. Main suka2 je. 

Pastinya Ummi akan bawa Kakak la as my back up masa tournament nanti :)

Monday, 22 September 2025

Pusat Pengumpulan Al Quran Lama Dll @ Bukit Permata, Sri Gombak

Cuti umum tambahan (15.9) tu Walid dan Abang hantar buku² lama dan kertas² exam subjek agama (ada nama Allah, ayat² Al Quran/hadis) di Pusat Pengumpulan Al Quran Lama di Bukit Permata. Dulu pusat ni beroperasi dalam perkarangan kubur BP tu tapi sebab tanah kubur pun dah makin padat, JAIS minta pusat ni berpindah ke tepi jalan besar BP ni. MZ perasanlah kot pusat ni. 

Tanah ni pun milik JAIS juga, sama macam tanah perkuburan BP. 

Untuk lupuskan Al Quran lama ni tak silap perlu lesen KDN dan kebenaran JAIS juga. Tak boleh simply lupus je sebab Al Quran dan buku/kertas ada nama Allah sebegini perlu prosedur yang tepat demi menjaga kesucian kalimah Allah dan kemuliaan Al Quran itu sendiri. 

Bayaran pemprosesan adalah seikhlas hati.  Boleh bayar secara QR atau masuk duit dalam tabung ni. Tak pasti apa hubungan pusat ni dengan Maahad Tahfiz QU ni. Mungkin owner yang sama atau segala sumbangan owner serahkan kepada maahad tahfiz ni. Biasanya caj yang dikenakan untuk pelupusan Al Quran lama (dan bahan² bercetak yang sewaktu dengarnya) RM5-6 sekilo. Ini berdasarkan pengalaman kamilah. 

Proses pelupusan di sini guna kaeedah pembakaran. 


 Abu akan dihanyutkan ke laut. 
Pernah tengok dulu dalam Majalah 3 (kalau tak silap) proses menghanyutkan abu bakaran ayat² suci Al Quran dan kalimah Allah ni. Perlu diawasi oleh pegawai dari jabatan agama untuk memastikan ianya dilakukan dengan terhormat dan sempurna. Satu lagi proses pelupusan yang lebih moden ialah de-inking

Sebelum ni kami tunggu program Pelupusan Al Quran anjuran masjid/surau untuk hantar buku² agama tapi alhamdulillah dah jumpa tempat ni senanglah. Anak⁴ pun semua sekolah agama memang banyak bahan bercetak yang mengandungi kalimah Allah dan ayat Al Quran. 

Tempat ni dibuka setiap hari kecuali Ahad. Kalau berhajat nak ke sini, PIC minta call dulu, takut takde orang. No tel ada pada banner 👆🏻












Mee Sanggul Goreng

Gali pantry, jumpa Mee Sanggul yang beli masa balik kampung raya puasa hari tu. Jom la goreng buat sarapan. 

Panaskan air kemudian celur sekejap Mee Sanggul ni. Jangan lama², nanti lembik meenya tak sedap. 

Goreng macam masak mee goreng biasa. 

Hasilnya. 
Ummi tak letak kicap banyak. Memang nak color gini. Ada penampakan megi juga di situ. Jumpa 2 pek megi, campurlah sekali. Ramai nak makan, kuantiti kena lebih. Ini sarapan Jumaat lepas.

Bakwan @ Cucur Sayur. 
Selain kuantiti, menu pun kena lebih dari satu menu bila ramai² ada dekat rumah ni. Jadi goreng juga cucur sayur untuk menambah menu. 

Alhamdulillah.